Friday, May 20, 2011

カフーを待ちわびて

原田マハ、2008年

Akio (明青), berumur 35 tahun, cacat pada tangan kanan, masih bujang dan mempunyai sebuah kedai runcit di sebuah pulau kecil berdekatan Pulau Okinawa, Jepun. Dia tinggal bersama seekor anjing peliharaannya yang diberi nama Kafu (カフー adalah loghat Okinawa untuk perkataan 「果報」(かほう) yang bermaksud 「幸せ」 atau 「いい知らせ」). Pada satu hari dia menerima sepucuk surat dari seorang wanita bernama Sachi(幸). Dalam suratnya Sachi menyatakan yang dia telah terjumpa Ema (「絵馬」 -  papan kecil untuk menulis hajat yang digantung di Jinja (kuil).) yang ditulis oleh Akio dan bertanya jika Akio  benar-benar maksudkan apa yang ditulis di papan itu.

Semasa melancong ke sebuah pulau di utara Jepun beberapa bulan sebelum itu, Akio telah menulis hajatnya dan menggantungkannya di sebuah Jinja yang terkenal di situ. Hajat itu ditulis setelah didesak oleh rakan-rakannya, dan dia sekadar menulis dengan niat main-main sahaja.



Akio menulis;
 嫁に来ないか。幸せにします。
与那喜島 友寄明青

(Nak jadi isteri saya? Saya akan memberikan kebahagiaan.
Dari Tomoyose Akio, Yonakishima.)

絵馬 (papan menulis hajat)
Surat dari Sachi bertanyakan jika Akio benar-benar maksudkan apa yang telah ditulisnya itu kerana jika benar, Sachi sudi datang ke Yonakishima untuk menjadi isteri Akio.

Adakah Sachi benar-benar datang ke tempat Akio? Bagaimana kehidupan Akio selepas mendapat surat tersebut? 

Kisah cinta yang comel tetapi sedih, kisah sedih tentang kehidupan seorang anak yatim yang cacat dan ditinggalkan ibunya sejak kecil, kisah kehidupan penduduk di pulau kecil yang dahagakan pembangunan dan kisah kepercayaan dan adat resam penduduk di sebuah pulau kecil.

追加:
沖縄の方言を一つ習得した!それは、

「カフー、アラシミソーリ」=「幸せでありますように。」
(bunyi loghat Okinawa ni ada sikit-sikit macam bahasa Korea aje :D )

★★★★★
Buku ke 9, 2011


Buku ini juga telah dibuat movie dan jika ada peluang mahu juga menontonnya nanti.
Saya lebih suka baca buku sebelum menonton movie sebab jarang ada movie yang betul-betul mengikut buku asalnya (dalam movie nampak macam tangan kiri yang cacat). Lagipun buku boleh dibaca pada bila-bila masa di mana sahaja :D

Trailer movie boleh ditonton di sini.

*susah betul untuk menulis Bahasa Melayu yang betul. :(

5 comments:

izzati.yun said...

sensei sngat rajin membaca. bagusnya!

Has said...

oh, izzati chan! irasshai! :D

muhammad izzat samsudin said...

cam best je layan trailer tu. kene nengok nih~

snylo said...

sensei~~~ sensei buat sy nk tgk cerita ni (sy lg suka tgk movie :D)

sy x dpt nk baca novel la kat sini. tp manga dh habes 3 volume la, hehe

Has said...

hehe, izzat kun, iman chan, tgk la movie tu. nanti boleh tahu siapa Sachi tu sebenarnya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template