Saturday, January 14, 2012

Ia nilai sentimental

8 comments
Kisah A dan B

Pada satu pagi beberapa minggu lepas
semasa sedang bersiap-siap untuk sarapan

A: kenapa ada busuk ye? tengok dalam peti ais tak de apa-apa pun (yang busuk). tak bau busuk ke?

A yang membebel-bebel sambil buka tutup peti ais.
B pula cool aje.

Semasa A bersiap di bilik tiba-tiba B masuk

B: oh tau apa yang busuk..
    peti ais kita dah rosak.....
    ada ikan yang dah lembik dan berbau sikit.

A: ek? rosak? betul ke? (tadi buka tutup peti ais tapi tak perasan pun? bengong betul haha)

B: dah rosak....cuba dengar tak de bunyi apa-apa kan?

Ye, peti ais kami yang telah berbakti selama 15 tahun akhirnya menamatkan servisnya.Selalunya memang bunyi enjinnya agak kuat...malam-malam kalau pegi ke dapur mesti dengar bunyi enjin.

Peti ais Toshiba itu kesayangan saya sebab slim dan tinggi. Walau rosak, ia masih cantik. Tapi ia dah berkhidmat lebih 15 tahun. Mungkin sudah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal.....

Agak sensitif sebab dengan ini ketiga-tiga barang elektrik pertama yang kami beli selepas berkahwin telah rosak. Bermula dengan TV yang rosak lebih 5 tahun lepas, mesin basuh yang rosak 2 tahun lepas....jadi memang kami ada juga bercakap yang mungkin akan sampai masa peti ais ini....dan ternyata memang sudah sampai masanya...

Selepas sedar yang ia sudah rosak baru saya sedar tiada lagi bunyi enjinnya...suasana sunyi aje di dapur....dan rasa sedih pula (sabishii..)

Sekarang kami pakai peti ais kecil yang selama ini ada di stor untuk sementara waktu. Jadi peti ais Toshiba slim ku itu, sekarang berada di dalam stor. (bukan senang nak buang barang besar-besar ni kan. jadi kalau beli yang baru nanti mesti bagi syarat "boleh beli kalau tolong buangkan yang rosak " ...ini syarat yang kami bagi masa beli mesin basuh baru dulu).


Sementara itu Encik B telah memberi "nyawa" baru kepadanya (lihat gambar) :)


Sorry ye ini cerita kudaranai tengah malam...

Beberapa bulan ni selalu berjaga sampai lewat malam....
Bila cerita pada Akiko...Akiko kata "awet muda bermula dari pukul 10 hingga pukul 12, jadi kena tidur pada waktu tu"....oh ye ke.....これはまずい!(笑)

お休み!

Sunday, January 8, 2012

Sleeping Arrangements

3 comments
Madeleine Wickham, 2001

Chloe dan familinya bercuti ke sebuah villa mewah di Spain atas ihsan Gerard, seorang kawannya yang kaya. Chloe dan pasangannya sangat memerlukan cuti itu untuk merehatkan fikiran dari memikirkan tentang masalah kerja masing-masing.

Hugh dan famili juga mendapat jemputan bercuti ke villa mewah itu dari Gerard. Hugh yang sangat mementingkan kerja, memerlukan cuti itu untuk meluangkan masa bersama isteri dan anak-anaknya yang telah menjauhkan diri darinya.

Mereka telah sampai ke villa tersebut pada hari yang sama dan amat terkejut setelah mendapati Gerard telah tersalah meminjamkan villa tersebut kepada mereka pada waktu yang sama.

Adakah Gerard memang tidak sengaja memberi pinjam pada waktu yang sama? Ataupun sengaja? Jika sengaja, mengapa dia berbuat begitu?

Olahan cerita yang menarik dan senang dibaca.

★★★★
Buku ke-1, 2012

Monday, January 2, 2012

Apam Ban

10 comments
Kisah A dan B

Pada satu malam

A: besok kita makan "Apam Mak".
B: ok

(Apam Mak = apam goreng tradisitional yang mak ajar beberapa minggu lepas semasa pulang ke Pekan. Antara bahan adalah tepung, gula melaka, serai, lada hitam dan sedikit nasi. Senang dibuat dan sangat sedap dan boleh dimakan dengan kelapa parut atau kari. Bancuhan pula boleh tahan lama kalau disimpan di dalam peti ais.)


Pagi berikutnya semasa memasak apam...

A: kenapa apam ni tak naik ye? tak macam mak buat pun? bancuhan cair ke?

B: oh....(sambil tengok dalam kuali)
   ini bukan Apam Mak...
   ini Apam Ban....

