Friday, April 20, 2012

Bisa pusing

Bila lupiey kata "sensei 'lamo' tu bukan loghat trengganu la.", buat saya teringat satu cerita lama.


Kisah berlaku pada tahun 1996, semasa saya dan seorang kawan baik pergi melancong ke Indonesia.

Dalam perjalanan ke Jakarta dari Yogjakarta, kami telah memilih untuk menaiki keretapi ekspres.

Keretapi ekspres itu agak bagus, ala-ala Tokyu di Jepun.

Semasa kami masuk ke dalam gerabak, saya nampak tempat duduk dalam keretapi itu ada yang menghadap ke depan dan ada juga yang menghadap ke belakang. Apabila kami sampai ke tempat duduk kami saya perasan yang ia menghadap ke arah bertentangan dengan arah tuju kami, iaitu menghadap ke belakang. Tetapi tempat duduk dua orang lelaki muda di sebelah kami pula menghadap ke depan. Jadi saya terfikir yang mungkin tempat duduk itu boleh diubah arah.

"Boleh pusing ke kerusi ni?"
"Cuba tanya mat sebelah ni lah"
"Tapi macamana nak tanya ye."
Saya bermonolog sendiri.

Dan akhirnya terkeluarlah kata-kata ini:

"Mas, kerusi ni bisa pusing?" 


Terkeluarnya kata-kata saya yang sungguh lancar dan yakin itu, lelaki-lelaki muda itu tersenyum simpul ala-ala mahu ketawa tetapi berjaya dikawal dan salah seorangnya bangun dan cuba menukar arah tempat duduk kami sambil berkata"

"orang Malaysia ya?"

ek?

"ye, macammana boleh tau?" saya bertanya.


Dia dengan muka hendak ketawa tetapi terkawal telah berkata:

"orang Indonesia, 'pusing' itu maksudnya 'kepala pusing' - 'pening kepala' "


kisah yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.... :D


6 comments:

kyo_9 said...

pusing = pening

noted.

;p

muhammad izzat samsudin said...

kalau pusing yang sensei nk maksudkan apa ya?

lupiey said...

pusing ya bu? >:)

(pipels olwes misandersten terengganu with kelantan en pahang. ;( )

Has said...

izzat@ katanya "putar".."bisa putar" :D
(terlupa nak masuk bahagian ni dalam entri)

lupiey@ hehe..jgn marah :)

Has said...

saido@ hehe. yep, jgn silap :)

aReLaN said...

ooo...baru kutau.hehehe...ala sensei,pe nak segannya komen kat blog saya.cam tak bese komen lak. :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template