Thursday, December 29, 2011

The Story of Beautiful Girl

6 comments
Rachel Simon, 2011

Pada satu malam pada tahun 1968, semasa ribut dan angin kuat serta hujan lebat, sepasang kekasih (Lynnie dan Homan) telah mengetuk pintu rumah seorang perempuan tua (Martha) yang tinggal berseorangan. Mereka berdua yang basah kuyup sangat terdesak untuk mendapat perlindungan dari hujan dan ribut.

Lynnie adalah seorang perempuan kulit putih, muda dan cantik tetapi dia kurang upaya intelek. Homan pula seorang pemuda kulit hitam yang pekak. Mereka berdua sebenarnya berada dalam pelarian setelah melarikan diri dari sekolah orang kurang upaya yang mereka huni setelah sekian lama.

Martha bukan sahaja terkejut dengan dua orang tetamu ini, malah dia lebih terkejut apabila perasan yang Lynnie sedang mendukung seorang bayi perempuan berkulit putih yang masih lagi berdarah yang disorokkan di dalam kot.

Martha hanya sempat memberi persalinan kepada mereka apabila rumahnya dikerumuni polis dan petugas dari sekolah kurang upaya. Lynnie akhirnya telah ditangkap tetapi Homan berjaya melarikan diri. Tetapi pihak polis dan petugas dari sekolah tidak tahu tentang kewujudan bayi perempuan yang sedang tidur nyenyak di loteng rumah tersebut. Semasa Lynnie sedang dibawa keluar dia sempat berbisik kepada Martha dua patah perkataan..."sembunyikan dia (bayi)".

Kisah bagaimana Martha yang terpaksa berpindah-randah semata-mata untuk melindungi bayi tersebut (dari ditangkap) . Kisah Lynnie yang terpaksa menyimpan banyak rahsia keperitan, kisah Homan yang dalam pelarian tetapi berusaha mencari jalan supaya dapat berjumpa semula dengan Lynnie serta Julia (nama bayi itu yang diberi oleh Martha).

Kisah anak-anak yang dihantar ke sekolah orang kurang upaya oleh ibubapa mereka yang malu kerana mendapat anak yang cacat. Kisah penderitaan mereka kerana dicabuli hak dan didera oleh orang yang sepatutnya menjaga mereka di situ. Kisah pemuda pekak yang sentiasa ditimpa malang. Juga kisah cinta dan kasih sayang luar biasa yang terpaksa melalui berbagai halangan. 

Dapatkah mereka berjumpa semula?
Panjang ceritanya dan banyak halangannya.
Bermula dari 1968 dan berakhir di tahun 2011.
Dapat bayangkan?

Saya mula baca semasa perjalanan pulang ke KL dari Cameron Highland pada 25 Disember dan habis baca pada lewat malam 26 Disember. Tidak sampai 2 hari! Memang sedih sampai bengkak mata menangis tengah-tengah malam (haha).

Penulis juga telah menulis cerita benar mengenai kakaknya yang kurang upaya intelek "Riding The Bus With My Sister" yang juga telah ditayangkan di Hallmark Channel. Mungkin saya akan beli lagi karya penulis ini nanti.

★★★★★
Buku ke 24, 2011 (Lagi sebuah!)

Tuesday, December 27, 2011

The Secret Shopper Affair

2 comments
Kate Harrison, 2011

Sekurang-kurangnya 3 buah buku untuk dibaca dalam masa 3 minggu (dikira dari 2 minggu lepas).  Jadi saya keluar mencari buku di kedai Popular. Bukannya dah tak ada buku yang belum dibaca (stok belum "diusik" masih ada) tapi saya perlu baca buku yang tidak "berat" supaya boleh tamat dalam jangkamasa sekejap....(haha... mengada-ngada dan menipu sikit)

Buku ini mengisahkan tiga orang sahabat yang bertemu pertama kali semasa mereka menjadi "secret shopper" dalam novel yang lalu ( ada 2 novel rupanya sebelum ini).

