Wednesday, December 26, 2012

Me and Mr Darcy

0 comments
Alexandra Potter, 2007

Buku harga RM8 yang saya beli di pesta buku BIG BAD WOLF baru-baru ini. Beberapa bulan lepas saya ada beli buku tajuk lain dari penulis yang sama, tetapi harganya RM30++ di MPH. RM30++ boleh beli 4 buah buku di pesta buku BIG BAD WOLF! Mungkin saya tidak akan ke MPH lagi.....

Buku Chick-Lit, kisah Emily, seorang pengurus di kedai buku yang sangat menyukai novel "Pride & Prejudice" tulisan Jane Austen (Saya belum pernah baca novel ini dan tidak juga pernah menonton movie adaptasinya tetapi saya tahu novel epik ini memang terkenal) dan menggilai watak hero di novel tersebut, Mr Darcy. 

Pada satu hari Emily menjumpai iklan lawatan ke tempat sejarah yang ada kaitan dengan Jane Austen. Disebabkan dia terlalu suka kepada pengarang tersebut dan menggilai watak hero Mr Darcy juga tiada tempat untuk dituju untuk menghabiskan cuti hujung tahun, dia akhirnya membuat tempahan menyertai lawatan tersebut.

Kisah mencari cinta fantasi dan realiti. 

Kisah ringan dan secara jujur, kurang kualitinya. Pengarang ingin mewujudkan watak perempuan seperti watak dalam novel karya Sophie Kinsella tetapi tidak berjaya. Nampak tidak kena dan terlebih-lebih atau macam tidak sempurna pembentukan watak itu, atau mungkin juga cara penceritaan yang tidak mantap. Pada saya, kalau novel Chick-Lit, tiada siapa boleh kalahkan Sophie Kinsella lagi. Sayang betul saya sudah ada/baca semua novel Sophie Kinsella yang saya jumpa di pesta buku....


★★
Buku ke 26, 2012


Wednesday, December 19, 2012

Apabila ketakutan menguasai

4 comments
Baru-baru ini saya menonton video orang mencuri beg tangan dari kerusi sebelah pemandu kereta. Kesian tengok pemandu yang terperanjat sebab barang hilang sekelip mata. Pencuri buka pintu, capai beg dan terus lari dengan rakan yang sedang menunggu di motor.

Cepatnya. Senangnya.

Keesokan harinya tengok pula video orang curi kereta. Dia ikat 3 biji tin kosong di belakang kereta dan tunggu tidak jauh dari situ sehingga pemandu datang. Pemandu datang, masuk dalam kereta, pasang enjin dan mula bergerak. Tetapi tiba-tiba dia berhenti dan keluar dari kereta. Sudah tentu lah disebabkan bunyi bising di belakang kereta. Bunyi tin kosong memang kuat. Sudah tentu pemandu risau jika ada kerosakan di belakang kereta.

Reaksi spontan, buka pintu (tidak tutup pintu semula dan enjin masih berjalan) dan terus menjenguk ke belakang kereta tanpa menyedari seorang lelaki berlari masuk ke dalam kereta, tutup pintu dan terus memandu pergi.

Cepatnya. Senangnya.


Dua-dua mangsa adalah wanita.

Wanita pertama hilang segala isi beg.

Wanita kedua, bukan sahaja kereta, tetapi segala yang berada di dalam kereta. Dia jadi sehelai sepinggang sahaja.

Memang gerun. Sakit hati. Tetapi sememangnya gerun.

Saya memang mengamalkan masuk kereta terus sahaja kunci. Tetapi siapa tahu kalau satu hari nanti saya terlalai?

Saya boleh faham reaksi spontan pemandu kereta yang dicuri tu. Mungkin saya pun akan bertindak spontan begitu. Keluar untuk tengok belakang. Oh, memang ngeri bila terfikir.

Tidak selamatkah lagi dunia ini? Ramainya manusia yang jahat.

Sekarang ini macam-macam taktik yang digunakan untuk menipu!

Jadi sentiasa kena berwaspada...was-was atas segala perkara....


******************************************************************

Semalam saya dan Nabila keluar untuk makan tengahari di Plaza Masalam.

Semasa menunggu lampu isyarat hijau di depan Unisel tiba-tiba cermin tingkap sebelah Nabila diketuk orang. Kami yang terkejut terus memandang ke arah tersebut. Seorang makcik agak berumur sedang mengetuk-ngetuk tingkap kereta saya sambil bercakap dan menunjuk ke satu arah.

Tangan saya spontan meraba-raba kunci pintu untuk pastikan saya telah kunci semua pintu.

Saya dan Nabila hanya menggeleng-geleng kepada makcik walaupun dia beria-ia bercakap.

Saya sangat berdebar-debar dan saya percaya Nabila pun sama.

Mungkin dia perasan kami tidak layan dia, dia pun berjalan ke arah penunggang motor yang sedang berhenti di depan kereta saya. Penunggang motor itu kemudiannya menunjukkan ke satu arah.

Pada waktu itu Nabila terperasan yang ada kereta Viva putih di lane sebelah, pintu pemandunya terbuka dan ada seorang makcik sedang menunggu dengan bimbang di kerusi sebelah pemandu. Dan pada masa itu juga makcik tadi berjalan ke arah kereta itu.

"Sensei tengok tu" kata Nabila.

Pada waktu itu baru saya perasan apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Semasa makcik berjalan ke arah keretanya, saya cepat-cepat turunkan tingkap di sebelah Nabila dan menjerit kepada makcik

"makcik! makcik! kenapa makcik?"

Makcik yang terdengar suara saya datang semula ke arah kereta kami.

"makcik nak pergi KL ni! jalan depan ni pegi kiri boleh?" katanya dengan riak yang penuh bimbang.

"kiri tak boleh makcik, tapi kanan boleh..makcik terus aje ke depan"

Sambil angguk-angguk dengan muka risau, dia kembali ke keretanya....dan lampu pun hijau...saya nampak makcik pun bergerak dan sekali-sekala tengok kereta makcik sehingga tidak nampak lagi...

******************************************************************

Tuhan sahaja yang tahu betapa saya rasa sangat bersalah.

Makcik rupanya keluar dari kereta sendiri di tengah jalan semata-matanya untuk bertanya arah jalan.

Tapi ketukan tiba-tiba di tengah jalan...memang membuatkan kami tergamam dan takut....

Ya, takut....

Sebab sekarang ini orang jahat boleh menyamar jadi macam-macam...

Malah ada orang yang minta sedekah semasa lampu merah...

Ketakutan telah menguasai kami pada masa itu...

Tetapi setelah tahu keadaan sebenar, saya terus terfikir, macammana kalau makcik tadi mak saya?

Mak bawak kereta di kawasan yang dia tidak biasa lepas itu jadi sangat risau tersalah jalan dan buat keputusan drastik keluar dari kereta dan mengetuk tingkap kereta orang...

Macammana kalau orang itu tidak layan mak?

Oh, sangat sedih...

Pada kejadian hari ini, saya dapat mengubat sedikit rasa bersalah kerana sempat buka tingkap dan menegur makcik. Nasib baik Nabila perasan kereta sebelah itu.

Kalau tidak, tentu makcik tu akan rasa sedih.."sombongnya orang kereta tadi, tingkap pun tak nak buka!"

Saya harap saya lebih tenang di masa akan datang supaya sempat berfikir baik dan buruk.

Orang yang jujur minta pertolongan haruslah dibantu jika mampu.

Tetapi minta dijauhkan dari berjumpa orang yang pura-pura, orang yang berniat jahat...




Sunday, December 16, 2012

As I Was Passing

0 comments
Adibah Amin, 2007

Buku ke-25 untuk tahun ini. Akhirnya pada tahun ini juga saya dapat mencapai matlamat 25 buah buku setahun!!! 

Alhamdulillah kerana diberi rezeki olehNya untuk membeli buku, diberi masa untuk diluang membaca buku, diberi mata dan otak yang masih sihat (walau mata semakin rabun...hehe) untuk saya menikmati hobi masa lapang.

************************************************

Buku ini sebenarnya saya beli 2 tahun lepas. Dulu pernah baca beberapa helai tetapi terhenti. Ia bukanlah sebuah novel tetapi kumpulan artikel-artikel penulis semasa dia menulis untuk NST pada tahun 1970an dulu.

Disebabkan itu isi kandungan adalah berkisar kepada kehidupan zaman 70-an ke bawah sehingga zaman kanak-kanaknya. Bila baca kisah penulis semasa kecil pada zaman penjajahan Jepun, saya terfikir yang penulis mesti baya-baya ibu saya. (Selepas gugel, saya dapat tahu yang dia rupanya lebih tua 2 tahun dari arwah ayah saya) Dan dari gugel juga saya dapat tahu yang penulis adalah anak seorang tokoh pendidik dan politik terkenal suatu masa dahulu yang dikenali sebagai Ibu Zain.

Penulis bertuah kerana mempunyai ibu yang mementingkan pendidikan pada zaman tidak ramai kaum wanita melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi pada masa itu. Sebab itulah beliau pandai berbahasa Inggeris selain dari pernah menjawat jawatan pengetua di sekolah dan pensyarah sekitar 70-an. Oh ye, kalau ada yang pernah menonton cerita Adik Manja (1979) tentu ingat akan watak cikgu garang, Cikgu Bedah yang dilakonkan oleh Adibah Amin. Saya sendiri ingat-ingat lupa sebab masih kecil pada waktu itu, tapi cerita itu memang terkenal pada masa itu.

Saya sepatutnya menulis tentang buku yang dibaca sebaliknya buku ini membuatkan saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang penulisnya. Dari internet saya dapat tahu tentang penulis dan seterusnya tentang ibunya! Buku ini memperkenalkan saya kepada tokoh akademik wanita di zaman dahulu. Mungkin ini adalah kebaikan membaca secara tidak lansung.

Sedikit mengenai isi kandungan, saya teringat kisah penulis tentang jalan sesak di Kuala Lumpur. Kalau keluar sebelum waktu pejabat, akan sesak disebabkan semua orang hendak ke pejabat. Sebaliknya jika keluar lebih awal, jalan sesak disebabkan pelajar pergi ke sekolah. Begitu juga pada waktu pulang dari kerja- oh, pada tahun 60-an juga jalan sudah sesak di Kuala Lumpur! kelakar pula bila fikirkan pasal ini. Rupanya masalah kesesakan ini telah wujud sejak...50 tahun dulu? hehe.

Penulis ada juga menyelitkan pantun-pantun lama yang membuatkan saya tersenyum semasa membaca. Dan yang bagusnya, semua pantun diberi terjemahan kepada Bahasa Inggeris. Contoh kisah orang kedekut di kampung ada diselitkan pantun nyanyian kanak-kanak pada masa itu;

Haji Kedekut bangun malam, (Haji Kedekut gets up at night)
Kira duit diam-diam; (To count his money on the quiet)
Makan nasi lauk garam, (He eats his rice with only salt)
Tidur lantai tak ada tilam. (He sleeps on the floor without a mattress)


Cerita tentang ejek-mengejek dengan budak lelaki bangsa Cina semasa kecil;

"Cina makan babi!"
"Malai makan malaican!"


Juga cerita tentang perkataan "standard". Kalau rumah orang lain ada radio transistor, mesin jahit, motor dan tv tapi rumah kita tak ada barang-barang tersebut, kita dikatakan "tidak standard". Ataupun pemuda-pemudi yang pergi kerja di bandar dikatakan "ada standard" berbanding yang tinggal kerja di kampung. Saya tergelak juga baca bahagian ini sebab selalu juga dengar orang sebut "tak standard lah kalau tak...."

*************************************************************

Walaupun ada kisah yang tidak dapat saya fahami kerana saya bukan orang zaman tersebut, namun ada juga kisah yang membuatkan saya tertawa kecil atau tergelak besar sendiri. Kisah yang membuatkan saya terkenang zaman kanak-kanak dan remaja.
Kalaulah saya boleh menulis seperti beliau.......


★★★
Buku ke 25, 2012. 




Thursday, December 6, 2012

Satu kilometer

6 comments
Bila agaknya boleh habiskan larian satu kilometer tanpa berhenti.

Nak habiskan satu pusingan kolam di taman (ada dalam 600 meter) pun sibuk kepala otak memotivasi diri sendiri.