A: Apam Ban?


B: Apam Ban.
    Apam Bantut!

A: hidoi! hahah

Sunday, January 1, 2012

2011年度の「勝手にランキング」

2 comments
以下は、2011年に読んだ本のランキング;


 1 The Story of Beautiful Girl; Rachel Simon, 2011
(Kisah cinta dan kasih sayang luar biasa seorang perempuan kurang upaya intelek, seorang lelaki kulit hitam yang pekak, seorang perempuan tua yang juga bekas guru sekolah...juga seorang bayi perempuan. Bagaimana berbagai rintangan dan halangan memisahkan mereka.)


 2 カフーを待ちわびて;原田マハ,2008 
(Kisah kehidupan seorang pemuda cacat yang bekerja menjaga sebuah kedai runcit di pedalaman Pulau Okinawa. Bagaimana pada satu hari dia didatangi seorang perempuan cantik yang menawarkan diri untuk menjadi isterinya.)


 3 八日目の蝉; Kakuta Mitsuyo, 2011
(Kisah seorang perempuan yang terdesak, telah menculik dan membawa lari bayi perempuan anak kepada bekas kekasihnya dan memelihara bayi tersebut selama beberapa tahun, dalam pelarian.)


 4 Sutera Bidadari; Ramlee Awang Murshid, 2011 
(Ceritera Epik Thriller Laksamana Sunan yang ke 5. Di selang-seli dengan babak di abad ke 15 dan 21. Kisah perjuangan Laksamana Sunan menentang kejahatan - kuasa kegelapan dan sesat.)


 5 神様のカルテ; 夏川草介、2009
(Kisah kesibukan seorang doktor muda yang sangat mengambil berat tentang pesakitnya. Dia juga mempunyai karakter tersendiri, bercakap menggunakan bahasa orang lama, tinggal di rumah perkongsian dsbnya.)


 6 Closed Note; Shizukui Shusuke, 2006 
(Kisah kehidupan seorang pelajar universiti yang bercita-cita menjadi seorang guru berubah setelah dia menjumpai sebuah buku nota yang ditinggalkan penyewa rumah sebelumnya.)


 7 Madu Dalam Saringan; Kamala Markandaya, 1988 
(Kisah kehidupan keluarga petani yang miskin di pedalaman India. Di satu ketika, mereka terpaksa melalui musim kemarau tanpa makanan sehingga anak perempuan mereka terpaksa melacurkan diri untuk mencari perbelanjaan dan anak lelaki mereka mati kebuluran.)  


 8 しゃぼん玉 ; Nonami Asa, 2004
(Kisah seorang pemuda yang membesar dalam keluarga yang pecah-belah menyebabkan dia hidup melarat dan akhirnya menjadi penyeluk saku sehingga sanggup mencederakan orang. Kehidupannya berubah setelah menyelamatkan seorang tua di sebuah kawasan pedalaman.)


 9 Rayyan Fantasi; Ramlee Awang Murshid, 2011
(Kisah misteri fiksyen mengenai dua beranak, ayah dan anak lelaki yang tiba-tiba muncul di rumah seorang tua dan anak perempuannya pada satu malam. Siapakah mereka?)


 10 一瞬の風になれ①; 佐藤多佳子、2007
(Kisah seorang remaja yang terpaksa menerima kenyataan pahit yang dia tidak mempunyai bakat untuk menjadi pemain bolasepak handal tetapi bangkit semula setelah menyedari yang dia mungkin berbakat menjadi pelari pecut.)


これは、トップ10でした。


そして、次は、11から25までのランキング;


 11 純平、考え直せ; Okuda Hideo, 2011
 12 TARIQ - Menang ataupun Syahid;  Abdul Latip Talib,2007 
 13 Biar Kecil Asalkan Berhasil; Chef Li, 2009
 14 Padang Bulan; Andrea Hirata, 2010 
 15 Cocktails For Three; Madeleine Wickham (Sophie Kinsella),2000


 16 Adolf Hitler; James Bunting, 2010 
 17 Sultan Muhammad Al-Fateh; Abdul Latip Talib,2010 
 18 Playing For Pizza; John Grisham, 2007 
 19 The Secret Shopper Affair; Kate Harrison, 2011 
 20 Fiksyen 302; Ramlee Awang Murshid, 2011


 21 The Wind-up Bird Chronicle; Haruki Murakami, 2003
 22 Aku Tak Nak Miskin; Chef Li, 2008 
 23 Cinta di Dalam Gelas; Andrea Hirata, 2010 
 24 同級生; 東野圭吾、1996
 25 9 Nyawa; Ramlee Awang Murshid,2010  

*Buku yang ditulis dalam Bahasa Malaysia - 11 buah
*Books written in English - 6 books
*日本語で書かれた本 - 8冊




今年も読書三昧ができるように。


ハッピーニューイヤー!
:)

Saturday, December 31, 2011

Fiksyen 302

6 comments
Ramlee Awang Murshid, 2011

Baru sahaja menamatkan cerita terbaru dari RAM ini. Buku dipinjamkan oleh Alifah pada hari Rabu 28 Dis lalu.

