Friday, September 13, 2013

Feel good about yourself

0 comments


Perasaan hari ini

Jangan jeles ye :D


Wednesday, September 11, 2013

Miley Cyrus

2 comments
Wow, what a title! hehe (gempak aje)

I had my hair cut the other day.

Before that I'd asked my husband if I could have a very short hair - like a man style, and he said yes I could.

So when I was at the salon and the adik asked me of the style I wanted - I told her "make it short, like a guy"

And she said " are you sure? really short like I cut it until up your ears?"

And of course I said yes.

But she asked me again the same question! lol!

And I had to tell her "yes please and don't worry I have got my husband's permission" . Why did I have to tell her that? lol

Anyway, now my hair is very short and I am like;

"If my hair is platinum blonde, I think Miley Cyrus would surrender. I think I look way better than Miley Cyrus!"

hehe.

I'm loving my very very short hair, I think I look cute and my husband love it too.....well he loves me the way I am anyway huhu.

So, get out Miley Cyrus!!! :P

( feeling cute and feeling young entry :D )







Tuesday, September 10, 2013

Adam dan Hawa

0 comments
Aisya Sofea, 2006

Tidak disangka buku yang saya capai dari bilik anak saudara sekadar untuk memenuhi masa terluang semasa di rumah mak ini membuatkan saya berjaga satu malam. Hakikatnya saya tidak pun membaca buku ini semasa di rumah mak tetapi membawa balik ke rumah dan disimpan beberapa minggu sebelum terasa untuk membacanya. Tetapi tidak disangka akhirnya saya menghabiskan 3/4 buku dalam satu malam sahaja! Dan berakhir dengan mata yang sembab! :)

Buku ini bermula dengan biasa-biasa sahaja. Kisah seorang pemuda tampan, Am yang bekerja sebagai pilot yang cuba memikat seorang gadis yang bekerja sementara di sebuah Tadika. Pemuda tampan yang menjadi kegilaan ramai perempuan dan digambarkan sebagai "kaki perempuan". Si gadis pula, Ain digambarkan sebagai budak kampung yang manis tetapi naif. Dia sedang menunggu panggilan ke universiti. Di peringkat ini, cerita ini biasa-biasa sahaja - stereotype cerita Melayu - dan saya tidak serius membacanya pada mulanya.

Walau bagaimana pun selepas Am dan Ain ditangkap kerana "berkhalwat" - mereka sebenarnya telah dianiaya - sebenarnya episod ditangkap ini agak "over" pada pendapat saya sebab macam kurang kuat plotnya - apa-apapun selepas episod ini cerita menjadi menarik.

Cerita melayu ada kecenderungan untuk menjadi "mengada-ngada" dan bersifat stereotype yang menyebabkan saya bosan dan tidak berminat selalunya. Oleh sebab itu saya kurang berminat pada peringkat awal cerita kerana mengagak sesuatu yang stereotype akan muncul. Begitu juga dengan plot "tangkap basah" ini. Tetapi novel ini menarik perhatian saya selepas plot tersebut.

Walau Ain bersungguh-sungguh menerangkan situasi sebenar kepada pengawai agama yang "menangkap" mereka dan juga kepada ahli keluarga mereka yang datang selepas itu, Am pula tidak berusaha meyakinkan mereka. Akibatnya mereka dijatuhkan hukuman, dan mereka akhirnya dikahwinkan pada waktu itu juga. Kejadian ini menyebabkan Ain bersedih, menjerit menyatakan kebenciannya kepada Am dan dia terus melarikan diri ke kampung selepas itu. Mereka tidak berhubungan dan selepas mendapat tawaran belajar ke luar negara, Ain terus menerima tawaran tersebut.

Apa yang menarik minat saya adalah Ain yang terus-terusan tidak memaafkan Am dan juga sangat memarahi dan membencinya. Mereka tidak berhubungan langsung dan Ain tidak menganggap yang dia telah berkahwin. Ada beberapa plot di mana Ain ditemukan dengan Am, tetapi dia tetap menyatakan kebenciannya kepada lelaki tersebut. Malah Ain berkawan baik dengan seorang lelaki lain semasa pengajiannya.

Walau bagaimanapun Am yang sepatutnya kaki perempuan itu tidak menceraikan Ain sebaliknya setia menunggu Ain. Walau Ain membenci dan memarahinya, dia tetap bersabar dan menanti Ain sehingga bertahun-tahun. Perubahan Am menjadi lelaki penyabar ini juga menarik minat saya. Dan dia menunggu sehingga 8 tahun!

Pengakhiran cerita semua boleh agak tetapi untuk sampai ke akhirnya itu, jalan cerita agak menarik. Dan saya bersengkang mata sehingga 4 pagi sambil sekali-sekala kesat mata dan hidung hihihi... :D

Rupanya ada drama TV diadaptasi dari buku ini ye. Tengok gambar macam Aaron Aziz yang jadi hero - memang bertepatan lah rasanya...mamat tu memang segak...tapi tak ada minat nak tengok drama pun walau dah baca buku :P

★★★★
Buku ke 19, 2013

************

Oh ye, cerita ini menyentuh saya secara peribadi kerana suami sentiasa bersabar dengan saya. Dia seorang yang sangat penyabar. Dan kesabaran itu yang melenturkan saya. Betapa saya seorang yang bertuah memiliki dia.