Atau cuba fikir-fikir perkara lain yang boleh melupakan kaki ku yang sedang menghentak dengan beratnya.

Tetapi bukan kaki yang ingin mengalah.

 Otak yang jahat menggoda.

Bila otak sudah berjaya maka kaki dengan otomatiknya bertindak balas.

Kenapa biarkan otak mempengaruhi.

"lari sampai depan tu aje cukup. Boleh berhenti dah. Penat ni."

Kenapa biar otak mempengaruhi.

Sebab bila kata-kata itu sudah berjaya mengawal.

Walau kaki masih boleh ke depan.

Tetapi terhenti juga kerana terpedaya.

Mudahnya diri terpedaya.





Sunday, November 25, 2012

The Confession

2 comments
John Grisham, 2010

"AN INNOCENT MAN IS ABOUT TO BE EXECUTED. ONLY A GUILTY MAN CAN SAVE HIM."

Begitulah yang ditulis di bahagian belakang buku ini.

Donte Drumm, pelajar kulit hitam sekolah menengah, juga bintang American Fooball tempatan, telah dituduh menculik, merogol and mencekik sehingga mati, Nicole, pelajar kulit putih sekolahnya yang juga ketua cheerleaders yang popular.

Donte telah dipenjara selama 9 tahun tetapi tetap tidak mengaku bersalah. Peguamnya Robbie Flak, telah berusaha beberapa kali untuk membebaskannya kerana tiada bukti kukuh, saksi yang tidak boleh dipercayai dan tiada mayat pernah dijumpai selama itu. Walaubagaimana pun rayuannya tidak pernah diterima kerana, "Donte telah membuat pengakuan".

Donte sewaktu itu berumur 18 tahun, telah dianiaya oleh rakan sekolahnya, Joel, bekas kekasih Nicole yang sakit hati kerana Nicole tidak melayannya. Dia menelefon polis dan menyamar sebagai saksi pembunuhan yang membawa kepada penahanan Donte.

Buku ini menceritakan bagaimana jika seseorang yang walaupun tidak bersalah, tetapi jika berada dalam keadaan tertekan, dia akan "termengaku" bersalah kerana tertipu dengan kata-kata polis dan juga kerana sudah tidak dapat menahan tekanan.

Jika seseorang itu pertama kali disoal-siasat, dia akan mudah menerima segala kata-kata polis. Contohnya, dia akan melepaskan Miranda Rights nya kerana termakan muslihat polis yang tahu suspeknya tidak pernah disoal-siasat. Dia akan menerima kata-kata polis bulat-bulat seperti;

"jika kamu tidak bersalah dan tiada apa untuk disorokkan, kamu boleh melepaskan Miranda Rights kamu,"

atau

"kamu tidak perlu peguam jika kamu tidak bersalah."


Juga jika polis meminta mengambil ujian polygraf (lie detector), seseorang yang tidak bersalah, akan terus bersetuju kerana dia tahu dia tidak bersalah. Dan sudah pasti keputusan ujian itu menunjukkan dia tidak bersalah. Cuma, dia tidak tahu yang polis tidak akan memberitahu kuputusan sebenarnya ujian tersebut sebaliknya menyatakan dia tidak lulus ujian tersebut. Polis akan mengancam dan menuduh dia menipu dalam pernyataannya kerana ujian polygraf telah membuktikannya!

Perkara seperti itu yang telah berlaku kepada Donte setelah dia disoal-siasat selama 15 jam. Dia tertekan, menjadi bingung sehingga akhirnya tidak mempercayai daya ingatan sendiri dan mengikut sahaja kata-kata polis.

**************************************************************************

Berbalik kepada tulisan di belakang buku ini, "AN INNOCENT MAN IS ABOUT TO BE EXECUTED. ONLY A GUILTY MAN CAN SAVE HIM."- beberapa hari sebelum hukuman mati dijalankan, seorang lelaki bernama Travis Boyette, telah mengaku membunuh Nicole 9 tahun yang lalu.

Apakah yang berlaku seterusnya?
Dapatkan Donte diselamatkan dari hukuman mati?

Jalan cerita yang menarik dan suspen.

Cuma, saya dapat rasanya yang penulis sangat bersemangat untuk bercerita segala perkara yang diketahuinya sehingga terasa cerita terlalu panjang dan banyak perkara yang disentuh. Bukan sahaja dari segi undang-undang hukuman mati, polis dan hakim yang korup, perasaan ahli keluarga mangsa dan tertuduh, juga diskriminasi yang wujud apabila "hitam bertemu putih".

Ya, banyak perkara yang bersangkutan yang menjadikan Donte lelaki yang sangat malang.

Kita tidak boleh menidakkan perkara begini mungkin boleh berlaku dalam masyarakat. Cuma, apabila banyak sangat yang dikaitkan dalam sebuah novel, kita ada rasa sedikit "penat" membaca buku tersebut. (Mungkin saya saja yang rasa macam ni, hehe) Saya mengaku, ada beberapa mukasurat yang saya "scan" sahaja.....yang tak berapa penting tak perlu baca betul-betul, kerana sangat teruja untuk tahu kisah selanjutnya.

Buku yang bagus dan banyak informasi tentang undang-undang di Amerika yang kita dapat tahu. Cuma faktor panjang dan banyak sangat informasi membuatkan saya terpaksa mengurangkan penilaian.


★★★
Buku ke 24, 2012

Friday, November 23, 2012

ときどき

3 comments
弱気になります。

というか、

かなり弱気になっています。

苦手なことをするのは、もう嫌だな~。

諦めようかな~。


今日の独り言でした。

Sunday, November 18, 2012

The Client

2 comments
John Grisham, 1993


Buku lama yang telah dibeli dan dibaca oleh En B beberapa tahun yang lalu, cuma saya hanya pandang sahaja selama ini. Bukan tak minat John Grisham, tetapi saya masih banyak buku sendiri yang belum dibaca.

Tetapi entah mengapa beberapa hari lepas tangan ingin mencapai buku ini dan terasa hendak membacanya.

Apabila mula sahaja membaca, tak sangka boleh habis 10 bab dalam satu hari! Memang dasyat penangan John Grisham sebab berjaya membuatkan pembaca terus "melekat" di buku sebaik sahaja mula membaca. Kadang-kadang ada buku yang perlukan kita membaca beberapa bab untuk kita mendapat keseronokan membaca. Buku-buku macam ni kadang-kadang selalu sangkut tengah jalan sahaja. (Oh, saya ada banyak buku-buku yang dibaca separuh jalan. hehe) Tetapi buku John Grisham selalunya memang tidak menghampakan.

Buku ini mengisahkan dua beradik, Ricky (8 tahun) dan Mark (11 tahun) yang terserempak dengan seorang peguam bernama Jerome semasa Jerome cuba membunuh diri di dalam hutan berdekatan rumah mereka. Jerome cuba meracun diri sendiri dengan asap dari exhaust keretanya yang disalurkan dengan getah paip ke dalam keretanya. Mark yang tidak sanggup melihat Jerome membunuh dirinya, telah cuba menanggalkan paip exhaust tersebut secara senyap-senyap walaupun Ricky merayu kepadanya untuk lari sahaja dari situ.

Malang bagi Mark kerana Jerome akhinya berjaya menangkap Mark dan memukul Mark beberapa kali serta memasukkan Mark ke dalam keretanya. Jerome yang agak mabuk telah menggertak Mark dan mengatakan yang Mark akan mati bersama-samanya. Mark yang walaupun sangat takut, cuba mengajak Jerome berborak untuk membeli masa sambil memikirkan jalan untuk lari dari Jerome. Semasa itulah Jerome telah menceritakan kepada Mark yang dia terpaksa membunuh diri kerana dia pasti dia akan dibunuh oleh anak guamnya sendiri - seorang mafia yang telah membunuh seorang senator dan menyembunyikan mayat senator tersebut di rumah Jerome.

Walaubagaimanapun disebabkan Jerome terlalu banyak minum, dia akhirnya terlelap dan Mark mengambil kesempatan untuk lari dari situ. Mark yang berjaya melepaskan diri telah bersembunyi tidak jauh dari kereta tersebut untuk melihat tindakan Jerome. Adiknya Ricky menangis ketakutan dan mengajak Mark lari dari situ tetapi Mark mendesak untuk tunggu dan lihat untuk seketika.

Beberapa ketika selepas itu, Jerome terjaga dan menjadi sangat marah kerana Mark telah berjaya melarikan diri. Jerome akhirnya mengambil pistol dan menembak diri sendiri dengan disaksikan oleh Mark dan Ricky.

Kehidupan Mark, Ricky dan ibunya tidak lagi seperti biasa sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku.

Kisah budak lelaki yang cekal semangatnya untuk menyelamatkan keluarganya dari mafia dan sistem undang-undang.

Penceritaan yang tidak rumit dan penggunaan perkataan tidak susah menyebabkan cerita John Grisham menarik walaupun ia mengenai peguam, undang-undang, jenayah dan yang berkaitan dengannya.

* ada movie dengan tajuk yang sama yang dibuat berdasarkan buku ini. Saya sudah minta En B download movie tersebut. :)

★★★★
Buku ke 23, 2012

Sunday, November 11, 2012

1515

7 comments
Faisal Tehrani, 2003

Novel ini pelik, selak-selak mukasurat untuk lihat semula tarikh-tarikh dalam penceritaan, membuatkan saya bertambah keliru. Ini kisah siapa? Ini siapa pula? kenapa tarikh begini? Salah cetak? Takkan lah sebab ini novel yang menerima "Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002" jadi takkan ada kesalahan. Hakikatnya setelah habis baca pun saya masih bingung.

Tetapi, tidak dapat dinafikan penceritaan sangat menarik dan berkesan. Walau watak utama cerita ini, "Nyemah Mulya", "Fimiyun" serta "Maede" dan "Frida" selalu bertindan-tindan dengan masa dan penceritaan.

Cerita ini mengenai sejarah Melaka - kisah Melaka ditawan oleh Portugis pada 1511. Semua orang yang pernah belajar sejarah di sekolah pasti tahu tentang ini. Saya ingat-ingat lupa isi kandungan buku sejarah tetapi yang pastinya ada tarikh-tarikh dan negara mana yang menawan Melaka - itu sahaja rasanya yang saya "belajar" - kena hafal tarikh sebab itu yang selalunya ditanya dalam peperiksaan.

Tetapi sejarah bukan hanya pada tarikh.

Buku ini mengingatkan saya perkara ini.

Dan buku ini juga menyedarkan saya yang sejarah boleh dimanipulasi.

Adakah isi kandungan buku sejarah kita menceritakan perkara yang sebenarnya telah berlaku?

Saya teringat orang Jepun pernah beritahu saya yang rakyat Jepun tidak tahu tentang kekejaman Jepun di Malaya semasa Jepun menguasai Malaya dulu. Sebabnya ia tidak ditulis dibuku sejarah sekolah Jepun.

Buku yang saya baca sebelum ini. "Jangan Kelentong, Kita Semua Orang Malaysia" juga ada menyentuh tentang sejarah negara kita dan isi kandungan buku sejarah.

Kita tahu pasal sejarah kerana ada seseorang yang menulisnya untuk kita.

Bagaimana jika seseorang itu menulis, menulis semula atau mengemaskini isi kandungan dengan niat tertentu? Contohnya seperti mahu pembaca mempercayai satu pihak yang benar dan satu pihak lagi tidak benar? Mahu menyorokkan sesuatu kebenaran untuk menjaga kepentingan satu pihak? Atau apa sahaja niat yang ada.

Walau apa pun yang telah terjadi atau tidak terjadi suatu masa dahulu - memang kita tidak akan tahu kebenarannya.

Tetapi pembacaan banyak buku-buku sejarah yang berkaitan yang ditulis oleh beberapa orang dari bangsa dan negara yang berlainan pasti akan memberikan kita pandangan baru mengenai sejarah. Saya rasa itulah yang telah dialami oleh penulis buku ini. Beliau  sudah pasti telah membaca banyak buku sejarah yang berkaitan dengan novel beliau. (Ada banyak nota kaki tentang rujukan beliau) Dengan sebab itu penceritaan beliau sangat berkesan dan membuatkan kita tertanya - adakah perkara ini pernah berlaku suatu masa dahulu?


