Saturday, February 12, 2011

Kerana Mesir

Sejujur-jujurnya saya bukanlah seorang yang sensitif kepada keadaan sekeliling.
Saya tidak mengikuti perkembangan semasa.
Saya bukanlah pendengar berita TV yang setia serta bukan juga pembaca suratkhabar.
Terutamanya apabila berita di TV selalu (pada pendapat saya) menyiarkan kisah "remeh-temeh" atas nama politik tetapi tidak menyiarkan kisah "berat dan penting" juga atas nama politik.

Tetapi saya menjadi pendengar berita agak setia beberapa minggu ini. Pada pendapat saya yang sememangnya tiada sesiapa ini (saya yang hanya seorang dari berjuta orang di negara ini), rancangan berita di TV itu sememangnya "berita sebenar" di mata saya.(Walaupun malangnya ia bukan berita menceritakan kebahagiaan dan kesenangan.) Saya teruja apabila berita di TV dimonopoli oleh isu semasa negara Mesir dan kisah banjir teruk di dalam negara mahupun di luar negara. Ya, ia kisah kesusahan. Ia kisah keperitan. Tetapi ia juga kisah "kemanusiaan".

Mungkin juga saya tertarik kepada keadaan di Mesir kerana anak saudara saya adalah salah seorang pelajar di sana.Saya tahu sedikit sebanyak bagaimana rakyat Mesir hidup melarat. Bagaimana negara mereka sangat mundur. Sistem pengangkutan dan servis yang ketinggalan zaman. Bagaimana rakyat negara sendiri tidak mampu membeli-belah di komplek membeli belah di negara sendiri. "Shopping Complex hanya untuk orang-orang kaya." kata anak saudara saya suatu masa dulu. Rumah-rumah kediaman pula seperti rumah-rumah peninggalan perang. Saya pernah terkejut melihat gambar apartment yang anak saudara saya tinggal. Dan bagaimana rumah-rumah sewa mereka akan dirompak setiap kali mereka pulang bercuti ke Malaysia. Juga sedikit cerita tentang para ilmuan yang ditangkap dan dipenjarakan kerana kerajaan "takut" pada mereka. Di sana tidak boleh "membangkang" kerana pasti akan ditangkap masuk penjara. Ramai cerdik-pandai yang menjadi miskin kerana harta dirampas oleh kerajaan. Bagaimana setiap kali pilihanraya, Presiden Itu menang dengan 99% undian!(korupsi terang-terangan). Dan bagaimana siaran TV kepunyaan negara (semenjak kebangkitan rakyat dua minggu ini) hanya menunjukkan "keamanan" negara juga menyiarkan sejarah-sejarah dan jasa-jasa Presiden Itu sepanjang pemerintahannya.

Setelah berjuang selama lebih dua minggu, semalam Presiden Itu diumumkan sebagai meletak jawatan. Saya (yang tiada sesiapa ini) rasa sangat terharu. Terharu melihat kesanggupan mereka bertahan lama berjuang. (mungkin saya tidak akan sekuat itu) Sudah pasti perjuangan mereka masih panjang (atau mungkin juga sebenarnya baru saja bermula) kerana walau Presiden Itu sudah meletak jawatan, "kuasa besar" masih lagi memainkan peranan. Apa-apapun syukur perjuangan mereka tidak sia-sia dan saya berharap rakyat negara Mesir akan mendapat keadilan yang mereka perjuangkan.

Sebagai orang biasa, saya bersyukur anak saudara saya selamat pulang ke Malaysia (atas perbelanjaan sendiri kerana kebimbangan kami mengatasi kesabaran menunggu. Walaubagaimanapun bersyukur rakyat Malaysia berjaya dibawa pulang dengan selamat.) Saya berharap anak saudara saya akan dapat pulang semula ke Mesir untuk menduduki peperiksaan dan dapat meneruskan pengajian (dia sepatutnya masuk ke tahun akhir perubatan pada tahun ini).

Dan sebagai orang biasa, saya berharap rakyat di negara Mesir, juga semua negara Islam..juga semua negara di dunia dan sudah tentunya negara Malaysia tercinta dapat hidup dengan aman damai dan tidak bermusuhan dan tiada penganiayaan (amin).

Sekadar luahan.

3 comments:

aReLaN said...

AMIN...mga2 sme ok je pasni.dah dengar berita baek dr apidz.soro2 uncle ni naru yo ne watashi ga.hehehe

Nurhanisah said...

:') terharu bace post sensei.saya pun jarang dengar tv(sebab takde tv T__T), bace paper pun kadang2, tapi sebab cerita Mesir hari2 pun nak tahu. :)

Has said...

to mat le: ye, saya pula akan jadi obasan..oops! obaasan desu :P
to hanisah chan: sama2 doakan keamanan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template