Sekejap ye...Apa "secret shopper" tu ye? ...Saya ingat ala-ala cerita "shopaholic" oleh Sophie Kinsella. Rupanya "secret shopper"tu adalah orang yang diupah untuk menyiasat kualiti serta servis di sesebuah kedai. Mereka ini adalah kontraktor persendirian yang dibayar ikut jam. (Boleh cuba google "secret shopper". Banyak ditawarkan kepada wanita-wanita yang tidak bekerja tetap.) Bagus juga ye kerja ini..nanti bila saya dah bosan mengajar boleh lah cuba jadi "secret shopper"..sambil shopping (menghabiskan duit) , sambil menyiasat (dapat duit).....一石二鳥?ちょっと違いますね。(笑)

Berbalik kepada buku ini, ia cerita mengenai kehidupan selanjutnya ketiga-tiga sahabat ini. Emily, Grazia dan Sandie. Kisah mereka dengan kerja, lelaki, percintaan, kehidupan. Emily, ibu tunggal beranak satu, yang hidup agak susah untuk membangunkan perniagaan. Grazia yang  bercinta dengan seorang duda yang ada dua anak remaja. Sandie pula yang sedang mengandung dan cuba menyelamatkan perniagaan kekasihnya. Kisah bagaimana persahabatan mereka tergugat disebabkan kesibukan dan masalah masing-masing.

Di bawah adalah petikan dari buku ini yang menarik perhatian saya. "Dalam" maksudnya. 反省しています・・・^^;)。

"The key to friendship is accepting your friends' faults as they accept yours. Forgiving if not forgetting. And realising that we are change over time." (page 241)

Kisah yang tidak berat dan bahasa yang mudah.

★★★
Buku ke 23, 2011 (lagi 2 buah)

Tuesday, December 20, 2011

読書三昧→読書中断中

5 comments
このごろ、
超多忙で
読書三昧の生活を中断して、
現在
「読書中断中」

目標の25冊が危機感を感じている。
残り1週間…
どうしよう!
どうしよう!

このまま行くと
目標未達成に終わってしまう。
そんなのかっこ悪いでしょう。

うん、かっこ悪い。
だから、なんとかしなきゃならない。

多忙中(溜め息)

独り占めのオフィスで、
溜め息…無限大

帰ろうかな。


多忙と関係ない写真: かわいくて頼もしいアスマちゃんとマイサラちゃん :)

Saturday, December 17, 2011

Kadang-kadang

5 comments
Kadang-kadang saya tak mahu tidur
Walau penat macamana pun dan tak cukup tidur malam sebelumnya

Sebab
Kalau tidur, "hari ini" saya akan berakhir sekelip mata dan "hari esok" akan datang
"hari ini" saya selalunya dipenuhi dengan kerja
jadi saya mahu "menikmati" masa sedikit yang tinggal sebelum "hari esok"....

Sangat suka MERLIN! Season 4 baru mula! :)
Mengantuk.....

Wednesday, December 14, 2011

「~をめぐる」 vs. 「~中心として」

5 comments
Pada satu petang semasa di kelas 節分

…(略)

T:4番の「~を中心に(して)/を中心として」の例文を読んでください。
S:(相変わらず元気な声で:)
 「私のクラスは、マリアさんを中心にまとまっている。」
 「マレーシアは、工業や農業を中心として、発展し続けている。」

T:「中心として」はどんな意味でしょうか。
S;(ほとんど一斉に)をめぐる~!


T:いいえ、違いますよ。
S:ええ??

T:(板書しながら)例えばこの文;
「マリアさんをめぐって、みんながけんかしている。」

「マリアさんを中心に、みんなが(ほかの人と)けんかしている。」
の意味は違いますよ。
S:ええ?(信じられない様子)

T:(黒板にこんな絵を書き始めた…と言いたいのですが、これは今パソコンで作った絵です。授業のときは、絵はもちろん、○さえもきれいに描けませんでした。(笑))

T:これは「マリアさんをめぐって、みんながけんかしている」ですよ。
マリアさんは何もしていない。とてもかわいいかもしれない。だからみんながマリアさんをほしがっていて、けんかしているよ。
S:ああ、そうですか…。

T:一方、これは、「マリアさんを中心に、みんなが(ほかの人と)けんかをしている。」

S:ああ、わかった!

T:マリアさんもけんかしているよ。というより、マリアさんが一番ですよ。
S1:Sensei, kiranya Maria tu KEPALA (gaduh) la ye?
T:haha..そうです!
S:(満足した顔で)ああ、わかった!

T:ええ、だから、「イラクとアメリカは、石油をめぐって戦争した。」ですね。
「イラクとアメリカは、石油を中心に戦争した。」ではないでしょ?
S:(満足げに)はい!そうですね。


「節分」クラスは今日もいつも通りとても元気で明るかったです!
サンキュ!
:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template