Tuesday, January 29, 2013

Ochikondeiru

7 comments
Yappari ochi konde iru toki wa,

 facebook yori

Blog ga ii....


Naze kana...



Kyou no hitorigoto deshita.

Oyasumi.

Monday, January 28, 2013

Round Up

7 comments
Hari ini seperti biasa Encik B tolong isi minyak kereta Puan A.

Semasa berborak-borak selepas itu, Puan A teringat tentang duit minyak yang masih belum dibayar.

A: Oh ye, berapa ringgit ye minyak tadi?

B: 59 ringgit.

A: Oh, kalau macam tu saya bayar 60 ringgit ye...
    Tengok saya sangat yasashii kan...selalu round up..hehe.

B: Round up ye...Sebab itulah saya letak 59 ringgit aje, tak letak 61 ringgit.....

A: hahahah!

(bila round up, kadang-kadang untung, kadang-kadang rugi....tetapi kalau kira kebarangkalian...selalunya Puan A untung hehe)

Friday, January 25, 2013

Yasmin How You Know?

0 comments
Leo Burnett Malaysia, 2012

Buku yang dipinjamkan oleh Danial, salah seorang pelajar saya.

"Buku apa ni Danial?" tanya saya semasa dia perkenalkan kepada saya. Tajuk buku sangat pelik dan kulit buku pun semacam aje.

"Sensei baca la, kejap aje boleh habis." lebih kurang macam ni yang dikatakan kepada saya semasa dia datang hantar buku tersebut pada keesokan harinya.

Oh, rupanya buku mengenai arwah Yasmin Ahmad, yang telah meninggal dunia pada tahun 2009 yang lalu. Pertama kali saya mendengar mengenai beliau adalah semasa beliau mengeluarkan filem "Sepet"yang menjadi bualan ramai baik positif mahupun negatif.

Pada saya pula, saya memang suka cerita Sepet itu dan saya suka cara beliau "bercerita" kerana ia agak berlainan dengan filem melayu pada masa itu. Saya memang tidak suka dengan cerita melayu stereo-type zaman sekarang - kisah cintan cintun orang kaya dan orang miskin, gaduh-gaduh macam cerita tamil. Jadi karya Yasmin yang "berlainan" sememangnya memberi "kesegaran" kepada dunia filem Melayu.

Buku ini menceritakan tentang "pesan" arwah kepada keluarganya dan rakan-rakannya. Keluarga dan rakan-rakan menceritakan mengenai perbualan mereka dengan arwah. Ada juga diselit skrip ucapan arwah di majlis tertentu dan sajak-sajak ciptaan arwah serta gambar-gambar yang telah diambil oleh arwah.

Banyak perkara menarik mengenai arwah Yasmin Ahmad yang saya dapat tahu dari pembacaan ini. Dan antara yang saya paling suka adalah kisah semasa arwah bergaduh dengan kakaknya Orked semasa kecil dan tiba-tiba ayahnya turun dari tingkat atas dengan memakai bra di kepala yang membuatkan mereka berdua ketawa besar (muka surat 13).

Juga kisah yang diceritakan oleh Effendy Harjoh (Chilli Pepper Films) di muka surat 148, "Yasmin On Choosing Partners"

"Just before Yasmin had her stroke, I was talking to her around 1 am about the problems we were experiencing at work. She reminded me to do everything kerana Allah swt, and not to worry about unnecessary stuff, plus:
   "If we work with orang sombong, kita akan jadi sombong.
   "Kalau kita kerja dengan orang bongkak, kita akan jadi bongkak.
   "Kalau kita kerja dengan orang stress dan suka marah, kita akan jadi stress dan marah-marah.
   "Dan kalau kita kerja dengan orang tamak, kita akan jadi tamak.
   "So, let's be happy, let's work with happy people and not forget that we work because of Allah, so let's do something that would make us happy.
   "Rezeki Allah yang bagi."

Terima kasih Danial. Memang sangat menarik dan sekejap sahaja boleh baca. Ada kisah yang lawak, ada yang memberi pengajaran dan ada membuatkan kita berfikir.

Danial yang botak :D
★★★★
Buku ke 2, 2013

Sunday, January 13, 2013

まほろ駅前 多田便利軒

4 comments
三浦しをん、2009年

Buku yang dibeli di airport Narita pada 31 Dis 2012.

Mengisahkan 多田啓介(Tada Keisuke), seorang duda yang mempunyai perniagaan 便利屋 (handy man) di hadapan Stesen Mahoro, Tokyo. Kisah bermula dengan dia melawat seorang nenek di hospital - setelah diupah oleh anak orang tua itu untuk melawat ibunya di hospital - dia mengambil segala kerja yang diminta oleh pelanggan dengan bayaran 2000 yen satu jam.