"Harapan hamba sejarah akan dibaca. Sejarah akan mengajar. Dan anak muda akan belajar."


Sangat bagus. Mohon baca!

★★★★★
Buku ke 22, 2012

Monday, November 5, 2012

Jangan Kelentong Lagi, Kita Semua Orang Malaysia

6 comments
Kee Thuan Chye, 2012

Wow, buku apa ni? Ganasnya tajuk!
Mungkin ada yang rasa macam ni..
sesungguhnya saya sendiri rasa macam ni semasa saya lihat buku ini di MPH.

Buku apa ni? kenapa tajuk sungguh ganas?
tapi handsome juga penulis dia (haha, adakah ini salah satu sebab saya memilih buku? shinjiraremasen :)

Setelah saya membelek-belek isi dalam, saya pun membuat keputusan untuk membeli buku ini.

Sinopsis di belakang berbunyi begini;
"Buku ini mengandungi perbincangan yang bersifat terus-terang, tiada perbicaraan atau percakapan yang berlapik atau berdolak-dalik. Dalam ertikata lain, tiada kelentong. Penulis Kee Thuan Chye terkenal dengan komentari yang berterus-terang dan jujur mengenai politik Malaysia; ........"

Ye, begitulah isi kandungan buku ini. Mengenai pendapat penulis mengenai politik Malaysia, serta harapannya sebagai rakyat negara ini.

Walaupun begitu, ia sebenarnya adalah terjermahan ke Bahasa Malaysia, artikel-artikel beliau dari beberapa akhbar selama beberapa tahun. Oleh itu, kebanyakannya menceritakan situasi politik pada masa itu yang kebanyakannya saya tidak tahu sebabnya saya bukanlah pengikut politik.

Walaupun begitu, beberapa perkara yang ditulis menarik perhatian saya sebagai seorang rakyat Malaysia untuk direnungi. Beberapa perkara yang kebanyakan orang pun mempunyai pendapat yang sama dan dikongsi semasa borak-borak kosong.

Saya tidak mahu menulis lebih lanjut sebab saya bukan seorang yang mengikuti politik.

Cuma, saya ingin menyatakan yang saya juga orang Malaysia dan saya orang Melayu.
Dan saya juga mahukan negara Malaysia yang aman dan sentosa, tiada pergolakan antara berlainan kaum dan agama.


★★★

Buku ke 21, 2012

Friday, October 26, 2012

What a journey

12 comments
25th 9pm: 
Depart from Kelana Jaya

"cu, dah lapar la" kata akak, anak saudara yang ada bersama.

"ok, B boleh tak kita singgah Mc D di highway?"

"ok"


915 pm:
Arrived at Mc D Petronas NKVE

"drive thru beratur sampai macam ni?" panjangnya barisan...

"akak, akak pegi beratur kat dalam la lagi cepat cu rasa" sambil menghulurkan RM50 kepadanya.

1015 pm:
After about 1 hour waiting, finally she went out from Mc D with our burgers!

"kesian akak beratur panjang, patutnya kita stay aje kat line drive thru tadi kan"

"orang yg ambil order tu juga yang prepare order cu..dia sorang buat semua" kata akak..

patutlah...

"orang lain cuti raya kot.."kata En B.

After having our quick dinner, we continued our journey...

Unfortunately, traffic jam started earlier than we thought.

(actually we thought we had escaped the rush hour, we thought everybody had
 went back to their hometown the day earlier, or at least from that evening......
we thought....oh, never mind what we thought.)


Well, let this photo tells the rest of our story.

Venue: Lebuhraya Pantai Timur
1 shows "Bukit Tinggi 5 km"
2 shows the time..."2 29 am"

Kelana Jaya - Bukit Tinggi is about 55 km.
Started at 9 pm
Was at Mc D until 10 30 pm
but we arrived at Bukit Tinggi area at about 3 am!!




Yep, after stopping at 3 Hentian R&R, and after having a less than one hour nap at 2 from 3 R&R, we finally arrived my hometown, Pekan Pahang...in front of my mom's gate at 6 am!


(Kelana Jaya to Pekan usually takes only 3.5 hours)


What a journey....what a journey....

and, now, after performing his solat Hari Raya, at 9 45 am, Mr B is sleeping...(like a baby?)

well, he deserves that privilege.

after all, he was the one "who had experienced the journey", literally.

Me? I think I had been a rather reliable co-pilot, though.
or should I say " a rather reliable stewardess?"..what I did was, serving coffee, potato chips, coffee again.... yeah, definitely stewardess..hehe.

Anyway, syukur alhamdullilah, selamat sampai dan dapat menyambut hari raya walau dalam kepenatan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua...
.lupiey, tapau, farahin, nabila, iman, saido, asraff, jie, rifqi, imran, dart, yana dan lain-lain :)

*mak, boleh tak nak balik besok? saya tak daya nak tempuh jam lagi dah...kalau balik hari ahad*
hehe

Sunday, October 21, 2012

human

4 comments
This is a part of Mr B's conversation with someone he met ( someone could be considered as veteran) at a gym today:

The man: where do you work?
B: at a local company.
The man: as a?
B: looking after the whole operation (of the company)
The man: oh, then,  I know what is your biggest difficulty...human, right?

That statement made Mr B laugh...

Well, he told me about this conversation while we were having a really nice coffee at Dr Cafe, tonight.

And, I could totally agree with that.

The most challenging part of managing an organisation is indeed, managing the human.

We could control a robot or machine. Robot or machine will only operate what has been programmed to them.

But, we can not program human.

So, yes I am totally agree with that.

If the nature of our work involves human, then to be succeeded in doing the job is to know how to operate the human in a human way ( not in a robot way :)

(or accept the fact that we shouldn't do the job at all.)

I realize that my biggest weakness is, I tend to get emotional when dealing with human.

I would always trying to satisfy others.

While in doing so, I always felt hopeless when things did not work out as I thought it should be.

And I always ended up getting frustrated and less self-motivated.

May be I need to look at things in a bigger scenario - it is impossible to satisfy everybody.

It is impossible because I am a human and so are they.





Thursday, October 18, 2012

Tak faham tapi faham

5 comments
Petang tadi En B mengajak saya turut serta makan malam bersama bekas shachou dia yang datang dari Jepun. Sebenarnya 2,3 kali saya dengar shachou dia call, minta juga En B bawa saya sekali. Jadi saya pun bersetujulah untuk turut serta. Kali terakhir saya berjumpa dengan dia semasa kami menziarahi rumahnya di Oita sekitar 10 tahun lepas....

Bekas boss dia ni dah berumur 75 tahun tetapi masih sihat dan cergas dan masih kuat bekerja. Sasuga orang Jepun.

Kami berjumpa di hotel tempat dia menginap dan sebaik sampai terus kami diajak ke restoran Jepun. Dia pilih bilik persendirian yang boleh muat 10 orang sedangkan kami cuma bertiga.

"order-order apa nak makan, jangan malu-malu" katanya bersungguh-sungguh..

En B: saya nak teishoku..ada sanma teishoku?
tanya En B kepada pelayan.

Shachou: SANMA TEISHOKU? minta lah yang mahal-mahal lagi!

B: saya suka sanma..saya terasa nak makan sanma teishoku...

Shachou: ah, ok lah...ha, order-order apa-apa sahaja
Kata Shachou kepada saya lagi.

A: saya nak TENDON lah!

Shachou: ha? tendon? tak boleh..tak boleh..minta lah yang mahal-mahal sikit!
katanya sambil gelak-gelak

A: saya terasa nak makan tendon...saya ni orang kebanyakan saje tak makan yang mahal-mahal..
kata saya.

Shachou: tak boleh, tak boleh..jangan segan-segan..order-order..
katanya lagi

Disebabkan dia mendesak maka saya pun "okotoba ni amaete" dan memesan "KAISEKI COURSE" yang berharga RM180! hehe

Mungkin pilihan saya tadi membuatkan dia rasa macam saya tak respek dia sebagai shachou agaknya. Shachou boleh belanja makanan mahal jadi malulah dia kalau dia cuma belanja saya  tendon sahaja. Mungkin begitu.

******************************************************************************

Bekas shachou ini kami panggil kaichou. Dia memang suka bercerita. Saya cuma menyampuk sekali sekala untuk menunjukkan saya "mendengar" tetapi dia nampaknya lebih suka bercerita dan tak kisah kalau kami tak menyampuk pun. Jadi kami banyak mendengar dia bercerita.

Masalahnya, saya kurang faham dengan ceritanya.

Orang lelaki yang sudah berumur begitu, butir-butir percakapannya kurang jelas.

Tetapi saya kan tiap hari "bergelumang" dengan Bahasa Jepun? Kenapa saya tak faham butiran percakapannya? Adakah kebolehan Bahasa Jepun saya semakin teruk? Adakah sebab tidak berada di dalam suasana sebenar Jepun atau tidak bergaul dengan orang Jepun biasa (luar dari dunia akademik) membuatkan saya tidak dapat memahami perbualan ?

Tidak dinafikan sekali sekala bila saya faham, memang topik dan ceritanya menarik sehingga saya tertawa besar Tetapi ada beberapa bahagian yang saya tak faham langsung.....tetapi buat-buat faham apa lagi bila tengok En B yang mengangguk dan memberi respon yang "real".

Kenapa En B yang tidak pun "bergelumang" dengan Bahasa Jepun tiap hari lebih faham dari saya? Sugoi na...Sugoi na...macamana dia boleh faham? Agaknya sebab dia sudah kenal shachou ni lebih 20 tahun jadi dia sudah biasa dengan cara percakapan shachou...yang pada saya butir-butir percakapannya kurang jelas.
.
********************************************************************************

Semasa dalam perjalanan pulang;

A: B sugoi na...boleh faham apa kaichou cakap...A tak faham pun..

B: Eh, tak de lah..bukan ke A yang ketawa besar tadi...B tengok A ketawa besar, B pun buat-buat ketawa la tapi sebenarnya tak faham..

A: ha? hahah.. Tapi ada part yang A tak faham, tapi B macam faham aje...contohnya apa maksud cerita dia tentang 40,000 kanagata tu? Apa yang orang lain 10,000 lebih tapi dia 40,000 lebih, apa kanagata tu? tak faham langsung cerita tu..

B: oh yang tu B faham..
  dia cerita pasal mould..biasanya orang lain dapat lulus mould pattern dalam 10,000 lebih aje tapi  dia dah dapat kelulusan 40,000 lebih..

A: oh, cerita pasal kerja ke tu....patut la tak faham...

B: B pula tak faham apa yang A gelak besar tadi.. tak faham pasal apa.

Lalu saya pun bercerita lah apa yang buat saya gelak besar... Dan B kata dia memang tak faham tapi buat-buat gelak juga sebab saya gelak :)


Baru saya sedar apa yang telah berlaku.

B pernah bekerja dengan kaichou selama beberapa tahun, jadi topik-topik berkaitan kerja serta perkataan-perkataan yang berkaitan memang lah dia faham walaupun dia sudah lebih 10 tahun tidak bekerja dengan syarikat Jepun. Tetapi apabila kaichou cerita sikit saja pun dia tahu dan faham..sebab dia ada latar belakang cerita itu.

Sebaliknya  saya  boleh faham cerita-cerita kaichou mengenai masyarakat, budaya dan sosial.

Menarik pula rasa bagaimana faktor-faktor tertentu boleh menyebabkan komunikasi terbentuk ataupun sebaliknya. Menarik juga apabila disebabkan latar belakang pemahaman kami yang berbeza telah berjaya membuatkan komunikasi terbentuk dan kaichou merasa puas bercerita agaknya.

Kami berbual dengan orang yang sama tetapi topik perbualan yang difahami tidak sama. Saya faham mengenai topik budaya dan masyarakat dan B pula faham topik teknologi dan teknikal.

mmm...omoshiroi  :).

