Tuesday, July 15, 2014

The Nanny Diaries

0 comments
Emma McLaughlin & Nicola Kraus, 2002

Setelah membaca buku penyiasatan berturut-turut, terasa nak baca buku yang ringan, maka buku ini pun dicapailah.

Kisah seorang nanny, pelajar universiti yang buat kerja separuh masa menjaga anak lelaki orang kaya, Grayer yang berumur 4 tahun. Kisah menjadi drama apabila dia bukan sahaja perlu menjaga Grayer, tetapi perlu juga "menjaga" emak Grayer (Puan X) serta "terserempak" pula dengan kecurangan suami Puan X.

Buku ini juga telah difilemkan rupanya. Pelakonnya kakak yang berlakon cerita komik yang terkenal tu...yang ada Hulk, Iron Man, Thor, Captain America tu....ala lupalah pula... ;P


Saya rasa buku ini biasa-biasa sahaja. Kisah ringan.

Penutup pun biasa-biasa sahaja. Sebab dia kena pecat akhirnya tapi tak ada apa-apa efek kepada tuan rumah pun.Kalau saya lah, eloklah tambah drama lagi di situ. Bagi kesan sikit kepada tuan rumah yang cerewet itu. Hehe.

Mungkin filem lebih bagus? Tak tahu sebab tak tengok lagi :D

★★★
Buku ke 10, 2014



Wednesday, June 25, 2014

Wahai orang dewasa

0 comments

Memang tak boleh tahan (air mata) bila baca berita mengenai orang-orang yang teraniaya, terutamanya jika melibatkan kanak-kanak.

Kanak-kanak (atau yang berfikiran seperti kanak-kanak) bukannya boleh berfikir sendiri atau mempunyai kudrat yang mencukupi untuk mempertahankan diri sendiri atau mengelak kecelakaan.

Mereka memerlukan bantuan orang dewasa atau yang cukup sifat dan kudrat serta berakal fikiran yang waras.

Wahai, orang dewasa yang cukup sifat dan kudrat serta berakal fikiran yang waras, tolong lah....tolong lah lebih bertanggung-jawab dan berperikemanusian...tolong lah...

Nauzubillah min zalik

Semoga orang "dewasa" boleh berfikiran "dewasa" dan mempunyai sifat peri-kemanusian bagi mempertahankan dan menyelamatkan kanak-kanak sekurang-kurangnya sehingga mereka boleh mempertahankan dan menyelamatkan diri mereka sendiri.

Tuesday, June 3, 2014

The Sixth Man

2 comments
David Baldacchi, 2011

After alleged serial killer Edgar Roy is apprehended and locked away in a psychiatric unit, private investigators Sean King and Michelle Maxwell are called in by Roy’s lawyer—an old friend of Sean King— to look into the case. But their investigation is derailed before it begins: while en route to their first meeting with the lawyer, King and Maxwell discover his dead body. A rash of terrifying events begins to unfold and it is up to King and Maxwell to uncover the truth: is Roy a killer or not? But the more they dig into his past, the more they are bombarded with obstacles, half-truths, and dead ends that make filtering the facts nearly impossible. As each new theory brings a new revelation, King and Maxwell will be pushed to the limit. Could this deadly case be the one that leaves the duo permanently parted?

Ini kes malas tulis sinopsis sendiri :P

Anyway, ini buku pertama yang saya baca dari penulis ini. Jujur saya katakan di pertengahan cerita saya merasa seperti menonton drama bersiri mengenai dua penyiasat ini, Sean dan Michelle. Ia bukan perkara baik sebab terasa seperti "sudah biasa tengok". Tiada sangat elemen mengejutkan kerana seperti sudah biasa tengok cerita begini di TV.

Walaupun begitu, saya dapat mengesan satu "syak" yang tidak muncul-muncul walaupun setelah mereka "berjaya menyelesaikan" kes tersebut. Ia dapat membuatkan saya terfikir "oh perempuan ni memang betul innocent sebenarnya" sehinggalah beberapa muka surat terakhir. Jadi agak suspen juga di situ.

Serta satu watak lagi yang tidak disangka "jahat" atau "baik" - yang juga memberikan elemen mengejutkan. 

*************

Dari internet saya dapat tahu yang kisah Sean and Michelle ini telah dijadikan drama bersiri bertajuk "King and Maxwell" (Sean King dan Michelle Maxwell) tetapi cuma dapat bertahan satu musim sahaja kerana ia telah dibatalkan. Pelakonnya tidak kurang hebat dan seharusnya drama pun hebat sebab buku-buku karya penulis ini seperti semuanya mendapat sambutan hebat. 

