Wow, buku apa ni? Ganasnya tajuk!
Mungkin ada yang rasa macam ni..
sesungguhnya saya sendiri rasa macam ni semasa saya lihat buku ini di MPH.
Buku apa ni? kenapa tajuk sungguh ganas?tapi handsome juga penulis dia (haha, adakah ini salah satu sebab saya memilih buku? shinjiraremasen :)
Setelah saya membelek-belek isi dalam, saya pun membuat keputusan untuk membeli buku ini.
Sinopsis di belakang berbunyi begini;
"Buku ini mengandungi perbincangan yang bersifat terus-terang, tiada perbicaraan atau percakapan yang berlapik atau berdolak-dalik. Dalam ertikata lain, tiada kelentong. Penulis Kee Thuan Chye terkenal dengan komentari yang berterus-terang dan jujur mengenai politik Malaysia; ........"
Ye, begitulah isi kandungan buku ini. Mengenai pendapat penulis mengenai politik Malaysia, serta harapannya sebagai rakyat negara ini.
Walaupun begitu, ia sebenarnya adalah terjermahan ke Bahasa Malaysia, artikel-artikel beliau dari beberapa akhbar selama beberapa tahun. Oleh itu, kebanyakannya menceritakan situasi politik pada masa itu yang kebanyakannya saya tidak tahu sebabnya saya bukanlah pengikut politik.
Walaupun begitu, beberapa perkara yang ditulis menarik perhatian saya sebagai seorang rakyat Malaysia untuk direnungi. Beberapa perkara yang kebanyakan orang pun mempunyai pendapat yang sama dan dikongsi semasa borak-borak kosong.
Saya tidak mahu menulis lebih lanjut sebab saya bukan seorang yang mengikuti politik.
Cuma, saya ingin menyatakan yang saya juga orang Malaysia dan saya orang Melayu.
Dan saya juga mahukan negara Malaysia yang aman dan sentosa, tiada pergolakan antara berlainan kaum dan agama.
★★★
Buku ke 21, 2012
6 comments:
ganas tajuk bukunya..
ingatkan sensei nk komen pasal isu Nurul Izzah tu :p
Imran, ye :)
Saido, pasal politik, tak boleh ulas banyak2 :p
undilah PAS! hehehehe opss chotto... :)
Hehe. Undi itu biarlah rahsia... :)
himitsu.. shokubutsu...kiii no himitsuuuu.. :)
Post a Comment