*******************************************************************************

Apa-apa pun seronok dapat berborak-borak dengan kaichou. Kami tahu dia sabishii jadi kami teman dia sampai dia mengantuk.. Sebelum berpisah, berkali-kali dia mengajak kami menziarahi lagi ke rumahnya dia Oita

" bulan 11 hingga bulan 2 saya ada di Jepun jadi datang lah ye..sambut tahun baru!" pesannya berkali-kali. Kali terakhir kami pergi adalah pada tahun baru lebih 10 tahun yang lalu...dulu semasa perjalanan pulang dia belikan tiket shinkansen dan hulurkan beberapa man lagi.....jadi kali ini pun mungkin dia akan belanja? Hehe.. Apa-apaun saya tahu dia sangat sayang pada En B sebab En B adalah anak didiknya yang "menjadi" :)

Sunday, October 14, 2012

Apam balik dan RM20

5 comments
"Dik, apam balik special 2 ye dik, garing." saya membuat tempahan sambil mengunjukkan wang kertas RM20 yang masih baru.

"kak, semalam saya dapat duit 20 palsu kak, bila nak beli barang pagi tadi, cina kat kedai tu perasan" kata adik penjual apam balik sambil membelek-belek duit saya tadi.

"ek, duit saya ni ok ke dik? Macamana boleh tau palsu?" suspen juga saya...

"oh, ni ok...yang palsu, tak ada gambar agong kat belakang ni, line besi ni pun boleh cabut-cabut" jelasnya sambil menunjuk-nunjuk pada duit itu.

"oh.."

"selalunya kalau saya dapat 50 (wang kertas RM50) saya check dulu tapi 20 saya tak check, lagipun kadang-kadang bila orang ramai kita pun sibuk" ceritanya lagi sambil membuat apam balik saya.

"agaknya orang yang bagi duit tu pun tak tau kot dik yang duit tu palsu..kalau saya mesti tak perasan punya"

"tak kak, saya rasa tu pengedar tu kak..bukan saya aje, orang sebelah ni pun kena juga 50 ringgit" ceritanya lagi sambil menunjukkan kepada gerai pisang goreng di sebelah.

"oh..jahatnya manusia buat macam tu..."

Adik apam balik tergelak sikit dengan kata-kata saya.

"kalau tengok betul-betul baru perasan duit tu kecil sikit dan rasa kertas pun lain..kasar sikit.." tambahnya lagi.

"oh, saya tak pernah check duit ok ke tak..lepas ni saya pun kena check la kan.."

"banyak kak..orang meniaga selalu kena, abang saya yang meniaga kat sana pun pernah kena.." tambahnya lagi...

"nak beli barang pagi tadi baru perasan" katanya sekali lagi.

Setelah apam balik siap, saya pun masuk kereta dan ceritakan kepada En B mengenai perbualan dengan adik apam balik.

"kesian..tentu dia nak beli modal apam balik pagi tadi kan..kesian..peniaga kecil macam ni yang selalu kena sebab kalau kat pasaraya diaorang (pembuat dan pengedar wang palsu) tak berani guna kot, sebab pasaraya akan check duit tu, tapi peniaga kecil mana tahu..." kata En B.

"diaorang beli makanan seringgit dua, hulurkan 50, lepas tu dapat baki 40 lebih dan dapat makan free pulak tu, peniaga juga yang rugi.." tambahnya lagi.

Jahatnya manusia...saya harap adik apam balik dan para peniaga akan lebih berhati-hati menerima wang dari pelanggan, dan saya harap saya tak akan mendapat duit tukaran wang palsu yang tanpa saya sedari akan saya guna untuk bayar pula pada orang lain....

btw, apam balik special mmg saikou :)



Thursday, October 11, 2012

失敗

2 comments
取り返しのつかないことをしてしまいました。
恥ずかしい。
社会人、失格。
どうすればいい?

Tuesday, October 9, 2012

Cendera MATA

9 comments
 Beberapa bulan lepas saya pergi ke sebuah kedai cermin mata yang boleh dikatakan terkenal di negara kita ini sebab cawangannya ada di mana-mana. Tujuan utama adalah hendak buat pemeriksaan mata seterusnya menempah cermin mata. Sebabnya sejak beberapa bulan lepas saya perasan yang saya kurang nampak OHP, serta Power Point bila ada presentation atau mesyuarat yang menggunakan teknologi itu. Lagi satu saya perasan yang saya sudah terpaksa menolak ke belakang sedikit objek apabila cuba membaca tulisan yang kecil di objek tersebut.
oh, sudah sampai masa untuk rabun dekat juga?

Dipendekkan cerita , saya telah menempah cermin mata bifocal iaitu yang berfungsi untuk rabun jauh dan juga dekat. Juga setelah "termakan" kata-kata optometris, saya juga telah "meredhakan" dia menambah fungsi transitions iaitu cermin bertukar kepada warna gelap apabila berada di kawasan yang terik cahaya matahari. 

Yang setelah dicampur segala fungsi cermin mata tersebut bersama frame nya maka jadilah ia lebih kurang bonus separuh bulan... Oih! Semua orang punya spek mahal macam ni ke? 

*******************************************************************************

Tetapi setelah menyerahkan sebahagian harta saya kepada kedai itu (over?), saya tidak berkenan pula dengan cermin mata tersebut serta bila pakai saya rasa pening kepala dan tidak selesa...

Bukan ke cermin mata sepatutnya membuatkan kita bertambah selesa

Dan nampak cantik

Lagi nampak muda?

Hehe. Over lagi.

*********************************************************************************

Disebabkan saya tidak selesa apabila memakai cermin mata dan disebabkan saya sering sakit kepala kebelakangan ini, saya membuat keputusan untuk berjumpa pakar mata semalam.

Setelah menceritakan segala masalah saya, doktor mengambil cermin mata saya dan meminta nurse memeriksa power cermin mata itu.

Sejurus selepas itu, nurse pun datang bersama nota kecil dan meyerahkan nota itu kepada doktor bersama cermin mata.

Doktor tersenyum melihat nota itu dan berpaling kepada saya.

"cermin mata ni mesti mahal kan?"

"ak, aa..."

"tapi power awak sikit sangat, tak perlu pakai cermin mata pun. Kalau perlu cuma beli yang ready made, 40 ringgit boleh dapat."

"ha? Apa?" (ini terperanjat dalam hati)

"kalau awak datang check, saya akan cakap pada awak macam tu aje... Tak perlu buat spek mahal mahal, awak pun tahu awak bukan perlu pakai spek sepanjang masa kan? kalau rasa sakit kepala bila kena matahari terik, pakai sunglasses yang ada polaraid, kalau bawa kereta malam-malam dan silau nampak lampu pun pakai spek polaraid...tau spek polaraid? yang warna kuning tu.."

"ye, saya ada.."

"masa panas, pakai yang tu saja..tak pening la kepala.."

"oh..."

tak guna betul kedai spek!!! marah ni...


"sini saya check mata awak"

saya pun disuruh menenggekkan muka di satu alat....doktor buat macam-macam seperti pancarkan lampu-lampu ke mata...dan tiba-tiba dia berkata

"awak ada masalah lain ni.."

"?"

"yang ini perlu buat surgery" dan dia mula bercerita dan melukis-lukis gambar mata.

"?..bila kena buat doktor?"

"hari ni pun boleh.."

?

"minor surgery ke doktor?"

"minor..sangat minor..lepas surgery boleh lari-lari dah.." kata doktor mengusik (kurang asam doktor ni)

"saya tak pernah kena surgery doktor, sakit ke?"

"sakit sikit la..tapi macam ni la..last time saya buat pada budak 10 tahun...budak 10 tahun ok aje" kata doktor dengan muka selamba..(memang kurang asam)

"kena buat dua belah ke doktor?"

"dua belah la tapi hari ni buat sebelah lah dulu, kalau dua belah nanti awak buta satu hari." sangat melampau usikan doktor ini!

"ok lah kalau macam tu"

dan doktor tersenyum mengusik...memang muka selamba aje...

*******************************************************************************

Dipendekkan cerita saya terlantar di bilik bedah untuk pertama kali dalam seumur hidup!

Sebaik sahaja saya baring, beberapa orang nurse sibuk membuat persiapan.

"dik, lama ke dik?"

"surgery sekejap aje kak..yang lama nak tunggu doktor datang, kadang-kadang doktor sibuk lambat datang..."

"doktor mana yang buat surgery dik?"

"doktor Z tadi la.."

"oh dia juga yang buat surgery..."

walau dia banyak mengusik, tapi sebenarnya rasa lega sebab orang yang memeriksa yang juga membuat surgery, sekurang-kurangnya sudah ada "bond" di situ..hehe

sibuk juga persiapan nurse...semasa saya pejamkan mata, saya dengar nurse membuka itu ini, mengoyakkan itu ini, muka saya ditampal itu ini dan mata saya dibubuh itu ini...oh, macam ni ke surgery....

selepas itu mereka membiarkan saya di situ...menunggu...

"dik, boleh tak saya nak guna handphone sekejap? saya tak beritahu suami saya lagi ni.."

"boleh tapi akak cakap sebelah kiri ye, sebab sebelah kanan saya dah letak ubat bius"

"oh, tak pe saya nak mesej aje"

selepas beberapa minit, doktor pun datang...

"awak datang periksa lain, dapat lain kan? haha..." kau memang tak habis mengusik....

*********************************************************************************

perasaan?

sedikit berdebar-debar sebab tak tau apa yang "dikerjakan" oleh doktor dan nurse kepada mata saya

sakit?

adalah sedikit...rasa dicuit-cuit....dicucuk-cucuk...tapi kalau dibanding kan dengan rawatan gigi, tak ada apalah..lebih ganas dan ngilu gerudi doktor gigi.

beberapa minit selepas itu

"ok, dah siap" kata doktor

"oh...."

"doktor yang satu lagi saya buat esok boleh?"

"hahaha....minggu depan la..balik dulu rehat...minggu depan datang lagi check.."

ok.... bukan la saya ni suka sangat dibedah tapi memandangkan minggu ni tak de kelas kan senang kalau habiskan aje minggu ni...tak lah saya menyusahkan orang lain ganti kelas minggu depan..

*********************************************************************************

"kak, tekan kuat-kuat sikit...kena kawal bleeding" kata nurse menyuruh saya menekan kapas di atas mata yang baru sahaja dibedah.

dan dia membiarkan saya menekan selama.......forever....
"bila nak suruh bangun ni? penat dah tangan ni..." saya bermonolog...terpaksa menggunakan tangan kiri untuk memegang tangan kanan yang sedang menekan kapas supaya dapat kurangkan lenguh.

"dah boleh balik ke dik?" tanya saya tak sabar.

"kejap lagi kak.."

oh...

selepas beberapa minit, nurse pun datang kembali, menukar kapas dan mula menampal plaster di mata saya...hasilnya saya menjadi seperti "Johnny Depp dalam Pirate of The Carribean"...
あれ?, Johnny Depp mana ada tampal mata? hehe

*********************************************************************************

susah juga mengendalikan diri dengan satu mata ye.

bila nurse panggil, saya kena berdiri betul-betul depan dia baru boleh beri perhatian.

mereka selamba aje..."akak lepas ni pegi kaunter 38 ye lepas tu pegi buat bayaran"

ha? kat mana tu? rasa susah sikit nak menelan informasi sebab seperti kurang satu deria...

semasa berjalan ke arah kaunter, budak-budak kecil memandang- mandang saya dengan rasa ingin tahu sambil suspen juga.....dan ada yang berani menegur
"kenapa mata akak" "kenapa tu?" haha! saya memberi sebuah senyuman kepada mereka..mesti mereka suspen dengan "pirate" ini..haha...

setelah urusan mengambil ubat dan membayar, saya pun menunggu dengan sabar kedatangan En B...yang sampai beberapa minit selepas semua urusan selesai...sampai sahaja, terus rangkul tangan dia dan rasa seperti deria yang hilang tadi telah diganti... terima kasih En B yang setia berkhidmat :)

oh, lupa nak tambah....saya dapat MC dua hari!!! hehe..

untuk kenangan saya pun mengambil gambar pirate ini..




Monday, October 1, 2012

Lama juga

4 comments
Lama juga tidak update blog
Lama juga tidak baca buku
Sebab saya baru beli ipad (hehe)

Wednesday, September 19, 2012

Orang Cina 5 L

3 comments
Kisah A dan B

A dan B sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumah setelah beriadah.


A: Sekejap aje B buat push ups?

B: Oh, sakit perut hari ni. Mungkin sebab semalam pun buat kot.