Tetapi dibatalkan. Kenapa agaknya ye? :)




★★★★
Buku ke 9, 2014 

(tahun ini slow sikit nampaknya...kena cepatkan sikit pembacaan :)

Monday, June 2, 2014

Kalaulah lebih interaktif

2 comments

Kenapa komen di blof tidak interaktif ye.

Kan bagus kalau kita tahu bila orang tulis komen dan bila kita balas, orang pun boleh tahu.

Atau fungsi ni sebenarnya ada?

:D





Friday, May 23, 2014

モンスター

1 comments
百田尚樹(Hyakuta Naoki)、2012

Suatu hari semasa masih di sekolah tadika, Tabuchi Kazuko tersesat jalan bersama rakan sekelasnya yang bernama Eisuke. Mereka mencari jalan pulang sehinggalah hari menjadi gelap. Kazuko yang ketakutan mula menangis tetapi Eisuke memimpin tangannya dan memujuknya.

Kenangan ini yang disimpan oleh Kazuko bertahun-tahun. Dia menganggap Eisuke adalah hero di hatinya dan dialah juga cinta pertamanya. Eisuke berpindah sebelum masuk ke sekolah rendah dan dia tidak berjumpa Eisuke lagi selepas itu.

Kazuko, dilahirkan tidak cantik. Matanya sepet, giginya jongang dan pipinya lebar. Semasa dari kecil lagi dia dipanggil "bull dog" oleh rakan-rakan sekolahnya.

Semasa di sekolah menengah Eisuke pindah masuk ke sekolahnya. Dia kenal Eisuke dan pasti itu adalah Eisuke heronya. Tetapi Eisuke tidak mengenali dirinya. Walaupun begitu Eisuke tidak bersama-sama pelajar lain yang selalu mengejek Kazuko.

Eisuke pula membesar dengan segak dan salah seorang yang dikenali dan diminati pelajar perempuan.

Pada suatu hari Kazuko terfikir jika dia berjaya membuatkan Eisuke menjadi buta, tentu Eisuke akan mencintai dia kerana Eisuke tidak dapat melihat muka Kazuko yang buruk. Akibat terlalu mengikut perasaan, dia cuba meracuni Eisuke dalam percubaannya membuat Eisuke hilang daya penglihatan.

Walau bagaimanapun perbuatan dia disedari oleh rakan-rakan Eisuke, dan sejak kejadian itu, seluruh sekolah dan penduduk sekitar memanggilnya Monster. Ibu bapa dan kakak Kazuko menjadi malu dengan kejadian tersebut.

Sebaik tamat sekolah menengah, ibu bapanya menghalau Kazuko dari rumah: mereka akan menanggung pengajiannya sehingga tamat, tetapi dia mesti pergi jauh dan tidak pulang lagi ke rumah.

Kehidupan Kazuko di universiti di Tokyo juga tidaklah menyeronokkan. Dia menjadi bahan ketawa dan ejekan.

Pada satu hari, Kazuko terjumpa helaian iklan Plastic Surgery di bahagian mata. Dia terus nekad membuat pembedahan mata menjadikan matanya tidak sepet.

Sejak dari itu, hidup Kazuko hanyalah untuk menjadi lebih cantik dan cantik. Dan untuk itu dia menjalani pembedahan plastik berpuluh kali. Dan oleh kerana pembedahan plastik memerlukan wang yang banyak, Kazuko telah melibatkan diri dalam pelacuran.

Dia melacurkan diri untuk menjadi lebih cantik dan cantik.

*******************************

Bagaimana kisah selanjutnya?

Ha, nak tau, kena baca lah hehe.

*******************************

Penulisan buku ini sungguh real seolah-olah penulis buku menulis diari kehidupannya sendiri. Saya sampai tidak percaya yang penulisnya adalah seorang lelaki!

Setiap bahagian yang dibedah, ditulis dengan terperinci, seolah-olah mendengar sendiri kata-kata dari doktor bedah tersebut.

Begitu juga dengan kehidupan seorang pelacur. Ia juga ditulis dengan terperinci.

*****************************

Secara keseluruhan kira ok cuma saya kurang gemar pengakhiran cerita.

Dan, ia seperti membaca diari seseorang....

★★★★
Buku ke 8, 2014

******************************

Oh ye, Rupanya cerita ini juga telah difilemkan!

Dan saya baru sekejap tadi tengok trailer cerita tersebut.

Ada sedikit kelainan dari segi jalan cerita tapi wajah "buruk" Kazuko memang real :)

poster movie

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template