Friday, February 6, 2015

万寿子さんの庭

0 comments
黒野 伸一、2009

Tajuk dibaca "Masuko san no niwa" iaitu, "Halaman Cik Masuko".

Kisah, seorang gadis muda berumur 20 tahun bernama Kyoko yang baru mula bekerja di syarikat hartanah dan baru sahaja pindah ke sebuah apartmen. Tingkap apartmennya berhadapan dengan sebuah rumah kecil tetapi mempunyai banyak tanaman bunga-bunga yang cantik di halaman. Rumah itu dihuni oleh seorang perempuan tua bernama Masuko, berumur 70an.

Disebabkan Kyoko merasakan dia perlu berbaik-baik dengan jiran, pada suatu hari dia mengucapkan Selamat Pagi sewaktu melintasi depan rumah Masuko, yang sedang mengerjakan tanamannya. Walau bagaimanapun Masuko tidak mengendahkan dia.

Beberapa hari selepas itu, semasa pulang dari minum-minum bersama rakan sekerja pada lewat malam, Kyoko termuntah di depan rumah Masuko. Tetapi disebabkan kepalanya sakit, dia terus pulang ke apartmen dan berhasrat untuk mencuci tempat itu pada esok hari. Walau bagaimana pun semasa lalu di situ pada keesokkan hari nya, dia dapati tempat itu telah dicuci bersih dan dia sedar Masuko yang telah mencuci tempat itu. Jadi dia pun mendekati pagar Masuko dan cuba mengucapkan maaf dan terima kasih. Masuko pula tiba-tiba menjadi sangat peramah sehingga menepuk-nepuk belakangnya.

Dalam perjalanan ke station keretapi dan ke tempat kerja, Kyoko perasan orang-ramaimemandang dan berpaling kepadanya tetapi tidak tahu kenapa. Sehinggalah rakan sekerja menegurnya "apa yang tertulis di belakang kamu ni?" Pada masa itu, barulah Kyoko sedar, ada kertas di lekatkan di belakangnya yang berbunyi :

Orang ini malam tadi mabuk dan telah muntah di depan rumah saya. Disebabkan dia bising-bising, saya langsung terjaga dari tidur dan terus tidak dapat tidur sehingga pagi. Pagi ini saya lah yang telah mencuci muntahnya.                                                                                                
Dari Orang Sebelah

Itu lah Masuko, jiran Kyoko.Selepas itu ada beberapa kejadian lain seolah-olah Masuko cuba membuat Kyoko marah. Tetapi respon Kyoko terhadapnya telah membuatkan Masuko menjadi semakin rapat dengan Kyoko. Rupanya Masuko mahukan seorang kawan, bukan seorang yang simpati kepada seorang tua dan Kyoko melayani Masuko seperti orang yang sebaya dengannya. 

***
Ini kisah seorang gadis muda menjadi kawan baik kepada seorang perempuan tua yang setaraf neneknya. Perempuan tua ini tidak suka mendapat simpati hanya kerana dia "orang tua".

Ada episod kelakar dan ada episod sayu. Terutamanya setelah Masuko semakin hari semakin nyanyuk dan dia jadi tidak kenal Kyoko.

Ia juga cerita untuk pengajaran kepada kita supaya menghargai masa singkat yang masih ada semasa ibu bapa kita masih sihat atau masih hidup.

★★★★
Buku ke 6, 2015 


Wednesday, February 4, 2015

Fifty Shades Darker

0 comments
E.L James, 2012

Buku ke dua dari trilogi Fifty Shades.

Dan juga e-book kedua saya.

Dengan ini saya minta suami carikan e-book buku Jo Nesbo yang saya tak ada - The Snowman dan The Leopard tapi suami saya kata tak jumpa di internet. Bila dah terbiasa beli buku RM8 di BBW Sale, memang lah terasa sangat kedekut nak beli buku harga biasa di MPH tu..sebuah mahu dekat RM40! Kalau BBW Sale boleh dapat 5 buah! So saya akan cari e-book atau tunggu jika keluar di BBW Sale.

Anyway, kali ini cerita ini ada sedikit isi kandungan atau drama berbanding yang pertama. Cuma yang lain tu sama sahaja. Kisah bagaimana mereka cuba memperbaiki hubungan kepada tahap seterusnya dan kisah Christian cuma mengatasi masalah dalamannya/traumanya.

Diselitkan dengan drama dari boss Anastasia yang juga seperti menaruh perasaan kepada Ana dan Mrs. Robinson, kekasih tua Christian yang seperti iri hati dengan Ana.