Kebetulan saya memang perlu menghabiskan sebuah buku lagi bagi mencapai matlamat 25 buah buku untuk tahun ini  dan minat juga baca buku-buku RAM, jadi, bila Alifah kata dia ada buku ni (pada timing yang cukup baik) saya pun cepat-cepatlah "pinjam!":)

Cerita mengenai pembunuhan yang dilakukan oleh beberapa orang bekas pesakit rumah sakit jiwa. Semua pembunuh, bertelanjang selepas membunuh seterusnya mereka sendiri yang menghubungi pihak polis dan menyerah diri. Mangsa pembunuhan pula mempunyai hubungan antara satu sama lain.

Pada saya, watak "Zonan" iaitu master-mind segala kejahatan pada cerita ini berkesan juga. Watak "Farid" yang gila dan juga memegang watak "Dina" juga sangat berjaya.

Tapi pada saya buku ini tidak cukup "terkesan". Jalan cerita sepatutnya sudah bagus tapi kalau RAM ambil masa sedikit lagi untuk membaca semula atau menerima pendapat beberapa orang lepas itu mengolah semula.....mungkin cerita ini akan lebih terkesan. Ada beberapa watak yang tidak perlu atau terlebih emosi pada pendapat saya. Contohnya watak peguam yang bernama Noorhafiza Izura yang terlebih emosi marah tak tentu hala. Juga ada dialog yang tidak perlu serta tidak sesuai contohnya dialog mengusik bekas polis, Hizamnuddin kepada pengawai polis bernama Alias. Perkara kecil tetapi buat saya rasa sedikit muak.

Dan yang paling saya tidak puashati adalah kenapa perlu menamakan watak dengan nama yang panjang dan tidak biasa didengari? Contohnya, peguam bernama "Noorhafiza Izura", peguam bernama "Rita Yuzalina" dan bekas polis bernama "Hizamnuddin" itu. (Semasa nak tulis di sini pun saya terpaksa menyemak ejaan di buku). Kita nak baca cerita bukan nak menghafal nama yang panjang. Pada mulanya setiap kali terjumpa nama itu, saya terpaksa baca dua kali sebab sering tersalah baca..."Norafiza I....zura", "Norfariza I....zura"...lama-lama saya pun terus scan aje tanpa membaca nama-nama tersebut. Kenapa perlu buat watak dengan nama yang panjang dan susah disebut? "Hizamnuddin"...kenapa tak buat "Hishamuddin" ke.."Hisyam" ke...nama yang lebih biasa didengar?

Oh, sudah sedikit membebel di situ.
Mungkin ketidakpuasanhati saya ini remeh aje pada pandangan orang lain.
Tapi perkara kecil ini menganggu pembacaan saya sehingga pengamatan kepada jalan cerita agak terganggu dan saya ada rasa "kurang puas".

Ini pendapat peribadi saya. Lain orang lain pula pendapat kan? Tengok Asmiza kata apa pula. :)

Boleh dibaca untuk mengisi masa lapang.

★★★
Buku ke 25, 2011 (目標達成!)


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 KEPADA SEMUA YANG MENGENALI SAYA. 
terutama kepada pembaca dan pengkomen "sangat setia" dan juga yang "kurang setia":P blog ini:


lupiey, syak, tapau, izzat, rifqi, alan, nabila, asmiza, bfa, 
emy, yana, saido, imran, athirah, fadz, iman, 
nadia, lutfi, afif, idora, shahida, 
odah, jie, farahin 
dan lain-lain...


UMUR AKAN BERTAMBAH, MATA SEMAKIN RABUN...RABUN JAUH DAN DEKAT JADI NAK KENA TEMPAH CERMIN MATA NAMPAKNYA (itu saya la..tak de kena mengena dengan orang lain haha) TAPI SEMOGA TAHUN BARU INI JUGA AKAN ADA BANYAK KEBAHAGIAAN KECIL & BESAR. SEMOGA HIDUP LEBIH BERMAKNA....... KEPADA SEMUA DAN KEPADA SAYA JUGA INSYAALLAH. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template