Sunday, July 29, 2012

Got this

2 comments
This year FOR THIS DAY, I got this from Mr. B.



The "Kikkake" :

Walking habit during this year's Ramadan.

From 1st Ramadan, almost everyday, we walk about 3 km and finish right before Iftar.
Well, the person who WALK from start to finish is only ME.
As for Mr. B, he manage to run 2 or 3 round after walking 1 round with me.

And, as to encourage me (to ensure I commit with this practise),
he bought me this Skechers Women's Shape Ups Liv. 
( I chose the color though :) 
I think this is the sport shoes I'd ever "Love" because it is very light and comfy and fits me nicely.


To Mr. B : 毎度あり!(笑)

Saturday, July 28, 2012

Theodore Boone: The Abduction

0 comments
John Grisham, 2011

John Grisham memang terkenal dengan novel-novelnya yang berkisar kepada peguam, hakim, mahkamah dan pelbagai jenayah yang berkaitan. Memang selalunya novelnya dapat "International Best Seller" dan di rumah saya memang ada semua novelnya - kerana En B memang peminat tegar John Grisham - sehingga pernah dia membeli novel yang sama, walaupun saya kata dia dah pernah baca novel itu! Minggu lepas juga dia nyaris membeli sebuah lagi novel yang dia dah ada dan sudah pun membacanya. Nasib baik saya berjaya memujuk dia walaupun dia was-was. Yang pastinya apabila pulang ke rumah, saya dapat tunjukkan dia novel tersebut yang ada di rak: "ni tengok kan dah kata kita dah ada novel ni?"..."ak, sou ne.."katanya :D

Apa-apapun novel kali ini yang juga dibeli oleh En B, saya yang baca dulu sebab nampak macam menarik. Tetapi novel John Grisham kali ini sangat berbeza sebab "peguam" di dalam novel ini ada seorang pelajar gred 8 yang berumur 13 tahun bernama Theodore Boone!

Theo adalah anak tunggal kepada bapanya seorang peguam hartanah dan ibunya seorang peguam perceraian. Disebabkan dia dilahirkan dalam keluarga sebegini, dia memang menyukai segala hal mengenai undang-undang, peguam, hakim, mahkaman dan juga perbicaraan. Dia juga mempunyai sebuah "ofis kecil "yang dibuat khas untuknya oleh ibubapanya di syarikat perguaman mereka. Ibubapanya mempunyai syarikat perguaman Boone & Boone. Theo pula setiap hari akan singgah ke "ofis"nya selepas pulang dari sekolah.

Comelkan kisah ini? Sangat comel sebab dia sangat petah bercakap dan sangat rasional terhadap sesuatu. Berbanding rakan-rakan sebayanya, dia sangat diplomasi apabila berhadapan dengan sesuatu dan sentiasa membuat tindakan dan memberi nasihat mengikut undang-undang. Comel apabila rakan-rakan sebaya dan juga guru sekolah yang meminta nasihat dia perihal undang-undang. Theo juga ditulis sebagai seorang yang tidak berapa suka ke sekolah - dia sentiasa "berdebat" dengan ibubapanya - kenapa dia tak perlu pergi ke sekolah, sebaliknya dia perlu ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan. Perdebatan yang sudah pasti dia akan kalah. :)

Oleh kerana ini kisah "peguam" yang tidak bertauliah, maka kisah-kisah "jenayah" di novel ini pun tidaklah "berat". Sebab itu juga saya boleh baca dalam masa 2 hari sahaja. Kisah comel dan tidak memeningkan kepala. Saya suka ada peguam "comel" begini. 


★★★★
Buku ke-14, 2012

Tuesday, July 24, 2012

"Biawak" loghat Kedah

2 comments
Suatu petang sewaktu A dan B beriadah di taman.


B: Ak! Biawak! Biawak! (sambil menunjukkan ke arah kolam)

A: mana? eh- biawak ke tu? bukan ular?

B: biawak la...BiaAwak..BiaAwak..
   tau tak orang Kedah panggil BiaAwak tu apa?

A: ? (malas nak layan)

B: BiaAwak tu orang Kedah panggil BiaHang! BiaHang! BiaHang!

A: hahah--- tak lawak langsung!

B: dah kalau tak lawak buat pe ketawa?

