Tahu tak tentang "Gibraltar"? Tentu semua pernah dengar kan. Saya pun pernah dengar dulu tapi tidak pernah berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut (saya bukan peminat Geografi :D) tetapi setelah membaca buku ini saya google "Gibraltar" buat pertama kalinya.
Gibraltar adalah sebuah wilayah jajahan British yang terletak di selatan negara Sepanyol. Ia berada di satu lokasi stategik di Selat Gibraltar yang menghubungkan Lautan Atlantik Utara dan Laut Mediteranean. Jumlah penduduk cuma sekitar 30,000 orang dan agama utama adalah Kristian (roman katolik 78%).
Apa yang saya tulis di atas adalah dari rujukan di Wikipedia. Tapi apa yang menarik perhatian saya untuk menulis mengenainya di sini adalah perkara berikut;
Pada suatu masa dulu (sejak 711 Masehi) Gibraltar pernah ditakluk oleh Islam dan Islam memerintah Gibraltar selama 700 tahun sehingga ia ditakluk semula oleh Sepanyol. Nama "Gibraltar" berasal dari bahasa Arab, "Jabal Tariq" yang bermaksud "Gunung Tariq" iaitu nama panglima Islam, Tariq bin Ziyad yang berjaya menakluk Gibraltar pada 711 Masehi dan berjaya membebaskan penduduk Andalusia(Sepanyol) dari cengkaman raja dan kerajaan yang kejam pada ketika itu.
Ya, fakta ini yang menarik perhatian saya untuk "menggoogle" mengenai "Gibraltar" dan fakta ini saya dapati di buku ini yang saya baru habis baca. Kisah Panglima Tariq yang diperintahkan oleh Musa bin Nusair untuk menyelamatkan rakyat Andalusia dari kekejaman pemerintahnya. Novel ini, walaupun terdapat beberapa kesalahan taip dan kurang teratur, ia tetap menarik kerana penceritaan yang ringkas dan mudah difahami dan yang paling penting adalah kisah sejarah yang banyak pengajaran.
Cuma satu kekesalan yang dirasai selepas mendapat info di google(Wikipedia); Gibraltar sekarang bukan lagi sebuah jajahan Islam, Islam bukan lagi agama rasmi dan...gereja-gereja yang ada sekarang ini kebanyakannya adalah masjid-masjid pada suatu masa dahulu.....
★★★★
Buku ke-4, 2011
2 comments:
t'jumpa blog sensei and rase nk comment kt sini..huhu..
sou desyou?!tp iA satu hari nnt islam akan naik kembali..ganbarou!!
oh, fikir2 siapa la "islah.." ni, cuba tgk blog, rupanya farah ye! :) farah, sorosoro okaasan ne, gambatte! :)
Post a Comment