Selain dari tugas tersebut, dia juga diminta menjaga anjing peliharaan semasa tuan anjing tiada di rumah, membersihkan halaman rumah dan berbagai lagi.

Pada satu malam, dia terserempak dengan 行天 (Gyouten) , rakan sekolah menengahnya (mereka tidak pernah berkawan) di perhentian bas. Gyouten juga sama seperti Tada, seorang duda tetapi tiada pekerjaan dan tiada tempat tinggal. Akibat kasihan kepada Gyouten, Tada memberi dia tumpang di rumahnya.

Dari pertemuan tersebut, Gyouten mula bekerja sambilan bersama Tada.

Kisah dua orang duda yang tiada keluarga. Mereka rakan sekolah tetapi tidak pernah berkawan. Perangai mereka pun sangat berlainan. Tada yang serius tetapi baik hati dan Gyouten yang tidak boleh diharap serta agak "pelik".

Gaya cerita oleh penulis sangat bagus, ada serius tetapi dalam bentuk santai. Mungkin itu sebabnya novel ini telah dicetak sebagai 23 kali setelah dikeluarkan pada tahun 2009. Dan ia juga telah dijadikan filem pada tahun 2011. Gambar pelakon movie itu juga yang membuatkan saya membeli buku tersebut kerana watak Tada yang dilakonkan oleh 瑛太 (Eita), adalah seorang pelakon yang bagus.

Novel sambungan bertajuk 「まほろ駅前 多田便利軒 番外地」 pula didramakan dan ditayangkan di Jepun pada bulan ini. Saya beli juga novel sambungan ini :)

Gaya penceritaan yang santai tetapi pada saya kurang mantap dari segi jalan cerita. Mungkin movie atau drama lebih baik dari novel.

★★★
Buku ke 1, 2013


Tuesday, January 1, 2013

2012年度の「勝手にランキング」

7 comments
Alhamdulillah, I have managed to fulfill my 2012's resolution - to read 25 books a year!
Well, I read 26 books actually :)

 So here is my 2012's ranking;


1. Sunan MusafirRamlee Awang Murshid, 2012
    Buku terakhir epik Laksamana Sunan. Laksamana Sunan telah tua, mempunyai isteri dan anak lelaki tetapi musuh dari kalangan syaitan tetap mengekorinya. Buku ini adalah penutup kisah Laksamana Sunan yang telah diterbitkan sebanyak 5 siri sebelum itu. Saya mengalirkan airmata beberapa kali semasa membaca buku ini. 


2. RoomEmma Donoghue, 2010
    Kisah dua beranak - ibu dan anak lelakinya yang telah dikurung di dalam sebuah bilik bertahun-tahun lamanya. Malah anak lelakinya itu telah dilahirkan di bilik tersebut dan tidak pernah tahu tentang kewujudan dunia luar. Kisah bagaimana mereka merancang untuk melepaskan diri, kehidupan setelah berjaya melepaskan diri dan cuba menyesuaikan diri dengan dunia luar. Penceritaan yang sangat berkesan. Juga kisah sebegitu bukan rekaan semata-mata, ia sebenarnya berdasarkan dari kes-kes seumpamanya yang berlaku di luar sana. 


3. 1515Faisal Tehrani, 2003
    Kisah sejarah Melaka semasa dijajah Portugis. Penulis membuatkan kita berfikir samada adakah benar   Melaka telah dijajah Portugis pada suatu masa lalu? Sejauh manakah sejarah yang kita pelajari itu benar-benar berlaku atau adakah ia hasil manipulasi sesuatu pihak? Sebuah buku yang sangat bermutu dan membuatkan kita teruja untuk mempelajari sejarah.


4. 差別と貧困の外国人労働者(ルポ)Yasuda Koichi, 2010
    Laporan mengenai buruh asing di Jepun. Kehidupan dan kesusahan yang mereka alami semata-mata mencari rezeki di negara maju. Laporan bertumpu kepada buruh dari China yang bekerja di perusahaan di Jepun sebagai "pelajar kursus" dan juga kisah warganegara Brazil yang berketurunan Jepun yang bersusah-payah di negara asal datuk nenek mereka. 


5. The Lovely BonesAlice Sebold, 2002
   Kisah seorang gadis menyaksikan perubahan yang berlaku kepada keluarganya dari 'syurga' setelah dia mati dibunuh dengan kejam oleh jirannya sendiri. Sedih kerana pembunuh berada terlalu dekat tetapi tiada siapapun yang menyedarinya.