Tetapi seperti juga buku pertama, jalan cerita dan bahasa nya straight forward. Peminat novel thriller Jo Nesbo yang "berat" dan komplicated seperti saya, akan segera dahagakan "isi kandungan" yang nampaknya memang kurang di trilogi ini. Saya rasa jika tiada adegan panasnya, mungkin buku ini tidak sampai pun 100 muka surat. Jadi saya membacanya dalam masa 2 hari sahaja.


★★★
Buku ke 5, 2015

Fifty Shades of Grey

0 comments
E.L James, 2011

Suatu hari rakan baik saya mesej dan tanya samada saya dah baca buku ni ke belum. Bila saya kata belum, dia kata boleh download dan save di i-book. Dia kata cuba baca tapi dia juga pesan yang buku ini sangat sangatlah ekstrem...tahap SXXXXX gitu. Eh, macamana lah ye buku yang tahap macam tu, curious juga kan.

So saya pun download dan buku ini adalah e-book yang pertama kali saya baca melalui iPad. Ok juga baca e-book dengan iPad rupanya. Skrin terang jadi mata tak cepat penat. Tutup dan pasang pun senang. Bila pasang aje, ia terus ke page yang kita tinggalkan sebelum itu. Jadi tak perlu selak-selak muka surat.

Anyway, saya ambil masa sekejap aje habiskan buku ini. Sebabnya, selain adegan SXXX nye. isi kandungannya tiada apa-apa yang istimewa.

Kisah gadis muda dan innocent, Anastasia yang jatuh cinta dengan seorang usahawan kaya tapi masih dua puluhan dan bujang dan handsome teramat tetapi mempunyai rahsia gelap. Dia pernah didera semasa kecil yang membuatkan dia takut dipegang orang lain dan semasa usia belasan tahun dia telah diperkenalkan dengan tabiat luarbiasa oleh seorang perempuan yang jauh lebih tua dari nya.

Jadi begitu sahaja lah ceritanya - kisah cinta gadis baik dengan pemuda yang mempunyai rahsia gelap.

Kisah yang straight forward dan bahasa yang mudah difahami menyebabkan saya mengambil masa 2 hari sahaja untuk menghabiskan buku ini. Ya, ia padat dengan adegan SXXXnya, tetapi selain dari itu, boleh dikatakan ia tidak mempunyai apa-apa. Saya banyak melangkau mukasurat kerana ingin mencari isi cerita yang malangnya sangat kurang.

Walaupun begitu, disebabkan pengakhiran/penutup cerita berada di buku yang ke-3, maka haruskan meneruskan pembacaan ke buku yang seterusnya.

★★★
Buku ke 4, 2015


* Ada movie telah dibuat berdasarkan buku ini dan rasanya akan ditayangkan tak lama lagi. Saya tengok trailer sebab nak tengok siapa yang mereka pilih untuk lakonkan watak Christian Grey yang handsome tu dan saya dapati memang handsome pun pelakon yang dipilih tu. Hehe ;)





Tuesday, January 20, 2015

Penggoda dan Penggodam Roewyo

0 comments
Mohd Fudzail Mohd Nor, 2010

Sambungan dari Teruja Cinta Maori di Wainuiomata. Travelog anak Felda Keratong ke New Zealand.

Penulisnya, Mohd Fudzail Mohd Nor berkata, trilogi ini merupakan karya eksperimen yang menggabungkan travelog, novel kembara, kisah benar, cerita motivasi, sejarah, ilmu dalam pelbagai bidang serta cerita fiksyen dewasa. (sumber: Alaf21)

Kali ini Ahmad telah berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Waikato iaitu kira-kira 500 km dari College Wainuiomata.

Penceritaan dimulakan dengan kisah Ahmad yang cuba hitchhike untuk ke universiti dari Wainuiomata. Kakak angkatnya, Sandy berpesan jika mahu hitchhike lebih baik tulis destinasi atas kertas tebal supaya orang lalu-lalang tidak perlu berhenti untuk bertanya ke mana dia tuju. Ahmad bercerita tentang tiga orang yang telah menumpangkannya. Tentang pelbagai kisah kehidupan masyarakat tempatan yang dapat dia rasai sepanjang perjalanannya.

Ahmad melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer yang sangat disukainya. Dia juga dapat teman serumah, Hensen, senior tahun 2 yang juga sama jurusan serta seorang nerda komputer. Seorang lagi rakan nerda komputer adalah Phang, pelajar senior dari Malaysia. Mereka bertiga membentuk kumpulan rahsia 3 nerda komputer yang cuba menjadi penggodam.

Selain itu ada kisah rasis, pelajar Cina dan pelajar Melayu, pelajar Cina yang dipulaukan oleh pelajar Cina lain kerana menerima biasiswa kerajaan.

Juga diselitkan kisah hubungan Ahmad dengan Rozita, senior jurusan Bahasa Inggeris di universiti Waikato dan Roewyn, rakan sekelas di Wainuiomata yang sedang menuntut di universiti Otaga yang terletak jauh dihujung selatan New Zealand.