A: A pun nak buat tapi kat situ ramai pakcik-pakcik... Dia orang duduk aje kat situ, orang lain pun nak buat jugak exercise.

B:  Oh, itu memang depot dia orang tu. Tiap hari dia orang kat situ.
    ( nampak sangat si B selalu exercise tapi si A jarang-jarang :D )

A: Oh, dia orang ni mesti dah pencen kan.

B: Ataupun businessman...

A: Ye lah, businessman yang dah kaya-kaya tak payah kerja dah..

B: Duduk Diam-Diam Dapat Duit.

A : Woh! 5 D! (baca: five D)  DUDUK DIAM-DIAM DAPAT DUIT! Haha

B: Ye lah. Tapi orang Cina bukan 5 D. Orang Cina 5L.

A: ?

B: Tau apa 5L?

A: Tak.

B: Orang Cina 5 L

     LULUK LIAM-LIAM LAPAT LUIT

A: hahaha-

Tuesday, September 18, 2012

Isteri dan anak-anak

0 comments
Sebuah sms semasa menyambut hari raya pada tahun ini telah menambah keceriaan hari raya saya.

Sampai sekarang pun setiap kali saya tengok sms tersebut, memang saya akan tergelak sendirian.

Oleh kerana terasa sayang pula kalau ia dibuang tanpa meninggalkan kenangan, saya memaparkannya di sini.

Diharap tuan yang menghantar sms tidak pula berkecil hati saya paparkannya di sini.

Dan diharap rakan-rakan si penghantar pun tidak mengusiknya pula nanti.

Ini sms yang telah memberikan saya 小さな幸せ:)

Terima kasih, Eshadiq.

Semoga suatu hari nanti saya akan dapat sms yang sama - dalam situasi yang sebenar. :)



Si pengirim adalah pelajar U2(batch 6) yang masih bujang (ye ke?) trangtangtang.

Friday, September 14, 2012

南京錠(なんきんじょう)

2 comments
南京錠とは?

簡単に言うと、外で付けられる鍵のことです。

今日は、「マンガ」を忘れて、それを探しに事務室に業者の人が来ました。みんなが部屋中探してあげました。

でも、その前に、何をなくしたの?と、みんなに説明するために、「マンガ」って日本語でなんだっけ?とローカル教員のザさんが問いかけました。

そう言われてみれば、なんだったか、自分でも・・・

すると、一人の日本人の先生は、「南京錠?」と答えたので、
私もすぐにグーグルしてみました。(笑)

そうです!

マレー語では、「マンガ」と呼んでいる、果物の「マンゴ」ではないし、「漫画」の「マンガ」(comic)でもありません。

外付け鍵のマンガのことです。

それが、日本語では、南京錠と言います。

あっ、なぜ、南京錠?と聞きたくなるでしょう。字から見ればわかるように、
「南京」は中国の町の名前です。なぜ、中国の町の「南京」が使われているのでしょうか。
これは、「南京」から来た「錠」でしょうか。

調べた結果(大した調べではないが)、「南京」は、外国からの珍しいもの・小さいものの名前につけたということです。また、「南京錠」のほか、「南京豆(なんきんまめ」「南京虫(なんきんむし)」もあります。

ところで、南京豆はピーナッツのことで、南京虫はbed bugs (kutu tilam?)のことです。

南京錠 yang berkarat(sumber:Wikipedia)

ということで、今日の新しい言葉は、以下でした;

*南京錠 (Nankin jou)     = kunci mangga
*南京豆 (Nankin mame) = kacang tanah
*南京虫 (Nankin mushi) = kutu tilam

3 perkataan yang berkaitan dengan Bandar Nanking (Nanjing) di China.
Walaupun dikatakan perkataan yang menggunakan tulisan "Nanking" ini digunakan untuk menamakan barang import yang kecil dan luar biasa, tetapi ada kemungkinan sebab ia didatangi dari daerah ini pada masa dahulu.

:)
kena tulis cepat-cepat sebelum terlupa perkataan ini dan juga sebab sekarang adalah waktu kerja, bukan waktu tulis blog! (hehe)





Wednesday, September 12, 2012

PSY dan Sore Eyes

5 comments
Cerita lama tapi seperti biasa saya memang ketinggalan dengan sebut-sebutan dan cakap-cakapan orang sekeliling. Sekali sekala ternampak di berita ke, laman web ke tapi tidak ambil peduli.

Cuma kebelakangan ini kerap pula ternampak gambar "pakcik Korea gemuk".
Siapa dia ni? Kenapa tiba-tiba banyak pula nampak muka dia?

Kebetulan hari ini tidak sibuk, jadi saya pun mula memberi perhatian dan baru saya tahu dia jadi fenomena sekarang - PSY Oppa Gangnam Style. Apa yang Oppa Gangnam Style pun tak tau la tapi bila tengok musik video baru saya faham kenapa dia jadi fenomena- lawak, bertenaga, original, musik serta lirik yang "catchy". Memang boleh tengok beberapa kali. Lawak :)

Oh ye, Oppa KL style pun omoshiroi! :D


Satu lagi hari ini terperasan pasal "Sore Eyes 5 days of MC". Bila tertengok beberapa video mengenai ini, saya pun cari la punca kenaapa ramai orang buat video tu. Bila dapat tengok yang original tu baru saya tahu kenapa ramai orang yang tiru. Memang lawak juga yang ini. Kesian juga pada budak perempuan yang gedik tu tapi sangat lawak terutamanya yang meniru tu. Ada beberapa yang sangat kelakar seperti ini dan ini. Lawak! :D

Saya tahu saya ketinggalan tapi ini yang buat saya ketawa pada hari ini. hehe.

Sunday, September 2, 2012

Rimba Harapan

0 comments
Keris Mas, Edisi DBP 2008, (cetakan pertama pada 1986)

Novel Sastera Melayu yang saya jumpa di rumah kakak ini adalah tulisan Keris Mas atau nama sebenarnya Kamaludin Muhammad. Semasa menggoogle gambar novel untuk ditulis di blog ini, baru saya tahu yang beliau rupanya adalah penerima anugerah Sasterawan Negara yang pertama. Saya sebenarnya telah membaca buku yang ditulis oleh SASTERAWAN NEGARA YANG PERTAMA! (tiba-tiba sahaja rasa macam telah membuat sesuatu yang boleh dibanggakan :D)

Sedikit fakta menarik mengenai Sasterawan Negara untuk dikongsi oleh amatur seperti saya:

1) Anugerah SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA merupakan anugerah yang diberikan kepada mereka yang menyumbang dalam bidang sastera Melayu di Malaysia.

2) Ia dicetuskan oleh bekas PM ke 3, Tun Hussein Onn yang menginginkan sebuah hadiah sastera  yang berprestij demi mengangkat martabat sastera di Malaysia.

3)Penerima anugerah sehingga kini:


  1. 1981 : (Dr) Kamaludin Muhammad atau Keris Mas 
  2. 1982 : Prof. Emeritus Dato' Dr. Shahnon Ahmad
  3. 1983 : Datuk (Dr) Usman Awang
  4. 1985 : Datuk (Dr) A. Samad Said
  5. 1987 : (Dr) Muhammad Dahlan Abdul Biang atau Arena Wati
  6. 1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
  7. 1993 : Datuk Noordin Hassan
  8. 1996 : Datuk Abdullah Hussain
  9. 2003 : Prof. Madya Dr. Syed Othman Syed Omar atau S. Othman Kelantan
  10. 2009 : Dato' Dr. Anwar Ridhwan
  11. 2011 : Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala
(sumber: Wikipedia)



Keris Mas

sumber: http://alhikmah-diari.blogspot.com

Saya berkenan terus pada gambar ini sebab nampak sangat macam "pengarang" zaman dulu-dulu. Gambar hitam putih, gaya pakaian zaman dulu, hisap rokok semasa bekerja dan mesin taip!  Klasik! :)


Rimba Harapan

Berkisar kepada kehidupan orang Melayu di Ketari, Bentong dan Janda Baik (Pahang) sekitar tahun 1920-an dan 30-an. Kehidupan sosial dan ekonomi orang Melayu yang hidup dengan bersawah dan berdusun telah tergugat oleh perluasan tanah untuk penananam getah dan industri perlombongan secara besar-besaran yang dimonopoli oleh bangsa Cina. Bencana alam yang melanda telah memburukkan lagi keadaan sehingga mereka terpaksa menjual tanah kepada pengusaha lombong dan melarikan diri ke kawasan hutan Janda Baik. Janda Baik diteroka dan dibuka dengan kegigihan dan penderitaan orang Melayu.

Salah satu sebab saya merasa "dekat" dengan kisah dibuku ini adalah kerana saya orang Pahang yang bersekolah di Raub, iaitu untuk ke Raub dari Bandar Pekan kita harus melalui Bentong dahulu. Saya tidak tahu Ketari tetapi pernah berkursus di Janda Baik beberapa kali.

Jika kita menggunakan lebuhraya Karak ke Pahang, kita akan melalui kawasan sekitar Bentong dan boleh nampak simpang ke Janda Baik. Di tepi-tepi lebuhraya pula kita akan nampak kawasan perumahan dan bandar yang kebanyakannya diduduki oleh bangsa Cina.

Selepas membaca buku ini, dan semasa melalui lebuhraya di kawasan tersebut semasa pulang ke KL dari Pahang selepas raya baru-baru ini, saya telah memberi perhatian kepada tempat itu. Saya teringat yang untuk pergi ke Janda Baik (di atas bukit), saya telah melalui bandar dan perumahan tersebut. Adakah suatu masa dahulu bandar dan perumahan tersebut adalah milik orang Melayu?

Pemikiran orang Melayu kampung pada masa itu adalah - hidup mesti berbudi pada tanah - kampung halaman adalah rumah yang dikelilingi sawah dan dusun - orang Melayu mesti memastikan adat turun temurun dijaga. Oleh itu semasa bangsa lain sedang mengejar permodenan (ekonomi) pegangan hidup orang Melayu pada masa itu sangat sukar untuk dipengaruhi. Akibatnya mereka terpaksa merempat ke tempat lain untuk meneruskan kehidupan serta kepercayaan mereka.

Ada juga golongan orang muda Melayu yang cuba "menyelamatkan" bangsanya tetapi pemikiran orang muda pada masa itu dianggap pelik dan "melanggar" adat dan kepercayaan Melayu. Sedangkan pada pembacaan kita pada masa sekarang ianya adalah terbalik - adat dan kepercayaan orang Melayu lama itu yang kita tidak boleh terima. Semasa pembacaan kadang-kala terfikir, "kenapa mereka degil sangat? kenapa mereka tidak mahu percaya? kalau mereka percaya tentu tanah mereka tidak tergadai!, tentu masih Melayu yang memonopoli Bentong!"

Satu pembacaan yang boleh membawa kita kepada asal kita. Pemikiran dan kepercayaan orang Melayu, zaman dulu....atau ....adakah kita masih juga Melayu begitu?


★★★★★
Buku ke 20, 2012


Thursday, August 30, 2012

Komuter - LRT - Bas

14 comments
Salam semua.

Diharap anda semua sihat sejahtera meraikan bulan raya.

(macam tulis surat pula :P)

Saya ini manusia yang tak suka berpenat - kalau boleh nak senang-lenang aje sepanjang masa. (semua orang pun tak begitu?) Pergi kerja ke Shah Alam boleh sampai dalam masa 20 minit sahaja dan tanpa kesesakan lalulintas. Sangat bahagia pergi kerja setiap hari. Tetapi sejak kena berulang ke Beranang, ada rasa "sakit" sedikit bila kena memandu selama 1 jam satu hala - oh, kenapa Beranang jauh sangat! kalau ada pemandu kan bagus! Tetapi setiap kali terfikir begitu selalunya tak boleh mengeluh depan orang lain- sebab bila mengenangkan ramai orang dalam dunia ni yang tiap hari kena keluar seawal subuh semata-mata untuk pergi kerja, dan mungkin memandu lebih dari satu jam - jadi terasa kecilnya masalah sendiri....

Satu lagi yang buat saya "lemah" adalah bila kena hadir mesyuarat di luar. Contohnya, semasa sedang berkerja di Shah Alam tiba-tiba dapat sms, "pukul 3 ada meeting di Semenyih." hah! mengapa??? mengapa???" lebih kurang macam tu la perasaannya.

