Wednesday, July 18, 2012

日本からの優しい便り

2 comments
This message is too big for me. I know that I don't deserve such appreciation.
But, it came at the right time - it has made my day and I really appreciate it.
Thanks Faizul! Hope you are doing fine in Ritsu and good luck in your coming examination.


Assalamualaikum Cikgu Hasparina. 

Semoga cikgu sihat sejahtera, bahagia bersama keluarga tercinta. :) 
Saya di sini Alhamdulillah baik2 sahaja. 

Tiba2 saya teringat pada cikgu.
Dah lama kita tidak berjumpa.
Dah lama cikgu tidak mengajar saya.

Sememangnya kenangan di JAD merupakan kenangan yang terindah.
Kali pertama saya mengenali cikgu adalah ketika di Wisma Belia.
 Walaupun cikgu tak mengajar kelas saya di sana,
Cikgu merupakan seorang guru yang mudah mesra dengan anak didiknya.
Menimbulkan keberanian dalam diri saya untuk bertegur sapa.
Acapkali saya menuturkan kata "Ogenki desuka?"
Walaupun tika peperiksaan akhir di dewan wisma belia. :)

Hati saya amat tersentuh ketika kali pertama menjejakkan kaki di JAD.
Orientasi di LT 2 - Perjumpaan bersama NihonGO no senseitachi di sana.
Saya terkejut bilamana cikgu hasparina masih mengingati nama saya.
"Faizuru san, ogenki desuka?"
と聞かれたらすごくびっくりしました。
Saya tak sangka cikgu masih ingat saya...dan kata2 yg saya sering ucapkan itu,
"Ogenki desuka" 
Terima kasih cikgu :)

Saya masih ingat sebiji bola ping pong yang cikgu minta saya untuk menyediakannya.
Terharu bilamana melihat sebiji bola ping pong berharga 60 sen itu, cikgu letakkan di atas meja.
Lebih terharu bilamana cikgu membalasnya dengan sekotak bola ping pong yang agak mahal harganya berbanding biasa.
Sehingga kini saya masih menyimpannya.
Sayang untuk saya guna. hehe

Cikgu banyak menenangkan saya,
memberikan saya keyakinan kepada diri saya,
lebih2 lagi ketika saya menjadi MPP.
Terima kasih cikgu :)

Jasa cikgu hasparina akan saya kenang selamanya.
Dan, secara jujurnya, saya menyimpan cita2 untuk menjadikan cikgu hasparina sebagai idola.
Teringin untuk menjadi seorang guru bahasa jepun sepertimu.
Doakan saya cikgu :)

Ingin saya deklamasikan sajak untuk cikgu,
Walaupun sajak ini bukan direka oleh saya,
tetapi ianya seiring dengan apa yang tersirat di hati saya..apa yang saya rasa..dan apa yang ingin saya ucapkan buat seorang guru seperti cikgu..

Terima kasih, Cikgu Hasparina ,,
Semoga Allah memberkatimu :)



Anak didikmu,
FAIZUL 
:)


GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara. 

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.




Tuesday, July 17, 2012

emelfobia

5 comments
periksa emel itu keperluan
tapi semasa menekan butang-butang itu
ada rasa sesuatu
yg mengganggu.....
rasa takut

oh, ada emel lagi
-lambat datang kelas 15 minit nak kira macamana?
-kalau tak datang masa ujian nak buat macamana?
-oh, si dia itu masih pakai selipar pegi mengajar
-bila visa nak dapat ni? risau ni sampai menganggu kerja!
-bila boleh pindah pejabat baru?
-mesin fotostat macam nak rosak
-yg warna biru kat kalendar tu maksudnya boleh cuti ke?
-saya terbuka surat orang lain yang masuk dalam post saya
-kenapa waktu ini tak boleh guna van? bukan ke ini patut dibuat event tahunan sekolah?
-ada orang guna van untuk kepentingan sendiri
-kegembiraan menang speech contest jadi separuh sebab sangat risau pasal insuran
-insuran, insuran, insuran! kalau tiba-tiba ada orang kemalangan siapa nak tanggung?