*************

Thursday, September 5, 2013

7 Lovely Logics

0 comments
Jumpa ini tadi:

Sumber: www.PureMatrimony.com
menyedarkan saya dengan beberapa perkara.

Ye, ye, ye...semua dari 1 hingga 7...yep, yep, yep...

Terima kasih.

Friday, August 30, 2013

Tears of the Desert: A Memoir of Survival In Darfur

0 comments
Halima Bashir with Damien Lewis, 2008

Dr.Halima Bashir dilahirkan pada 1979, dalam keluarga Islam puak Zaghawa yang tinggal di daerah Darfur, kawasan padang pasir di barat Sudan. Bapanya salah seorang yang berada di kampungnya dan juga seorang yang mementingkan pendidikan. Oleh kerana keluarganya mampu untuk menanggung pengajiannya, Halima telah dihantar ke sekolah perempuan di bandar yang lebih besar iaitu di Hashma supaya masa depannya lebih cerah. Di Hashma, Halima tinggal bersama pakciknya kerana jarak rumahnya yang sangat jauh tidak memungkinkan dia berulang-alik dari kampungnya.

Penduduk Sudan adalah 70% berketurunan Arab dan selebihnya adalah kelompok etnik berkulit hitam (pribumi). Semasa penjajahan British, British telah memberi kelebihan kepada keturunan Arab sementara bangsa pribumi pula dibiarkan ketinggalan dari segi ekonomi dan pembangunan. Bandar besar dihuni oleh keturunan Arab dan mereka juga menguasai ekonomi. Malah,bahasa kebangsaan juga adalah Bahasa Arab. 97% rakyat Sudan adalah Islam.
(sumber rujukan: Wikipedia)

Berbalik kepada buku, Halima pertama kali merasai "layanan" berbentuk rasis semasa dia belajar di sekolah rendah di bandar Hashma. Di situ kebanyakan pelajar, guru, malah pengetua juga adalah dari keturunan Arab. "Layanan" pertama yang dirasainya adalah semasa melaksanakan tugas membersihkan kelas sebelum kelas bermula. Tugas pada pagi itu sepatutnya dibuat oleh Halima dan seorang rakan sekelasnya yang berketurunan Arab. Sepatutnya seorang membersihkan bahagian hadapan kelas dan seorang lagi membersihkan bahagian belakang.

Pagi itu, Halima datang awal untuk membersihkan bahagiannya tetapi rakan sekelasnya itu tidak juga muncul sehinggalah perhimpunan akan bermula. Cikgu yang menyedari sebahagian kelas masih tidak dibersihkan telah menyuruh Halima berbuat demikian. Halima cuba untuk menjelaskan keadaan tetapi penjelasannya langsung tidak didengari malah dia dituduh mengengkari guru dan juga tidak mahu membersihkan kelas.

Selepas itu Halima telah dipanggil menemui pengetua. Dia dimarahi dan disebat. Ini adalah kejadian pertama tetapi ia bukanlah yang terakhir. Banyak episod berunsur rasis yang berlaku di sekolah ini.

Walau bagaimana pun Halima tidak mahu kalah dalam pembelajarannya dan dia sememangnya pelajar yang pintar. Sepanjang beberapa tahun belajar di sekolah tersebut Halima sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang malah berjaya mengalahkan pelajar dari keturunan Arab.

Panjang sangat saya tulis kali ini. Hehe. Jadi elok dipendekkan ia.

Kisah Dr Halima bermula dari sejak kelahirannya di sebuah kawasan pedalaman sehingga dia menjadi doktor, doktor formal pertama untuk puak Zaghawa, setelah menghabiskan pengajian di Universiti Khartoum (Khartoum adalah ibu negara Sudan, dan kampung Halima terletak sangat jauh, 3 hari perjalanan dengan keretapi) Walau bagaimana pun, semasa pengajian di universiti pergolakan etnik semakin menjadi dan pihak kerajaan telah mewujudkan kumpulan penentang - pelajar universiti yang setuju penyertai kerajaan untuk menentang pemberontak akan dikira sebagai syahid dan boleh lulus tanpa menduduki peperiksaan.

Halima sedar yang itu semua adalah propaganda kerajaan untuk menghapuskan etnik pribumi yang telah ditindas di negara sendiri selama berpuluh tahun. Dia tidak menawarkan diri. Dia hanya berusaha belajar bersungguh-sungguh kerana dia ingin menjadi doktor seperti keinginan ayahnya.

Dipendekkan cerita semasa dia ditugaskan di bandar Hashma, peperangan antara kaum pribumi dengan Janjaweed ( bahasa Arab bermaksud lelaki dari puak keturunan Arab yang bersenjata dan menaiki kuda - Evil horsemen)  yang mendapat sokongan dari tentera kerajaan Sudan semakin berleluasa. Halima sendiri amat bimbang keselamatan keluarganya di kampung.