Selain dari itu bila dapat tahu tempat mesyuarat di kawasan Kuala Lumpur. Oh, ini memanglah paling tidak gemar. Sebab pertama adalah - saya tak tahu jalan di KL.... "bukan ke ada GPS?" mungkin orang boleh kata macam tu .... tetapi pada saya guna GPS pun mesti ada skil...kalau Bahasa Jepun dikatakan 才能.... saya bukanlah salah seorang yang ada 才能 untuk guna GPS. (over? :D )

Sebab kedua adalah - saya tak suka kesesakan lalu lintas...( siapa yang suka kan?) tau lah bila masuk KL tu, tak sah kalau tak sesak kan?

Dan sebab terakhir adalah - susah cari tempat parking kereta! Ini adalah masalah paling besar yang kalau ada 才能 untuk guna GPS pun tak boleh nak tolong kalau parking sudah penuh!

Oleh sebab-sebab demikian saya memang banyak "berfikir" jika terpaksa melalui perkara seperti itu. Contohnya;

Pada hari ini saya diminta untuk hadir mesyuarat di KL seawal jam 8:30 pagi. Bila dapat tahu sahaja pasal ini fikiran saya terus - "nak pergi dengan teksi!" - itulah yang saya fikirkan sehingga saya ceritakan kepada En B pada malam itu.

Respon En B? "mana ada teksi nak pegi KL pagi-pagi...jalan jam tak kan teksi nak pegi"
ha? habis tu macamana? penyelesaian yang boleh difikirkan?
"B, besok B hantar boleh tak?" satu jalan penyelesaian yang boleh difikirkan tetapi En B kata dia ada mesyuarat pada pukul 9:30 pagi esok, jadi mungkin tak sempat.
"oh..."

Walaubagaimanapun seperti selalunya...sebelum tidur En B pun berkata
"ok, besok B boleh hantar tapi kena bertolak cepat tau. Kena keluar sebelum 7:30..7:15 macam tu.." dan seperti biasa juga sebagai seorang yang bertolak-ansur saya pun berkata
"daijobu yo! kita boleh pegi sendiri, ada teksi kot, daijobu."

Dan seperti biasa juga En B tahu saya menolak tidak ikhlas (hehe)

Masalah untuk pergi sudah selesai walaupun sampai 10 minit lagi sebelum pukul 9. Nasib baik meeting tak mula pun lagi...Kesian pula kepada En B, sempat ke dia sampai ofis sebelum 9:30..( tapi dia Pengerusi meeting..so tak pe kot?)

Masalah seterusnya ialah macamana nak balik? En B dah kata tak boleh ambil sebab dia ada dinner. Sebagai seorang yang sememangnya bertolak-ansur, sudah tentu saya tidak pentingkan diri sendiri dan minta ambil juga kan? :P

Jadi macamana? Nak tumpang kawan? Rasa malulah juga sebab hari tu dah tumpang.
Jadi memang niat nak naik teksi sahaja...

Sehinggalah bila dapat tahu Cik M dan Puan A ceritakan yang mereka nak balik naik komuter ke Bangi....

"saya nak balik Kelana Jaya, boleh ikut sekali ke?"

"oh ..kita boleh nak train yang (arah) sama tapi Kak Has kena turun kat KL Sentral lepas tu naik LRT."

"oh ye ke? kalau macam tu saya ikut la"

"tapi kena jalan kaki jauh Kak Has"

"oh ye ke, tak apa.."

memang agak jauh jalan kaki dari Bangunan MARA ke stesen komuter Bank Negara! tapi kalau Puan A yang sarat mengandung pun boleh buat, tak kan saya tak boleh? :D

Pertama kali berjalan kaki ke stesen komuter.

Pertama kali naik komuter di stesen Bank Negara.

Sampai sahaja di stesen Cik M tanya "kak Has ada Touch n go?"

"tak bawak"

"kalau macam tu kak Has kena beli tiket."

Sampai di situ Cik M tunjukkan tempat tiket - dalam hati "nasib baik kaunter, boleh tanya"
- "KL Sentral berapa?" "seringgit" jawab adik tu sambil tersenyum. "seringgit aje? murah!" monolog saya.

Lepas beli tiket dan semasa nak masuk, "kat mana nak masukkan tiket ni? tak de tempat masuk tiket pun?" bermonolog lagi.

"Kak Has, lalu kat sana" tunjuk Cik M sambil senyum-senyum.

oh, rupanya memang tak ada tempat nak masukkan tiket pun sebab dah rosak...tiket kena tunjukkan sahaja kepada pekerja di situ.

"Kak Has tak biasa naik komuter ke?" Cik M ingin tahu.

"ye, nak cakap malu la pulak...hehe.."

"Kak Has masa kat Jepun saya tak tau apa, kena ikut kak Has aje tapi kat Malaysia ni kalau komuter saya tau." kata Cik M sambil tersenyum.

Masuk aje komuter kami naik gerabak khas wanita. Ini pun pertama kali. Memang bagus ada gerabak khas wanita. Tak perlu risau tersentuh sana sini. Lagipun ada banyak tempat duduk - nasib baik. Saya pun keluarkan buku cerita konon-kononnya nak baca sambil menunggu sampai. Tapi rupanya KL Sentral cuma persinggahan ke 2 dari situ. Dan sebelum keluar, Cik M yang mungkin agak "risau" dengan saya terus saja kata "Kak Has, cari Putra tau, Putra!"
haha..ye, ye..

Semasa hulurkan tiket kepada petugas, saya bertanya, "Putra di mana?" Dia jawab, "kat sebelah aje" ..oh :D.

Sebelah sahaja rupanya. "Oh, dah sampai! macamana nak beli tiket ni? boleh guna duit kertas ke?" monolog saya sambil melihat sana sini dan ternampak mesin tiket di sebelah kiri dan kaunter tiket di depan.
"beli kat kaunter la, senang sikit" sambil bermonolog kaki menghala ke kaunter tapi terhenti setelah ternampak tulisan di kaunter itu:

"OKU, ORANG TUA, TUKARAN WANG KECIL" ooppss!!! tak jadi!

maka terpaksa berdepan dengan mesin tiket. dan seperti yang dijangka memanglah terkial-kial...sedar-sedar dah ada orang beratur di belakang tapi nasib baik berjalan lancar! Fuh! lega...tapi  canggih juga ya mesin tiket LRT tu.... tak ada tiket tapi guna TOKEN! canggih..canggih...

Berjalan perlahan-lahan mencari tempat naik "oh itu KELANA JAYA!..ok..ok.." sambil bemonolog lagi. Semasa mendaki tangga terdengar bunyi keretapi yang seperti ingin bertolak. "Ek, nak lari ke? kalau kat Jepun tentu dah lari ni bagi sempat masuk train..tapi tak de orang lari pun??" bermonolog lagi sambil melihat keretapi itu berlepas....Sampai di atas, perasan ada tulisan "NEXT TRAIN IN ONE MINUTE 10 SECONDS".."oh, banyak train..patut la tak de orang lari..."

Sesuatu berlaku semasa saya nak masuk ke dalam train!

Semasa melangkah masuk, saya dicuit dan disapa oleh seseorang yang sedang melangkah keluar. "teacher!" katanya. Saya menoleh dan melihat bekas pelajar saya "Ohhh-" itu sahaja dan sebuah senyuman saya lontarkan - sebabnya saya dah masuk ke dalam dan pintu train akan tertutup dan...saya tak ingat namanya - siapa ye? Salehuddin? Solihuddin? Rasanya pelajar batch 2....

Oleh kerana saya tahu yang KELANA JAYA adalah stesen terakhir jadi saya tak perlu bimbang seperti di komuter tadi (tadi bimbang: "ada ke announcement bila sampai ke stesen?" - apa lah saya ni kan..失礼 betul kepada train di Malaysia :D.

Saya membaca buku di sepanjang perjalanan....

Beberapa minit berlalu akhirnya saya sampai ke KELANA JAYA.

Berjalan perlahan-lahan mencari pintu untuk turun ke bawah untuk mendapatkan teksi. Tak perlu tergesa-gesa sebab bukan ada nak kejar apa-apa..Nikmati perjalanan hari ini...

"Oh, ada kedai 1 Malaysia kat sini!" monolog saya..pertama kali nampak kedai 1 Malaysia..dalam hati "cuba masuk lah..beli apa-apa ke....tapi nak beli apa? bukannya ada perlu apa-apa!" tak jadi singgah saya terus turun ke bawah.

Ada teksi berderet-deret tetapi kenapa ada yang tak ada pemandu, ada yang pemandu tengah tidur...."teksi ni boleh naik ke?" monolog saya sebelum bertanya kepada seorang pemandu teksi yang baru keluar dari teksinya. "nak pegi SV boleh?" tanya saya tetapi dia memandang pemandu lain yang sedang lepak-lepak di situ dan bertanya kepada pemandu itu jika ingin bawa saya.

Pemandu yang sedang rehat tu menggelengkan kepala, pemandu yang bertanya tu pula memandang saya dan berkata "tunggu jap, tunggu sorang lagi" "ha? apa yang sorang lagi" monolog saya sambil memandang kepada dia...lepas itu dia berkata "8 ringgit ye" di mana saya terus menjawab "bukan meter ke?" dan sebaik dia menggeleng saya pun berlalu dari situ. Entah kenapa rasa sakit hati kepada pemandu yang tidak mahu menggunakan meter.

"Nak jalan kaki? Bagus juga jalan kaki ni, dalam perjalanan singgah di McD, sampai aje kat rumah, boleh buka puasa." monolog saya ....tapi "jauh ni...kaki pun dah sakit, muri-muri" lalu saya pun berjalan menuju ke tempat bas.

Bas pula...."sudah berapa tahun tak naik bas? macamana nak naik bas kat Malaysia ni? Saya pernah dengar kalau tak ada duit syiling tak boleh naik bas sebab bas tak ada sistem tukar duit. Betul ke?" monolog saya lagi sambil melihat-lihat jadual bas di depan mata.

Rasanya ada bas yang selalu berhenti di kawasan rumah. "Oh ini dia!, Oh bas ini la" bermonolog sambil memandang bas yang sedang berhenti di depan mata. "Tapi kenapa bas ni tutup aje? jalan ke tak?" sambil memandang sana-sini saya ternampak papan tanda yang tertulis nombor bas tu dan "12 minit tamat". "Apa yang 12 minit tamat?" sambil terus menengok papan tanda yang berkelip-kelip itu. Selama lebih dari 1 minit pun tulisannya tetap sama.."12 minit tamat" ha?? apa ni?

Selang beberapa minit nampaklah kelibat seseorang yang nampak seperti pemandu bas sedang berjalan ke arah bas tersebut seterusnya menaiki serta membuka pintu bas tersebut.

Barulah nampak beberapa orang penumpang yang berjalan menghala ke bas tersebut. "Oh, ok dah nak jalan" monolog lagi sambil turut berjalan ke arah bas. Semasa itu saya nampak semua orang menggunakan kad dan mendekatkan kad itu ke satu mesin..."kalau tak de kad macamana? yappari cuma boleh guna duit syiling aje ke? saya tak de duit syiling" bermonolog sambil menaiki bas dan ternampak mesin tiket yang ada tempat nak masukkan duit kertas. "Oh, bagus" monolog saya sambil bertanya kepada pemandu "berapa?" Abang pemandu sambil tersenyum mengatakan "seringgit aje".

Saya pun keluarkan duit 1 ringgit dan cuba memasukkan duit itu ke mesin yang ada di depan mata. "Bukan situ, sini, yang tu dah berkurun rosak" kata pemandu sambil menunjukkan kepada "mesin" lain yang terlalu kuno sehingga boleh dikatakan "tabung duit?" dan menghulurkan tiket kepada saya setelah saya masukkan 1 ringgit ke dalam "tabung" itu.

Setelah duduk, saya pun terfikir.."apa la ..mesin rosak pun tak baiki ke?"