dari mengantuk jadi terjaga
pagi terbangun sebelum sepatutnya
pagi yang segar menjadi tidak ceria
baju cantik dan berbedak lawa tetapi tiada ekspresi muka
baru hendak keluar jadi duduk semula
sudah menuju hala lain tetapi membelok ke arah lain


tetapi walau
ada yang terus menegak
ada yang belok-belok
ada yang lompat-lompat
ada yang terang-terangan
ada yang samar-samar
masih juga cuba membalas semua emel-emel itu

*********************************************

along,
macamana along boleh sabar dan terus melaksanakan tugas pengetua itu? 

Thursday, July 5, 2012

ハングリー精神

2 comments
他人を責めるのが簡単

いつから自分が他人を責めるような性格になったのか

かっこ悪いよ

性格悪いよ

早く9月にならないかな

解決方法は9月にあるかもしれない

逃げる気?

逃げるわけではなく、不十分な点を認めるのだ

じゃ、なぜ、不十分を十分にしようとしないの?

えーと

えーと

えー

ハングリー精神がないから?

ところで、


ハングリー精神って なーに?

ハングリーは、お腹が空いたという意味でしょ

お腹が空いた…貧しい家庭環境で育ったことで野望を持ってしまった人

つまり、一般な人には負けたくない精神を持っているということ

ハングリー精神を持っている人は、どんなことがあっても、負けたくない人だ


あなたは、ハングリー精神を持っている?




****************************************************************************

stokin Akmal yg comel :D








Tuesday, July 3, 2012

**some text missing**

4 comments
Ini kisah benar yang berlaku beberapa hari lepas.

Tiba-tiba masuk e-mel dari Mr.K.

(Mr. K adalah seorang yang boleh dipanggil pakcik yang berbangsa Jepun - nama terpaksa dirahsiakan untuk menjaga privasi.)

Seterusnya e-mel dan perbualan adalah Bahasa Jepun tetapi diterjemahkan di sini untuk pemahaman semua.

Sambung semula.

Tiba-tiba masuk e-mail dari Mr. K begini:

"Saya dapat mesej yang mengatakan buku teks tak cukup. Sila terangkan dengan lebih terperinci buku apa yang tidak cukup."

"Eh, buku apa pula yang tak cukup ini." saya bermonolog.
 (Mr. K adalah petugas untuk menguruskan pembelian buku teks di tempat kerja saya.)

"Rasanya semua buku yang pesan dah sampai. Siapa yang beritahu dia ada buku tak cukup?" bermonolog lagi.

Kemudian saya pun membalas e-mel beliau begini:

"Saya diberitahu oleh pensyarah saya yang semua buku yang dipesan telah selamat sampai. Mr. K dapat mesej dari siapa?"

Selang beberapa minit selepas itu Mr. K datang dan memanggil saya. (Ofisnya di depan ofis saya sahaja)

"Ini tengok Hasparina hantar saya mesej ini kan?" (Gambar)


hahaha! (dalam hati)

Dengan itu saya terpaksa menahan ketawa dan menerangkan kepada Mr. K apa maksud mesej tersebut. Susah juga nak terangkan sebab beliau macam kurang faham perkara begitu terjadi.

"Ini bukan mesej yang saya tulis. Mungkin sebab terlalu panjang (mesej saya) jadi telefon ada masalah nak hantar semua, jadi bila ada masalah macam tu, kita akan dapat mesej ini **some text missing** - maksudnya ada sebahagian mesej saya hilang, ini mesej dari telefon, bukan dari saya."

Mr. K agak terpinga-pinga - "oh ye ke"...

(atau penerangan saya yang berbelit-belit hehe)

:)

今の気持ち

0 comments
人がいない○○室は、

最高です

今の気持ちでした。

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template