:)

Sunday, July 22, 2012

佐賀のがばいばあちゃん

0 comments
島田洋七、2004

Buku ini bertajuk 「佐賀のがばいばあちゃん」 (Saga no Gabai Baachan). Saga adalah sebuah daerah di Pulau Kyushu, Jepun. "Gabai" pula adalah loghat Saga yang bermaksud "すごい" dalam Bahasa Jepun iaitu bermakna "menakjubkan" atau "mengkagumkan". Jadi tajuk buku ini mungkin boleh diterjemah sebagai " Nenek dari Saga yang sangat menakjubkan". 
Shimada Yoshichi

Buku ini mengisahkan kehidupan semasa kecil seorang pelawak yang memakai nama 島田洋七 (Shimada Yoshichi) sebagai nama panggungnya yang nama sebenarnya adalah 徳永昭広 (Tokunaga Akihiro).

Semasa berumur 8 tahun, dia telah dihantar ke rumah neneknya di Saga kerana ibunya yang tinggal di Hiroshima tidak dapat memeliharanya disebabkan kesusahan hidup pada masa itu (selepas bom atom dijatuhkan di Hiroshima). Neneknya tinggal berseorangan di Saga, sebuah daerah terpencil di Jepun. Neneknya hanya bekerja sebagai tukang cuci pakaian, dan kehidupan mereka amatlah susah.

Di buku ini Shimada menceritakan kisah neneknya yang sentiasa ceria dan sentiasa berikhtiar mencari rezeki untuk mengharungi kehidupan pada masa itu. Ada kisah neneknya menahan jala di sungai untuk menangguk sayur-sayuran yang dibuang oleh kedai sayur. Ada kisah di mana neneknya mengheret magnet semasa berjalan supaya segala besi kecil dapat lekat pada magnet itu untuk dijual di kemudian hari.

Ada kisah yang dia terpaksa melupakan hasrat untuk menyertai sukan Kendo atau Judo kerana semuanya memerlukan wang - untuk membeli pakaian dan peralatan. Sebaliknya neneknya menyuruh dia menyertai sukan balapan - sebab tidak perlu peralatan.

Berbagai kisah sedih serta sayu begitu juga kisah yang menggelikan hati diceritakan dalam buku ini. Pada saya pula, episod yang paling meninggalkan kesan di hati adalah semasa dia menceritakan kepada nenek dia yang dia sangat tidak suka pada peperiksaan.


「ばあちゃん、英語なんかさっぱり分からん」
「じゃあ、答案用紙に、『私は日本人です』って書いとけ」
・・・
「でも、ばあちゃん、僕、漢字も苦手で・・・」
『僕はひらがなとカタカナで生きていきます』って書いとけ」
・・・
「歴史も嫌いでなあ・・・」
「歴史もできんとか?・・・答案用紙に『過去には、こだわりません』って書いとけ!」


terjemahan:

"Nenek, saya tak faham langsung Bahasa Inggeris"
"oh, kalau macam tu, tulis saje pada kertas jawapan "SAYA ORANG JEPUN""
...
"Tapi nenek, Tulisan Kanji (Chinese Character) pun saya tak pandai"
"Tulis kat kertas jawapan "SAYA AKAN HIDUP DENGAN TULISAN HIRAGANA DAN KATAKANA""
...
"Sejarah pun saya tak suka..."
"Sejarah pun tak reti ke?...Kalau macam tu tulis saje di kertas jawapan " SAYA TAK KISAH PUN TENTANG MASA SILAM"!"


haha, lawakkan?

Dari carian di Google, saya dapat tahu yang kisah buku ini telah pun dibuat drama dan filem di Jepun beberapa tahun lepas.

Salah satu gambar dari drama, yang comel :)


★★★★
Buku ke - 13, 2012

(alamak! dah lebih setengah tahun tapi jumlah buku masih sikit!)

Saturday, July 21, 2012

Almari mu almari ku jua

7 comments
Beberapa bulan lepas

B: apa pasal almari awak sampai tak boleh tutup ni.
    mesti sebab baju banyak sangat ini.
    tapi yang peliknya tiap hari kata tak de baju nak pakai...

A: hehe...memang tak de baju nak pakai pun..kalau boleh nak pakai baju baru tiap hari

B: tak paham betul la...
    tak pe, kalau dah tak muat letak lah dalam almari saya
    baju saya sikit aje

A: oh, ok.. (sangat gembira)

Beberapa minggu lepas

B: almari saya dah penuh! sekarang dalam almari ni baju awak dah banyak dari baju saya.

A: hehe...ALMARI KU ALMARI KU, ALMARI MU ALMARI KU JUA..

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template