Bas pun mula jalan tersenggut-senggut..."pening la macam ni" monolog lagi. Tapi selepas itu dia pun berjalan dengan lancar. Seronok juga naik bas sebab bas lalu jalan yang saya tak pernah lalu. "oh, lalu sini..oh, lalu sini pun boleh balik rumah..kalau jalan jam boleh cuba jalan ni" sambil saya bermonolog lagi sehinggalah saya terfikir "bas ni berhenti sendiri tempat yang dia sepatutnya berhenti ke atau kena tekan loceng?..kalau tekan loceng, mana loceng nye? ak, kena tengok kalau ada orang turun, tengok macamana" bermonolog lagi sambil berharap ada orang yang akan turun sebelum saya.

Tiba-tiba "pretttt!" seorang lelaki menekan loceng yang rupanya ada di tiang dan pemandu pun berhenti beberapa meter di depan serta membuka pintu keluar.
"oh...."

Sampai simpang berdekatan rumah saya, saya berkira-kira timing untuk tekan loceng sehinggalah "prettt!" bunyi loceng semasa saya masih berkira-kira itu. "nasib baik! ada orang nak turun sama!" monolog saya ...lega.

Setelah turun dari bas dan semasa berjalan kaki menuju ke rumah, saya terus telefon En B sebab tidak sabar nak cerita "pengembaraan" saya pada hari ini.

Naik komuter! Jalan kaki jauh! Tiket seringgit! Naik LRT! Teksi tak layan! Naik bas! Bas lalu jalan tak biasa lalu! - sangat teruja macam orang jakun masuk bandar! hehe

Panjang betul tulis.
Ini lah namanya TERUJA!



Monday, August 27, 2012

Don't You Forget About Me

0 comments
Alexandra Potter, 2012

Saya mendapat satu perkataan baru semasa membaca buku ini - "Chick Lit". "Chick Lit" adalah singkatan dari "Chick Literature", di mana "Chick" (slanga Amerika) bermaksud "perempuan" yang menjadikan "Chick Lit" adalah "Sastera untuk perempuan". Mengikut Wikipedia, ia bermaksud sejenis fiksyen genre yang menangani isu-isu kewanitaan moden yang ditulis dalam bentuk lucu dan ringan.

Naruhodo! Rupanya saya peminat "Chick Lit"! :)

Tertarik untuk membeli novel ini apabila terbaca sinopsis di belakangnya:

After a bad break up, doesn't every girl want the same things?
  • For her ex-boyfriend to stay single forever...
  • Or maybe emigrate, to a remote, uninhabited Island?
  • Better still, that she'd never met him in the first place!

 Rasa macam pernah aje fikir macam ni dulu-dulu (hehe)

Novel ini mengisahkan tentang Tess yang baru ditinggalkan kekasihnya, Seb. Dia kesal kerana tidak menjadi kekasih yang diinginkan oleh Seb semasa mereka bercinta. Semasa bersedih pada malam Tahun Baru, Tess telah membakar semua tinggalan kenangan bersama Seb sambil berfikir  "kalaulah dia tak pernah berjumpa Seb"...

Keesokan hari nya dia mendapati sesuatu yang pelik berlaku apabila rakan sebiliknya dan juga datuknya tidak pernah tahu yang dia pernah ada kekasih bernama Seb dan apabila dia terjumpa Seb di kedai kopi, Seb seperti tidak kenal kepadanya.

Apakah yang berlaku seterusnya?

Kisah yang ringan dan ada unsur lucu tetapi ada juga unsur sedih dan sayu serta romantik yang tidak berat.

★★★★
Buku ke 19, 2012

Saturday, August 25, 2012

4 Series

4 comments
Perbualan dengan WH, rakan sekolah yang saya ziarahi setelah lebih 10 tahun tidak berjumpa:

"Na, kita orang (WH dan rakan-rakan sekolah yang lain) selalu lah BBM kalau ada apa-apa."

"BBM tu apa WH?" tanya saya kebodohan.

"Oh, Blackberry Message..." terang WH sambil menunjukkan telefon Blackberry nya.

"Oh..." (bodohnya saya)

"Kita orang selalu share info tentang kolagen apa yang elok, sharing-sharing la..kadang-kadang WH kata yang ini bagus, ZF (juga rakan lama) kirim beli, dia bank-in duit, WH hantar la kat dia....." ceritanya panjang lebar..

"oh, nanti WH share la juga info dengan saya" terasa ingin juga mencuba.

"ye la kan kita ni Na, kita ni kan dah 4 SERIES, kena lah jaga sikit, jaga kulit supaya tegang dan licin..jangan orang tengok merebeh aje...nanti karang orang lelaki cari lain....." cerita WH lagi panjang lebar..

"4 SERIES? apa 4 SERIES tu?" kata saya di dalam hati sahaja sebelum saya sedar apa maksud WH dan terus tertawa besar "oh, 4 SERIES ye...hahaha"

"ye lah Na takkan masih 3 SERIES lagi kot..kita ni dah 4 SERIES tau! kena jaga-jaga..." kata WH bersungguh-sungguh.


hahaha...tak pernah fikir macam tu pula..jadi rasa sangat kelakar bila disebut sebegitu :D

********************************************************************************


pertemuan dengan rakan lama yang melalui kehidupan yang berbeza buatkan saya rasa dia sendiri terlalu naive....

Friday, August 17, 2012

Bersahur di hotel

3 comments
A sedang menikmati sahur di hotel. Ada banyak makanan tetapi tak tau kenapa tak ada air minuman. B pula sudah balik ke bilik untuk mencari minuman.

"kena minum kat bilik kot. sempat ke ni, nanti habis waktu sahur" monolog A sambil berjalan ke arah bilik hotel. Di bilik, B sedang minum kopi yang sudah hampir habis.

"nak air" minta A dan B pun berikan lebihan air kopi itu.

"nasib baik sempat minum (sebelum sampai waktu imsak)" monolog A lagi.


Tiba-tiba

"A, A! bangun! bangun sahur!" kejut B.

"ha? bukan ke dah sahur tadi?" sambil terpinga-pinga A bermonolog lagi.

"ak! mimpi? laa....." baru A perasan yang dia sebenarnya hanya bermimpi.


Setelah basuh muka, A keluar dari bilik.. B pula sedang makan sesuatu di meja makan.


"B, kita ingat kita dah sahur la. kita mimpi kita sahur kat hotel!" terus A bercerita sebaik sahaja nampak B.


respon B:

"memang kita sahur kat hotel pun! ini sekarang ni A tengah mimpi ni! ini mimpi aje ni sekarang."


(cis! waktu sahur pun boleh buat lawak ke? )

Wednesday, August 15, 2012

RooM

0 comments
Emma Donoghue, 2010

Kisah Jack, 5 tahun dan ibunya yang tinggal di sebuah Bilik - berukuran 11 kaki panjang dan 11 kaki lebar, yang mempunyai sebuah katil, sebuah almari, sebuah meja, dapur, tandas, kolah mandi dan sebuah tv serta beberapa buah buku. Tiada kecacatan pada keluasan dan barang-barang di dalam Bilik ini kan? Cuma...

Cuma di Bilik itu lah juga Jack telah dilahirkan ke dunia dan dia tidak pernah keluar dari Bilik tersebut seumur hidupnya!

Bagi Jack, Bilik itu adalah "dunia"nya. Baginya segala di dalam bilik tersebut adalah "benar dan nyata" tetapi segala yang ditayangkan di tv adalah "tv" semata-mata - tidak benar dan tidak nyata. Baginya di luar "Bilik" itu adalah ruang angkasa yang tidak dihuni oleh sesiapa. Cuma kadang-kala seorang lelaki yang dipanggilnya "Old Nick" akan datang "melawat" dan membawa barang makanan serta "Sunday Treat" yang amat disukainya. Tetapi semasa "kedatangan" Old Nick, ibunya akan menyuruh Jack diam di dalam almari - Almari tempat Jack tidur semasa "kedatangan" Old Nick.

Walaupun Bilik itu adalah "dunia" kepada Jack, tetapi ia adalah "neraka" kepada ibunya kerana selepas ibunya diculik oleh Old Nick, 7 tahun yang lalu, dia tidak pernah dapat keluar dari bilik tersebut. Dia adalah mangsa culik dan rogol semenjak berumur 18 tahun.

Kisah penceritaan dari sudut pemikiran tentang dunia dan kehidupan seorang budak berumur 5 tahun. Kisah penderitaan yang ditanggung mangsa culik dan rogol yang "dipenjarakan" dari dunia luar selama bertahun-tahun.

Bagaimanakah mereka akhirnya dapat keluar dari "penjara" tersebut?
Dapatkah mereka hidup di dunia luar yang terlalu asing bagi mereka, terutamanya Jack yang tidak pernah terfikir adanya "dunia luar"?

Sebuah novel dengan garapan cerita yang sungguh baik dengan penyampaian watak Jack yang sungguh berkesan.

★★★★★
Buku ke-18, 2012.

*Penulis dikatakan mendapat inspirasi dari beberapa kisah benar terutamanya kisah yang berlaku di Austria. Kisah seorang ayah yang mengurung anak perempuannya selama 24 tahun dan juga merogolnya sehingga mendapat 7 orang anak. Ibunya sendiri tidak menyedari anaknya yang "hilang" rupanya tinggal di bilik bawah tanah rumahnya sendiri selama 24 tahun! http://en.wikipedia.org/wiki/Fritzl_case


Sunday, August 12, 2012

The Wedding Girl

0 comments
Madeline Wickham @ Sophie Kinsella, 1999


Milly, 28 tahun, sedang sibuk membuat persediaan perkahwinannya dengan Simon, tunangnya yang juga anak seorang ahli perniagaan yang sangat berjaya. Beberapa hari sebelum majlis perkahwinannya, Milly perlu melalui sesi penggambaran yang diuruskan oleh ibunya. Jurugambar untuk sesi itu bernama Elexander dan semasa diperkenalkan kepadanya, Milly merasa dia seperti pernah bertemu jurugambar itu suatu masa dulu. Jurugambar tersebut juga merasakan yang dia pernah bertemu Milly dan cuba untuk mengingatinya. Milly pula berasa sangat terkejut dan cuba sedaya upaya untuk berlagak yang dia tidak mengenali jurugambar tersebut. Ini adalah kerana dia telah terserempak dengan jurugambar tersebut 10 tahun lalu semasa Milly, dengan berpakaian pengantin dan baru sahaja keluar dari pejabat pendaftaran perkahwinan.

Milly sebenarnya mempunyai rahsia yang telah disimpan selama 10 tahun, iaitu dia sebenarnya pernah berkahwin dengan Allan seorang warga Amerika. Perkahwinannya itu adalah sebagai "membantu" Allan yang dianggap sebagai kawan yang mahu mendapatkan kewarganegaraan Britain untuk bersama kekasihnya yang bernama Rupert. Allan dan Rupert sebenarnya gay dan mereka hanya mempergunakan Milly. Sebaik sahaja selepas perkahwinan dengan Milly, Allan dan Rupert tidak lagi menghubungi Milly dan Milly juga melupakan perkara tersebut sehinggalah dia bertemu semula dengan Alexander.

Pertemuan dengan Alex hanya memberi mimpi ngeri kepada Milly kerana dia bimbang rahsia perkahwinannya 10 dulu akan diketahui yang akan memberi kesan kepada perkahwinannya yang akan berlansung beberapa hari lagi.

Apakah yang berlaku selepas itu? Adakah Milly masih lagi "isteri orang" secara rasmi? Atau, adakah Milly sebenarnya "janda"? Adakah rahsianya dapat dibendung? Bagaimana dia hendak berkahwin jika dia sudah pun berkahwin dan tidak pernah bercerai?

Cerita ini bolehlah dianggap satu hiburan ringan walaupun jalan cerita agak berat kerana ada isu gay dan kepercayaan agama. Tetapi kalau tak ambil serius sangat dengan isu tersebut, boleh lah difokuskan kepada Milly dan rahsia serta perkahwinannya sahaja.


★★★
Buku ke 17, 2012

Wednesday, August 8, 2012

Noorah

0 comments
Ummu Hani Abu Hassan, 2011

Terpanggil untuk melihat lebih dekat buku ini kerana kulit bukunya terpampang gambar "perempuan Mat Saleh" yang memakai tudung bersama-sama anak-anak yang comel. Apabila membaca sinopsis di belakang buku, saya pun menjadi tertarik.