Pada satu hari, semasa bertugas di sebuah kampung, dia terdengar riuh-rendah kanak-kanak dan ibu bapa menjerit dan berlari ke arah hospital. Beberapa ibu bapa mendukung anak perempuan mereka yang masih kecil yang menangis meraung serta berlemuran darah. Rupanya Janjaweed telah datang dan mengepung sekolah tersebut dan telah merogol seramai 42 orang pelajar perempuan! Mereka menjerit dan meraung dan Halima dan rakannya cuba sedaya upaya merawat mereka.

Seorang guru perempuan yang juga telah dirogol telah menceritakan kejadian pada hari itu kepada Halima.

  "They were shouting and screaming at us. You know what they were saying? 
'We have come to kill you! To finish you all! You are black slaves! You are worse than dogs! Either we kill you or we give you Arab children. Then there will be no more black slaves in this country.'... 
.....Before they left, they spat on us and urinated on us,
' We will let you live so you can tell your mothers and fathers and brothers what we did to you. Tell them from us: If you stay, the same and worse will happen to you all. Next time, we will show no mercy. Leave this land. Sudan is for the Arabs. It is not for black dogs and slaves.'
Beberapa minggu selepas itu, pasukan dari UN telah datang ke klinik dan Halima telah menceritakan kepada mereka mengenai kejadian. Dia meminta mereka merahsiakan namanya. Walaubagaimana pun selang beberapa minggu selepas itu, Halima telah ditangkap....Dia juga akhirnya telah diseksa dan dirogol oleh Janjaweed.

Selepas kejadian rogol, Halima telah pulang ke kampungnya. Tidak berapa selepas itu kampungnya pula telah diserang. Walaupun dia dan ibu serta adik-beradiknya berjaya melarikan diri ke dalam hutan, ayahnya telah ditembak dan rumah mereka telah dibakar - seluruh kampung telah dibakar dan orang kampung telah dibakar hidup-hidup....

*******************************

Buku ini memang sungguh memberi kesan kepada saya. Tentu pembaca blog pun boleh faham setelah melihat betapa panjangnya review saya pada kali ini. Oh, reviewnya belum pun tulis lagi sebenarnya kan? Yang panjang semua tu adalah sinopsis buku! (Haha!) Tak pe lah...review tak penting..

Di bahagian belakang buku ada juga diselitkan soal-jawab Halima bersama Random House Reader's Circle. Antara yang menarik adalah:

RHRC: Is religion the issue in Darfur, or is race the real issue? Or is it, as some have claimed, access to natural resources?

Halima: It isn't religion; we are Muslims, as are those who were sent to attack us. It is race; there is an Arab-African elite in Sudan who treat black Africans like myself with terrible contempt. I saw this and experienced it and it is so horrible and cruel. It made me angry - especially as Africa is our original homeland. There is conflict over natural resources also - farmland, grazing, water, and, of course, oil.

Serta di bahagian belakang terdapat "Reading Group Questions and Topics for Discussion" yang sangat menarik pada pendapat saya. Contohnya kita boleh minta pelajar baca buku ini semasa cuti, dan selepas cuti kita boleh buat perbincangan menggunakan contoh-contoh soalan yang telah diberi. Sangat menarik....kalaulah saya boleh buat perkara yang sama di bilik kuliah....

Oh, penat dah nak tulis...

Buku ini memang sangat sangat menarik dan bermanfaat. Serta mengingatkan saya tentang pergolakan di Syria dan Egypt...juga kisah-kisah penghapusan etnik di tempat lain...

* Atas sebab keselamatan Halima Bashir telah menggunakan semua harta yang tinggal dan melarikan diri ke England. Dia sekarang tinggal bersama suami dan 2 anak lelakinya. Pada tahun 2010, dia telah menerima anugerah Anna Politkovskaya atas keberaniannya menceritakan tentang serangan kejam Janjaweed ke atas pelajar sebuah sekolah. Dia telah dijemput ke White House untuk menemui Bush. Gambar pada masa ini boleh dilihat di internet. Halima telah memakai pakaian tradisinya dan telah menutup mukanya - hanya sepasang mata sahaja yang boleh dilihat. Gambar dia yang lain pun semuanya lebih kurang sama. Selain atas sebab agama (mungkin), dia berbuat demikian untuk keselamatan diri dan keluarganya. Sampai sekarang dia tidak tahu apa yang berlaku kepada ibu dan adik perempuannya yang telah lari ke kem pelarian dan adik lelakinya yang telah menyertai kumpulan pemberontak kulit hitam Afrika.

★★★★★
Buku ke 18, 2013


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 56.

SEMOGA KITA DAPAT HIDUP AMAN SENTOSA, HORMAT MENGHORMATI ANTARA KITA WALAU BERLAINAN WARNA KULIT, MISKIN ATAU KAYA SERTA BERLAINAN KEPERCAYAAN. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template