Andrea Hirata adalah penulis Indonesia yang telah menulis tetralogi Laskar Pelangi(2005), Sang Pemimpi, Edonsor, Markamah Karpov dan seterusnya Dwilogi Padang Bulan dan Cinta di Dalam Gelas ini. Buku pertamanya Laskar Pelangi dikatakan telah mencatat sejarah jualan novel tertinggi dalam sejarah Indonesia. Itupun tidak termasuk buku-buku yang dicopy secara cetak rompak yang berleluasa di negara itu. Selain dari jualan buku, Laskar Pelangi dan Sang Pemimpi juga telah diadaptasi ke filem dan menjadi filem pecah panggung di negara tersebut (Saya belum lagi berpeluang menonton). Buku-bukunya juga telah dan sedang dalam proses dialihbahasa ke berbagai bahasa termasuklah ke dalam Bahasa Melayu.
Saya suka gaya penceritaan beliau yang ringkas, lawak yang kadang-kadang sinis tetapi comel, membuat lawak sinis tentang pemerintah dan politik di Indonesia, juga selalunya memaparkan kisah kepayahan hidup manusia - khususnya penduduk di Pulau Belitong, Indonesia - tempat asal penulis ini. Lebih menarik perhatian saya ialah dia dan kebanyakan penduduk di Pulau Belitong ini adalah kaum Melayu - iaitu kaum minoriti di Indonesia. Gambaran kehidupan mereka tidak ubah seperti kehidupan kaum Melayu di kampung-kampung pedalaman di Malaysia.
Pulau Belitong pula yang dulunya tempat perlombongan timah yang dikuasai oleh Belanda dengan penduduk di situ menjadi kuli-kuli di lombong timah tersebut, kini telah menjadi pusat pelancongan. Penggambaran 2 filem yang diadaptasikan dari novelnya itu telah dibuat di Pulau Belitong, malah pelakon kanak-kanak untuk filem Laskar Pelangi juga khabarnya adalah kanak-kanak yang berasal dari pulau tersebut. Sejak penggambaran itu Pulau Belitong menjadi salah satu lokasi pelancongan di Indonesia.
Oh, ye, sesuatu yang mesti saya tulis juga mengenai beliau ialah: beliau adalah graduan Ekonomi dari Universiti Indonesia dan mempunyai sarjana Ekonomi dari University Sheffield Halam, UK. Malah tesis sarjana beliau telah dialihbahasa kepada Bahasa Indonesia dan menjadi rujukan di universiti di Indonesia.
Begitulah hebatnya Andrea Hirata! Dan, dengan melihat banyaknya saya tulis hari ni, semua orang pun boleh tau - betapa terujanya saya! (hehe)Sebenarnya selepas membaca karya pertama beliau dulu, saya sendiri sangat tertarik dengan beliau sehingga membuatkan saya mencari info-info di laman web serta tertarik untuk melawat Pulau Belitong satu masa nanti - mahu melihat sendiri kehidupan kaum minoriti Indonesia - kaum Melayu.
Tentang buku Padang Bulan ini pula sama seperti buku-buku beliau yang lain, ia sangat menarik dan lawak. Kali ini ia bercerita tentang Ikal yang sudah dewasa- sudah lulus sarjana muda dan sarjana tetapi masih menganggur dan menjadi bujang lapok di kampungnya. Dia juga selalu dibebel ibunya.
Ibu bergegas menuju beg galasku dan menyeretnya ke hadapanku.
"Keluarkan ijazah-ijazahmu!"
Aku cemas, apa yang akan dilakukan ibu? Ku fikir ijazah-ijazah itu akan dicampakkan ibu ke tungku yang menyala-nyala, dihamburkan ke pekarangan, atau dilemparkan ke dalam telaga. Tetapi tidak. Ibu membawanya ke ambang jendela. Dia membuka sampul itu, lalu menerawang ijazahku satu persatu di bawah sinar matahari.
"Kutaksir, ijazah-ijazahmu ini banyak yang palsu, bujang."
:)
Juga cerita-cerita tentang masalah ketinggiannya - tinggi 4 sentimeter yang diperlukannya (demi cinta) sehingga mendesak dia membeli "Ortoceria!" - alat yang kononnya boleh menambah ketinggian. Kisah bagaimana alat itu memberi kesusahan kepada dirinya. Juga kisah Enong - anak yatim yang menjadi pelombong timah pertama di situ dan kesungguhannya mempelajari Bahasa Inggeris. Dan banyak kisah lain yang membuatkan saya tersenyum malah tergelak seorang diri! :)
★★★★
Buku ke 14, 2011. (sedang menghabiskan "Cinta di Dalam Gelas")
Juga cerita-cerita tentang masalah ketinggiannya - tinggi 4 sentimeter yang diperlukannya (demi cinta) sehingga mendesak dia membeli "Ortoceria!" - alat yang kononnya boleh menambah ketinggian. Kisah bagaimana alat itu memberi kesusahan kepada dirinya. Juga kisah Enong - anak yatim yang menjadi pelombong timah pertama di situ dan kesungguhannya mempelajari Bahasa Inggeris. Dan banyak kisah lain yang membuatkan saya tersenyum malah tergelak seorang diri! :)
★★★★
Buku ke 14, 2011. (sedang menghabiskan "Cinta di Dalam Gelas")
3 comments:
waiting for novel sensei tulis pulak ni
>:)
eh? kaum minority kat indonesia ialah kaum melayu? shiranakattan desu! abes tu kaum majority kaum ape?
lupiey@ sore wa muri muri...sainou arimasen! :D
to adni@ good point adni! ye, saya pun ingat majoriti orang Indonesia adalah Melayu, sama macam Malaysia. Tapi nampaknya macam erti "Melayu" di Indonesia tak sama macam di Malaysia. Di Malaysia, etnik terbesar di bahagi kepada 3 iaitu Melayu, Cina dan India di mana etnik bugis, jawa, minang....semuapun adalah "Melayu" di Malaysia. Tapi di Indonesia nampaknya berlainan. Walaupun dalam pembahagian etnik, dikatakan majoriti etnik di Barat Indonesia adalah Melayu dan di Timur adalah etnik Papua, tetapi rakyat Indonesia lebih suka membahagi diri mereka mengikut suku seperti Jawa, Sunda, Minang, Bugis dsbnya. Majoriti suku di Indonesia adalah Jawa dan suku yang mengaku sebagai Melayu menjadi minoriti, iaitu kebanyakannya yang tinggal di Aceh, Riau termasuk di Belitong. Di Belitong pula walaupun sebenarnya suku Melayu adalah majoriti, tapi Bugis, Sunda dan Cina juga sangat ramai dan mereka seperti memegang ekonomi di Belitong. Mereka telah didatangkan ke Belitong untuk bekerja di lombong timah oleh Belanda. (untuk pembaca lain: sumber-sumber dari Wikipedia dsbnya, Harap maaf jika ada kesalahan interpritasi :)
Post a Comment