Kathryn Bennet seorang wanita Inggeris atau nama Islamnya Noorah pernah tinggal di rumah kebajikan dan juga pernah menghuni penjara juvenil semasa remajanya. Dia remaja yang memberontak kerana sangat marah kepada ayahnya, seorang pemabuk dan pendera serta marah kepada ibunya yang tidak berdaya melawan ayahnya sehingga menjadi sakit jiwa.

Pertemuan dia dengan Islam adalah semasa dia bekerja di Bahrain juga semasa dia mencari-cari Tuhan untuk memperolehi pedoman hidup.

Menarik kerana dia memilih untuk mendalami dan menghayati Islam di negaranya sendiri kerana dia merasai tinggal di kalangan bukan Islam akan lebih membuatkan dia menghargai agama Islam itu sendiri. Malah suami pertama dan keduanya yang dilahirkan sebagai seorang Islam tidak "se-Islam" dia.

Kisah kehidupan dari semenjak kecil sehingga remaja dan seterusnya mengenal Islam sehingga dia hidup beramalkan Islam. Bagaimana dia pernah sengsara apabila anak-anaknya diculik darinya selama 4 tahun, kisah dia bertarung dengan penyakit kanser, dan, kisah dia memandu kereta Toyota Estimanya sehingga ke Palestin dalam usaha menyelamat Palestin.

Buku Travelog Tarbiah yang menarik untuk "mengenal dunia" serta memikirkan sejauh manakah "Islamnya" diri sendiri.

Sedikit kecacatan : Kedudukan serta penjelasan gambar-gambar di buku ini kadang-kala tidak kena dengan mukasurat ceritanya.


★★★
Buku ke-16, 2012

Saturday, August 4, 2012

Rindu mereka

5 comments
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah selepas majlis berbuka puasa bersama staf dan pelajar DPPT dan MJHEP pada petang tadi, saya berasa seperti kosong dan sunyi. Dua kali saya telefon En. B sepanjang perjalanan itu supaya dia dapat "menemani" saya.

Saya tahu apa yang menyebabkan saya rasa kosong dan sunyi.

Pukul 6 lebih semasa saya dalam perjalanan ke dewan, saya terserempak dengan Fahmi yang segak berbaju melayu.
" hai fahmi, lama tak jumpa. fahmi nampak kurus!"
fahmi tersenyum simpul dikatakan begitu.
"kenapa fahmi sorang?"
"saya solat tadi"
"oh..pukul berapa sampai?"
"dekat pukul 6 tadi"
"oh.."

Masuk ke dalam dewan, tidak sempat menyapa sesiapa sebab majlis sudah mahu bermula.

Selepas berbuka dan dalam perjalanan ke surau, ternampak Syafiq Nawi yang tersenyum-senyum dan menyapa saya. Sejuk hati melihat dia.Terserempak juga dengan Mat dan Akamal.
"hai Mat!" sapa saya, saya suka mengusik Mat.
Mat tersenyum sedikit seperti biasa. Dia memang cool sahaja.
"Ak, Akamal pun ada!"
baru perasan ada Akamal juga
"apa khabar Akamal?"
"macam ni lah sensei" katanya tersengih-sengih.
Akamal nampak kemas berambut pendek dan berbaju Melayu. (selalu dia agak comot)

Selepas solat, nampak Akmal, Khairun Nisa dan Sumayyah pula.
"ha-, you all lah yang bising-bising tadi ye." usik saya
"tak de la sensei, kitaorang duduk sana." kata Akmal
"Khairun Nisa, kenapa biar manik ni macam ni?" sambil memegang benang-benang yang terkeluar dari manik-manik baju Khairun Nisa. Tak senonoh betul saya sebab ikut suka aje pegang-pegang baju orang. hehe.
"sensei, baju saya pun ada manik!"cepat-cepat Akmal mencelah sambil menunjuk manik-manik pada bajunya.
Sumayyah pula hanya tersenyum-senyum melihat.
Tiba-tiba
"ah!" terkejut saya sebab ada orang mencuit pinggang dari belakang.
"ak, sensei? sorry, sorry, saya ingat Wafa tadi!" Azrin cepat-cepat minta maaf.
"badan besar macam ni macamana boleh jadi Wafa. Kesian Wafa. " kata saya mengusik.
"tak de sensei, dari belakang, rambut sensei nampak macam Wafa." Azrin memberikan alasannya.
"sorry sensei" katanya lagi.

Lepas bersiap-siap ternampak pula si tinggi lampai, Alis.
"hai Alis, cantiknya!" sambil memeluk Alis yang tinggi.
"tak de la sensei" katanya.
"sensei saya risau la nak pegi Muroran sorang-sorang." Alis mengadu.
"oh, sorang ke kat Muroran?"
"ye sensei, saya sorang, tak pe ke?" katanya dengan muka sedih.
"tak pe, sebab Alis lah, sensei bagi pegi sorang-sorang. Sebab sensei tau Alis boleh survive"
" ye ke sensei?"
"iye!"
ternampak pula Amalina di sebelah kanan, saya pun memeluk Amalina pula.
"sensei cantik kan baju dia?" kata Alis menunjukkan baju Amalina.
"ye cantik!" sebenarnya saya pun terfikir perkara yang sama tetapi Alis sudah sebut dahulu.

"sensei, sensei!" panggil Wafa pula.
saya menoleh dan ternampak Wafa yang memakai jubah hitam dan tudung merah, tersenyum manis.
"sensei, sensei, Wafa nampak macam Halimah sensei kan?" usik kawan-kawannya.
"tak adalah" kata saya memujuk.

Semasa nak masuk ke dalam Dewan,
"sensei!" panggil Amalina
"ye saya" sambil menoleh ke belakang.
"sensei, siapa yang uruskan pasal kemasukan ke daigaku (universiti)?"
"ek? sensei-sensei la"
"orang YPM, siapa yang uruskan?"
"kenapa?"
"saya tak nak la masuk Nagaoka, saya nak masuk Shibauura, sensei kata kalau nak tukar kena discuss dengan YPM"
"oh...kalau macam tu cuba tanya HEP, Kak Azie ke.."
"oh ye ke.."
"tapi kenapa tak nak pegi Nagaoka?"
"saya tak suka sejuk la sensei, Nagaoka sejuk.."
"kat mana-mana pun sejuk la" pujuk saya
"tapi Nagaoka sejuk lagi, Tokyo tak sejuk sangat."

Ternampak pula Firdaus, Alif, Daniel senang nak mula makan. Penuh nasi dan ikan di pinggan masing-masing.
"hai" sapa saya.
"sensei, duduk sensei makan sama" kata Alif.
Firdaus pula cuba menarik kerusi untuk saya.
"nanti saya duduk sini, kamu tak seronok nak makan. nanti kena makan teinei-teinei (sopan-sopan)"
"Akamal, kenapa tak nasyid? (junior mereka mempersembahkan nasyid sebelum berbuka tadi)
" tak la sensei"
"Akamal pegi lah nyanyi lepas ni. request ni" pujuk saya
"tak nak la sensei" katanya mengelak.
(saya sedikit berharap sebenarnya dia akan dengan selamba naik ke pentas dan nyanyikan nasyid untuk semua. suara dia memang sedap. sayang betul orang lain tak dapat dengar dia menyanyi malam ini.)

Ternampak pula Zikrie yang tersengih-sengih di meja sebelah.
"sensei..."katanya lambat-lambat. Zikrie memang begitu, slow sahaja..
"sensei boleh tanya markah nihongo tak?"
"ek? kamu kan lulus"
"tak sensei, tak lulus! saya study Kanji dekat sebulan sebab saya tak pandai Kanji, tapi tengok-tengok 10 markah aje Kanji" katanya bersungguh-sungguh tapi ala Zikrie la.
"sensei berapa markah saya?"
"pegi tanya Yamashita sensei" kata saya.

sambil ke depan ternampak pula Siti Aisyah, Najwa dan Farhana yang terus menghulur tangan untuk bersalam setelah saya mendekati mereka.
"Siti Aisyah makan apa ni" sapa saya.
"Laksalah sensei" katanya.
Farhana juga ada mengatakan sesuatu tetapi saya tak ingat...

Selepas saya makan nasi serba ringkas (sebab nasi dan lauk serba-sedikit sahaja tetapi Alhamdullilah saya tidaklah terlalu lapar), saya bergerak lagi ke belakang sebab ternampak Khairul pula yang sedang meratah ikan.
"Khairul banyaknya makan!" usik saya
"tak de la sensei mana ada"
"ini macam kedai sushi aje" menunjukkan kepada pinggan yang bertingkat.
"tak de sensei, saya makan ikan dengan tulang ayam aje ni..sebab nasi tak de sensei, dah habis!"
"oh, ye ke..la..." bersimpati pula (kalau saya tahu pelajar tak cukup nasi, tentu saya dah bagi bahagian saya tadi sebab saya bukan lapar sangat pun..kesian mereka..)
"wow, banyaknya ikan" kata saya sambil menunjukkan ke dalam pinggan Shazili.
"tak de sensei" kata Shazili sambil tersenyum-senyum.
"Khairul! Dah kurus ke? Muka nampak kecik sikit." baru perasan Khairul nampak susut.
"sensei perasan! saya nak tunggu sensei perasan!" katanya seperti gembira
"bukan sebab puasa aje sensei" tambahnya lagi.
"oh, Khairul nak turunkan berat ke?"
"ye, nanti sensei tengok saya macam Ali" katanya menunjukkan kepada Ali di sebelah kiri saya.
"Ali ni kurus sangat, janganlah kurus sangat!" kata saya dan berpaling kepada Ali
"Ali kurus sangat la" mulut saya selamba lagi.
"saya makan banyak la sensei, tapi tak gemuk" kata Ali tersenyum-senyum.
"oh, susah nak naik badan ye.." dan berpaling semula kepada Khairul, sambil beredar saya berpesan
"tak payah kurus sangat, turun sikit lagi aje cukup"
"ok sensei, lagi 5 kilo aje." kata Khairul.

Di meja lain pula, saya disapa oleh Miizan. Terperanjat tengok muka Miizan yang nampak cengkung.
"Miizan, Miizan kurusnya...muka nampak kurus.."
"Saya tak sihat la sensei..badan penat-penat selalu, bila pegi doktor, doktor kata saya kena Tairod"
"oh yang sini tu ke?" tanya saya sambil memegang tekak sendiri.
Miizan mengangguk..
"saya dapat ubat, tapi saya pula elergi banyak ubat..lepas ni saya nak kena check la ubat apa yang saya elergi"katanya lagi.
"oh, ye..sebelum pegi Jepun kan?"
"ye" katanya tersenyum lembut.

Sebelum beredar dari Dewan saya menyapa pula Fakrul, Farhan Fauzi..
"best ke belajar ekonomi jepun?"usik saya.
pertanyaan saya membuatkan mereka respon dengan segera
"sensei, kenapa kami kena belajar ekonomi Jepun!..tak faham!" rengek si Farhan Fauzi.
"sensei, macamana shiken(exam) nanti? tak tau exam nak keluar apa" sampuk Fakhrul.
"hai sensei!" tiba-tiba Raziman yang comel itu menyampuk sambil tersenyih-senyih...

Oh, tak berhabisan rasanya menulis.
Ada perbualan dengan Hafizi juga yang tak habis-habis tanya saya kalau dia juga dah kurus.
Ada Fakhrudin, ada Lokman yang senyum saje bila ditegur, ada Hazim yang bertanya tentang Halimah sensei, ada Farhan Abdullah yang pakai songkok tinggi tetapi muka pucat, tak sihat katanya.

Saya tahu, inilah yang menyebabkan saya rasa kosong dan sunyi sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

Rupanya saya sangat rindu pada mereka semua.

Rindu untuk masuk kelas berjumpa dengan mereka semula.


Wakil U1 -Syafiq, Adib, Asram, Ikram - sedap mereka bernasyid. Syafiq & Adib yang comel, Ikram memang pandai menyanyi dan Asram yang tidak disangka hebat. :)

Wakil Matrik - Yang baju biru tu Alifah kata namanya Syakirin, yang belakang warna ungu tu Ismail -oh itu saja yang saya ingat - harap dapat berjumpa mereka di kelas suatu masa nanti. Btw, yang baju hitam tu sangat lawak dan Syakirin pula pandai bernasyid - tinggi lampai buat saya teringat Syak batch 4. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template