![]() |
| Emak dan cicitnya pada hari pertama kelahiran |
Maka dengan itu juga saya sudah bergelar nenek? (uh, nasib baik nenek saudara!)
rasa macam tua betul kalau dipanggil "nenek" kan? (T-T)
Tapi memandangkan mak saya dipanggil "mak" oleh cucu-cucunya sebab masa mak dapat cucu pertama (bapa baby syiera, Hafiz), pada tanggapan kami, mak masih muda untuk dipanggil "nenek", jadi kami meminta Hafiz memanggil mak dengan panggilan "mak" juga seperti kami adik-beradik.
Jadi walaupun cucu terkecil mak sekarang berumur 6 tahun, semua cucu memanggil mak dengan panggilan "mak".
.
Oleh itu......
memandangkan anak-anak saudara saya memanggil saya "cu" (bukan "mak cu" ye) ....
Maka seperti mak saya...............
tahu-tahu aje la kan?
hehe (perasan muda)
*Semasa Hari Ibu tahun ini, mak kata abang saya bawa pulang kek "Selamat Hari Moyang" kepada mak saya :)
**********************************************************************************
Bulan lima tahun ini diakhiri dengan keberangkatan mak ke Mekah untuk mengerjakan umrah (yang ke 4 kali). Mak dan cucu-cucunya selamat berangkat ke Mekah pada tengahari tadi, 29 Mei 2011. Kali ini mak pergi bersama cucu-cucunya yang sedang bercuti sekolah, Sarah, Hanis dan Faris. Ditemani oleh abang ipar saya (yang saya panggil "abah") dan abangnya serta isteri, Kak Ti yang baru saya kenali hari ini.
![]() |
| Mak ku sayang :) |
![]() |
| Depan - Kak Ti dan Mak. Belakang - Hanis dan Sarah |
![]() |
| Belakang - Sarah, Hanis, Abah(abang ipar saya), Faris, Mak. Depan sekali - pelakon tambahan, Edri (anak abang saya yang nampak macam darjah tiga tapi sebenarnya baru 6 tahun :) |
![]() |
| Bersama dua orang pelakon tambahan - Danish dan Edri (dua-dua anak abang saya yang tak duduk diam langsung :) |
* sebenarnya saya risau sebab mak ada sakit lutut dan dua hari lepas dia batuk-batuk...tapi sebelum berangkat tadi mak sempat lagi mencuit saya - "Na, lepas ni jom pergi lagi, kali ni kita bawa Amir pula (anak lelaki sulung abang saya)"- itulah mak saya, belum pun sempat habiskan satu "projek"nya, dia dah mula fikirkan "projek" baru! sangat efisyen! :)





2 comments:
teringat balik time tdo rmh nenek apidz kat pekan dlu.time tu apidz pn xkwen lg.slalu kna sound sbb bercinta.hahaha...
hehe sampai sekarang pun dia "oyabun" keluarga kami :D
Post a Comment