****

Seperti buku pertama, gaya penceritaan di buku ini juga sangat baik. Penggunaan bahasa yang baik dan diselitkan ilmu pengetahuan yang bersesuaian. Kita dapat rasa yang Ahmad suka kepada advencer bukan saja dari segi pengembaraan tetapi juga dari segi pelajaran, hubungan sesama manusia dan percintaan remaja, malah dia seorang yang sangat aktif di luar kuliah. Dia bersukan dan mengikuti parti politik universiti.

Walau bagaimana pun saya rasa kali ini ada kekurangan elemen "culture shock" jika dibandingkan dengan buku pertama. Buku pertama lebih banyak mengenai "culture shock" kerana ia kisah kali pertama penulis sampai ke negara luar yang berbeza budaya, bangsa, agama mahupun kemajuan teknologi. Jadi, kisah-kisah terperanjat di buku pertama sangat menarik. Buku kedua ini tiada lagi elemen "terperanjat" kerana penulis sudah tinggal kira-kira setahun di New Zealand.

Walaupun begitu, gaya penceritaan sangat bagus dan kisah-kisah di buku ini memang membuatkan saya mahu pergi ke New Zealand suatu hari nanti!

★★★★
Buku ke 3, 2015

Monday, January 19, 2015

Aku Tanya Apa Khabar

4 comments
Sebenarnya tengok AJL semalam sebab nak tengok Hattan nyanyi live lagu Gadis Jolobu. Saya dan suami minat juga lagu ni sebab asyik dimainkan di Radio Sinar ( yes we are old school ....retro gitu ;) ) dan kami selalu juga ikut sama-sama nyanyi dengan Hattan masa dalam kereta (dengar radio pun masa dalam kereta aje :D ) walau ada juge lirik yang kami tak faham dan tak pasti sebutan maklumlah loghat Negeri Sembilan. Tapi hontam saje asal sedap dengar dan syok sendiri. :D

Anyway, semalam dua lagu ini yang buat saya tertarik:

Lagu MOJO yang dibawa oleh Caliph Buskers. Memang power suara vocalis dan terperanjat sebab tengok mereka OKU. Ini first time saya tau kumpulan MOJO dan lepas lagu semalam saya google sikit dan baru tau pasal cerita-cerita di sebalik. Lagu MOJO semalam memang power.

Tetapi apa yang lebih tertarik adalah lagu Apa Khabar oleh Joe Flizzow dan Sonaone. Semalam masa persembahan mereka, saya dengar "gitu-gitu" aje. Rasa macam Sonaone agak gementar tapi mujur ada Joe yang veteran. Cuma part "aku tanya apa khabar" tu memang menarik. Teringat-teringat dan terulang-ulang...kat part tu aje la.

Pada mulanya terkejut bila lagu ini diumumkan pemenang. Wow, lagu ni berjaya kalahkan lagu-lagu lain!

Dan apabila mereka buat persembahan pemenang, memang terasa lagu ni bagus. Sonaone pun sudah tidak gementar, jadi persembahan lebih baik dan "lebih terasa"

Dan hari ini baru saya faham kenapa lagu ini dipilih menjadi pemenang. Apabila saya tengok video clip dan hayati lirik.

Lagu ini kisah Too Phat rupanya. Lagu ini untuk Malique rupanya.

Lirik sungguh sayu rupanya.

"dalam perjalanan banyak persimpangan
di mana kita bertukar arah
kau lurus ke kiri, aku tegak ke kanan
di mana kita tersilap langkah"

Macam Joe dan Malique yang telah berpisah semasa mereka masih lagi "besar" di Malaysia dan mungkin juga negara-negara jiran. Ye, kenapa mereka berpisah ye?

Mokcik ni walau old-school tapi minat juga dengan lagu-lagu Too Phat dan minat juga dengan Joe dan Malique ni dulu. Sebab mereka buat lirik yang berkualiti. Respek sebab mereka kaya dengan perbendaharaan kata. Bukan senang nak buat lirik Hip Hop kan? Mesti ada nada ala-ala pantun gitu. Mokcik nak buat pantun empat kerat dalam BM pun merangkak-rangkak. Tulis blog macam ni pun campur-campur BM, BI dan BJ. Ini pun kira ada control juga ni. Kalau tulis ikut apa yang terlintas di fikiran memang lagi la carca merbau BM, BI, BJ ikut suka. :P

Anyway, video clip memang sayu. Ekspesi muka Joe memang nampak sedih, sayu, sunyi.

Lirik lagu memang "sampai" ke hati.

Patutlah lagu ni menang.

Sekian, ulasan dari mokcik old school tapi peminat Too Phat gitu :D (hahaha!)







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template