Friday, October 24, 2014

Sebelas Patriot

2 comments
Andrea Hirata, 2011

Saya memang suka Andrea Hirata. Saya suka penulisan dia yang sempoi. Dalam sempoi ada jenaka dan ada juga kesayuan. Mesti ada bahagian yang membuatkan saya tergelak, dan sudah pasti ada bahagian yang membuatkan saya mengalirkan air mata.

Penulisan dia memang terasa dekat di hati. Selain gaya penulisannya, mungkin juga disebabkan dia seorang Melayu dan beragama Islam. Jarang dengar orang Indonesia yang mengaku berbangsa Melayu. Sebenarnya dari karyanya Laskar Pelangi lah baru saya tahu ada orang Indonesia yang berbangsa Melayu. Dulu saya pernah baca yang Indonesia pun termasuk dalam Melayu Nusantara tapi bila tanya kawan-kawan Indonesia yang saya ada, semua kata mereka bukan bangsa Melayu tetapi bangsa Jawa. Jadi di karya penulis ini baru saya tahu memang bangsa Melayu wujud di Indonesia.

****

Cerita ini sama macam Laskar Pelangi, ia tentang Ikal dan kehidupannya. Di novel ini ia menceritakan tentang Ikal yang menjumpai sekeping photo lama ayahnya semasa remaja yang memegang sebuah piala.

Rupanya ayahnya dulu adalah seorang pemain bola yang sangat hebat di dalam pasukan kuli lombong timah di Pulau Belitong. Kehebatan ayahnya telah membuatkan pihak penjajah Belanda tergugat yang menyebabkan mereka menyeksa ayahnya sehingga tidak boleh bermain bola sepak lagi.

Mendengar kisah itu, Ikal bercita-cita untuk mengembalikan kegemilangan ayahnya dengan bersungguh-sungguh berlatih bola sepak

****

Kisah kepayahan hidup, kisah penjajahan, kisah kasih sayang....

Andrea Hirata sememangnya patut dihormati pada pendapat saya kerana dia adalah seorang penulis yang melalui zaman kemunduran, kemiskinan dan kepayahan sebelum berada di tempat dia sekarang ini. Dia salah seorang yang bernasib baik yang "terselamat" dari kesemua itu untuk menceritakan kepada kita kisah-kisahnya supaya kita dapat "merasa" sedikit keperitan itu, dan juga supaya kita dapat berkongsi mimpi-mimpinya, cita-citanya sebagai inspirasi dan motivasi untuk kita menjadi lebih baik dari kita yang ada sekarang.


★★★★★
Buku ke 13, 2014


*nota kaki*

Semasa mencari gambar buku ini di internet, saya dapat tahu yang buku Lasykar Pelangi telah dialihbahasakan kepada banyak bahasa ( 20 buah negara kalau mengikut Wikipedia ) . Saya cuba baca sikit yang dalam Bahasa Inggeris dari Kanada, dan memang masih bagus sama macam yang dialih ke bahasa Melayu. Jika terjumpa di mana-mana, saya nak beli lah. Oh, Bahasa Jepun pun ada! :)


Monday, October 20, 2014

Then Came You

0 comments
Jennifer Weiner, 2012

Jules Strauss is a Princeton senior on a full scholarship who plans on selling her “pedigree” eggs to help save her father from addiction.

Annie Barrow, a struggling Pennsylvania housewife, thinks that carrying another woman’s child will help her recover a sense of purpose and will bring in some much-needed cash.

India Bishop, thirty-eight (really, forty-three) and recently married to the wealthy Marcus Croft, yearns for a baby for reasons that have more to do with money than with love. When her attempts at pregnancy fail, she turns to Jules and Annie to make her dreams come true.

But each of their plans is thrown into disarray when Bettina, Marcus’s privileged daughter, becomes suspicious that her new stepmother is not what she seems . . .