6. The Dulang WasherPaul Callan, 2011
    Kisah epik cinta, keberanian dan rahsia. Kisah kehidupan pelombong bijih timah di Lembah Kinta pada 1890. Aisha, seorang wanita melayu yang bekerja sebagai pendulang timah. Fook Sin, pemilik bersama lombong (dengan seorang Inggeris)  yang tidak berhati perut. Donald Redfern, seorang Inggeris yang menjadi penyelia lombong dan juga Hun Yee, seorang pemuda Cina yang kuat semangat dan baik hati. Membaca buku ini memberi kita sedikit pengetahuan tentang perlombongan bijih timah pada zaman itu.


7. Rimba HarapanKeris Mas, Edisi DBP 2008, (cetakan pertama pada 1986)
    Novel sastera Melayu yang menceritakan tentang kehidupan orang Melayu di Bentong Pahang sekitar 20-an & 30-an. Bagaimana ramai antara mereka terpaksa melepaskan tanah keturunan kerana keadaan yang memaksa. Selepas itu terpaksa bersusah payah membuka hutan belantara di atas bukit - Janda Baik supaya hidup dapat diteruskan. Penceritaan yang sangat baik - membuatkan saya terkenang asal-usul sendiri - kita orang Melayu.


8. Ombak RinduFauziah Ashari, 2002
    Kisah seorang gadis melayu yang dijual oleh bapa saudaranya untuk dijadikan pelacur. Dia bagaimanapun berjaya memujuk seorang lelaki untuk memperisterikannya supaya dia selamat dari dosa. Jalan cerita dan penceritaan yang menarik.


9. もう誘拐なんてしないHigashigawa Tokuya, 2010
    Cerita lawak tentang dua yakuza yang lurus dan bodoh, seorang anak gadis ketua yakuza yang cuba melarikan diri dan seorang pemuda yang baikhati yang cuba menyelamatkan gadis tersebut. Cerita yakuza yang lawak memang sangat menghiburkan.


10. Inspector Singh Investigates: A Most Peculiar Malaysia MurderShamini Flint, 2008
     Kisah seorang inspektor yang menyiasat kes pembunuhan di Kuala Lumpur. Inspektor Singh yang dihantar oleh polis Singapura ini digambarkan sebagai seorang yang comot dan buncit dan akan bersara tidak berapa lama lagi. Dia bukan lah seorang yang diharapkan untuk menyelesaikan kes tersebut. Kisah polis Singapura menyiasat kes pembunuhan di Malaysia ini menarik perhatian saya kerana berlatar belakangkan negara Malaysia - politik, polis, kehidupan di Malaysia. 


Buku-buku top 10 memang terbaik dan disyorkan untuk anda di luar sana. :)


Seterusnya ranking ke 11 - 26.

11. The ClientJohn Grisham, 1993
12. Sleeping ArrangementMadeleine Wickham, 2001
13. Theodore Boone: The AbductionJohn Grisham, 2011
14. 佐賀のがばいばあちゃん島田洋七、2004
15. Don't You Forget About MeAlexandra Potter, 2012

16. Bukan Cinta MonyetHasliza Ismail, 2011
17. The ConfessionJohn Grisham, 2010
18. Jangan Kelentong Lagi Kita Semua Orang MalaysiaKee Thuan Chye, 2012
19. 西の魔女が死んだ梨木香歩、1994年
20. As I Was PassingAdibah Amin, 2007

21. NoorahUmmu Hani Abu Hassan, 2011
22. LicikSham Hashim & Julie Anne, 2012
23. The Wedding GirlMadeline Wickham @ Sophie Kinsella, 1999
24. Pahlawan AdamusSilsoh Khairol, 2010
25. Akan Ku TungguSania Yasmin, 2011

26.Me and Mr DarcyAlexandra Potter, 2007
     

* Buku ditulis dalam Bahasa Melayu - 10 buah.
* Books written in English - 12 books.
* 日本語で書かれた本 - 4冊

Sekian ranking untuk 2012.

Semoga tahun 2013 juga Dia memberi saya peluang untuk menikmati hobi kesukaan saya sebab saya ada banyak buku yang sedang menanti!!!!

Oh, dan saya juga telah membeli buku 「まほろ駅前 多田便利軒」 di airport Narita semalam.Drama berdasarkan novel ini akan ditayangkan pada Januari ini. Sudah mula baca dari dalam kapal terbang semalam dan ia memang best!!! :)


SELAMAT TAHUN BARU KEPADA PEMBACA SETIA BLOG SAYA INI.

SEMOGA TAHUN INI AKAN MEMBERI ANDA LEBIH KEBAHAGIAAN DARI SEBELUMNYA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template