Annie dan Dan bertemu di sekolah semasa masih berumur 15 tahun dan mereka menjadi rapat seterusnya berkahwin selepas tamat kolej. Annie adalah cinta pertama Dan dan Dan juga adalah cinta pertama Annie. Selepas berkahwin, mereka berpindah ke rumah keluarga Dan di bandar kecil di Ireland.
Disebabkan rumah tersebut adalah rumah keluarga, jadi ibu mertua Annie akan singgah pada bila-bila masa dan menyuruh Annie melayan kehendaknya. Rumah itu juga menjadi persinggahan kepada jiran-jiran mereka dan rakan-rakan Dan yang bekerja bersama Dan sebagai doktor haiwan. Dan pula seorang yang sangat bertanggung-jawab kepada kerjanya dan memberi tumpuan penuh kepada kerja sehingga mengabaikan Annie.Kehidupan selepas berkahwin, dengan sentiasa dikelilingi keluarga, jiran dan rakan yang mengambil kesempatan ke atas kebaikan Annie, juga suami yang keluar awal pagi dan pulang lewat malam kerana membantu menyelesaikan masalah haiwan ternakan jiran sekampung, telah memberi kesan kepada Annie. Annie merasa dirinya tidak dihiraukan dan kehidupan suami isteri mereka juga tidak seperti semasa zaman bercinta dahulu.
Pada satu hari, Annie telah mendapat panggilan telefon dari agennya, untuk menghadiri ujibakat sebuah teater di Dublin. Setelah menghadiri ujibakat itu kali kedua, Annie telah berjaya mendapat watak di teater itu, yang akan diadakan selama 1 tahun di New York, Amerika.
Apakah yang berlaku selanjutnya?
Adakah Annie akan meninggalkan suami dan semua di Ireland dan berhijrah ke Amerika?
Bagaimana hubungan Annie dan Dan?
Penceritaan yang bagus dan penggunaan bahasa yang mudah difahami.
Juga watak-watak yang berkesan sehingga seperti sampai ke hati.
Tak sangka saya boleh mengalir air mata di penghujung cerita.
★★★★
Buku ke 4, 2013
*Buku ini saya beli RM8 sahaja di pesta buku baru-baru ini. Sangat berbaloi! :)
4 comments:
yes i will---->saya jawab tajuk post sensei :D
Hehe. Love you too bila chan :)
kadang-kadang susah nak paham ayat dalam post ni sebab nama watak tu Dan... hahaha... macam dan --> & yg ini plak... hahaha =)
Haha. Sou ka....sou ne...itupun nasib baik buat huruf besar kan, kalau huruf kecil.... Hehe. :)
Post a Comment