****

Cerita ini berfokus kepada kehidupan 4 orang perempuan di atas. Yang menarik ialah setiap chapter hanya fokus kepada kehidupan seorang dari mereka, jadi tajuk setiap chapter adalah nama karakter utama cerita ini. Contohnya chapter pertama bertajuk "Jules" dan chapter kedua adalah "Annie" dan seterusnya. Pada mula-mula mereka diceritakan sebagai individu yang tiada kaitan tetapi semakin lama kita semakin nampak "titik pertemuan" mereka.

Masing-masing punya kisah masing-masing yang berlainan yang kebanyakannya berkisar kepada kewangan.Tetapi mereka akhirnya mempunyai satu persamaan iaitu, semuanya sayang dan jatuh cinta dengan bayi yang dilahirkan.

Cerita yang menarik tentang kehidupan. :)

★★★★
Buku ke 12,2014

Wednesday, September 24, 2014

Peel tak elok (1)

1 comments
Dari makan tengahari bersama rakan-rakan di kantin, saya lebih suka beli bungkus dalam polisterin dan makan depan komputer di bilik sendiri. Saya anti-social sikit agaknya ;)

Mungkin dah terbiasa masa di JAD macam tu.... Selalu dengan kawan-kawan Jepun kami keluar beli makan dan bawa balik, masing-masing makan mengadap komputer sendiri. Tak ada borak-borak. So saya tak berapa reti nak borak-borak dengan orang sambil makan.

Anyway, ini bukan nak cerita pasal tu.

Ini nak cerita pasal peel buruk saya.

Hari ini saya perasan yang setiap kali habis makan, saya akan mengadap komputer selama beberapa minit dengan membiarkan bekas polisterin terbuka di depan mata. Mungkin dalam 10 minit macam tu baru perasan bekas tu tak dibuang lagi dan mulalah bangun lap itu ini, bungkus itu ini dan bangun pegi buang sampah di dalam bakul sampah di luar bilik.

gambar hiasan :)

Dan semasa nak masuk ke bilik semula.... buka sahaja pintu bilik...... maka semerbaklah bau makanan tengahari saya tadi!!!!

Haiya, dah habis satu bilik bau lauk.

Ini kalau makan tempoyak ke petai ke lagilah kimochi warui semua orang yg masuk bilik saya (mujur tak makan makanan yang begini masa kerja hehe)

Anyway, sudah pasti siapa yang datang bilik saya dalam sejam dua selepas makan mesti akan bau lauk saya makan pada hari itu...

Maka, Peel tak elok ni haruslah diperbaiki

Mulai esok, pi buang sampah cepat2 jangan nak booooto depan komputer lama-lama...

Bilik kecil ku :)





Tuesday, September 23, 2014

Something weird about me

0 comments
Something weird about me is I don't mind having guest/observer in my class.

Though they may be Japanese (and I am teaching their language)

And I may make mistakes while using their language.


Yes, my Japanese language skills may not be perfect

In fact, it may be far far away from being perfect.

But I like what I am doing and I am enjoying my work.

And, I don't hesitate asking them (the guest) during their observation, if I get confused.

Although I am teaching Japanese Language, I am not a native speaker. Japanese language is not my mother tongue. So, mistakes are inevitable. ( At least I think they are inevitable :P  )

So, I don't mind having guest/observer in my class. And, I don't mind if someone points out my mistakes (after the class). I take it as a lesson - for me to be a better instructor

p.s: I am not good at English either. But when I feel like using English, I will just go ahead :D

Friday, August 29, 2014

Sok-sek Pulut Kuning terbantut

8 comments
Dah beberapa minggu nak makan pulut kuning tapi tak dapat juge. Tak tau nak cari kat mana ada jual dan sedap.

Sebab pulut kuning yang paling sedap ialah yang mak buat. Rupanya berkilat dan rasanya lemak masin. Kalau ada sambal ikan bilis yang mak buat juga memanglah umph! Tak perlu rendang bagai pun. Even dengan ikan goreng atau ikan masin pun dah cukup sedap kalau makan dengan pulut kuning yang baru masak. (sudah terliur)

Weekend baru ni, cuma balik satu malam, jadi untuk breakfast mak tanya nak makan apa, saya terjawab "nasi lemak" (sebab nasi lemak mak pun sangat sedap) lepas tu baru perasan kenapalah tak sebut "pulut kuning".... tapi saya berjaya menahan diri dari menyebut pulut kuning sebab kalau tersebut nanti mak akan buat juga. Tak sampai hati nak biar mak buat pulut kuning pulak. Mak memang macam tu. Bila anak balik sekali-sekala memanglah macam-macam yang dia nak buat. Dan kalau kita pula yang sebut, memanglah dia mesti nak buat walaupun kadang-kadang kita cuma cerita aje pasal makanan tu.

Ok, jadi tak dapat juga nak makan pulut kuning sedap.

*********

Bekas pelajar saya ada menjual rendang Dendeng. Saya tengok ramai juga pelanggan dia dan ada yang repeat order. Maka saya pun cuba order 1 kilo.

Dua hari lepas order pun sampai. Belum buka plastik pun sudah dapat baunya yang sungguh mengancam. Masa nak balik Ahad lalu, mak ada bekalkan durian pulut. Maka oleh kerana tak boleh tahan dengan bau Dendeng yang menggoda, saya ambil pulut yang mak bagi tu dan makan dengan Dendeng...... Sedapnyeeeee

Cuma itu pulut durian. Bukan pulut kuning.

*******

Maka misi pencarian pulut kuning haruslah diteruskan.

Well, dah tak ada, engkau buatlah sendiri kan?

Masalahnya saya tak pernah buat pulut kuning

Ok, tipu

Adalah sekali, sebab malas nak buat dalam kukus, jadi masak pulut dalam periuk dan masukkan santan. Pulut pun tak de nak rendam-rendam. Masak aje terus.

Maka tiadalah langsung ciri-ciri pulut kuning mak.

Maafkan anakmu ini yang pemalas.

******

Ok, sambung cerita

Yosh! Kali ni nak buat macam pulut kuning mak!

Ada Dendeng yang menunggu dalam peti ais yang menambahkan semangat

Semalam, bangun pagi lepas subuh, terus basuh pulut dan rendam dalam air beserta serbuk kunyit.

"Eh? nak buat apa tu?" tanya sang suami yang terkejut dengan "perubahan" si isteri. Apa hal dia ni pagi-pagi basuh beras bagai. Agaknya itulah yang difikirkan nya.

"Nak buat pulut kuning nak makan dengan Dendeng" bersemangat waja menjawab soalan

Perasan santan segera tak ada, so balik kerja nanti kena singgah kedai beli santan. Sorry mak, memang takkan jadi pulut kuning mak sebab mak pakai santan segar, kelapa kukur sendiri punya tapi anak mu ini pakai yang segera (mak saya tak iktiraf santan segera tu "santan" tau )

*****

Bagaimana rasa pulut kuning Has?

Hehe

Semalam tiba-tiba banyak kerja di ofis

Dan dapat khabar kawan baik yang sedang struggle dengan kanser, seperti kurang bagus kondisinya

Ditambah dengan kesesakan lalu-lintas ( wau, guna perkataan "kesesakan lalu-lintas" tu )

Maka, sampai rumah sudah tipis-tipis waktu maghrib. Solat dan bergegas (wau, guna perkataan canggih "bergegas") ke hospital.

Malam itu sampai ke rumah sudah dekat pukul 10 malam.

Pulut kuning yang terendam kelihatan kesunyian di situ.

Maafkan saya pulut.

Sudah lewat malam. Santan pun tak ada.

Tanya kawan apa nak buat dengan pulut tu. Boleh ke biar terendam sampai esok. Dia kata tos-kan dan simpan dalam peti. Ok.

Selamat malam pulut kuning terbantut ku.

Harap dapat jumpa lagi petang ini...atau malam ini...atau pagi esok.

Sabar ye :D

*******

Macam ni kena buat ye. Itulah masa mak buat tak nak tengok.... (gambar diambil tanpa kebenaran dari sini: http://www.tiffinbiru.com/2014/04/resipi-pulut-kuning-warisan.html)



******

Kudaranai hanashi deshita :D



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template