Tuesday, January 31, 2012

ほうれんそう

8 comments
Jika kita semak 「ほうれんそう」 di kamus, kita akan dapat maknanya  "SPINACH" (BAYAM).

ポパイはほうれん草を食べたら、強くなります。
(kalau ckp pasal spinach mesti teringat pada Popeye kan? :D)

itu lah ほうれんそう(ほうれん草)。

tapi di sini bukan lah saya nak bercakap pasal BAYAM.


「ほうれんそう」 yang saya maksudkan adalah singkatan dari gabungan 3 perkataan ini:

ほう→ほうこく (報告)
れん→れんらく (連絡)
そう→そうだん (相談)

apa dia ほうれんそう ini?
berikut adalah hasil google saya:

1) 企業でコミュニケーションの基本中の基本といわれるのが、「ほうれんそう」(報告・連絡・相談)だ

2)社会人になったら、報・連・相(ほうれんそう)で自分勝手な行動をとらないように心がけましょう。

3)「ほうれんそう」とは、報告・連絡・相談といった、業務を円滑に遂行するために、必要な一連の動作です。

4)「ほうれんそう」とは、職場における「報告」「連絡」「相談」を徹底することによって、組織の中で必要な情報がきちんと流れるようにしようという改善行動だ。

Ye, 「ほうれんそう」 ini adalah satu amalan komunikasi yang paling asas di syarikat Jepun. Ia bertujuan untuk memastikan informasi yang perlu telah disalurkan kepada pihak yang perlu supaya semua kerja berjalan lancar.

「ほう」 adalah 報告 iaitu "melaporkan"
「れん」 adalah 連絡 iaitu "menghubungi"
「そう」 adalah 相談 iaitu "membincangkan"

Tidak dinafikan "melaporkan", "menghubungi","membincangkan" ini adalah kerja remeh. Kadang-kadang kita tak terfikir yang sesuatu yang kita dapat tahu itu, adalah penting untuk dimaklumkan kepada orang lain. Kadang-kadang kita mungkin akan bertindak sendiri setelah "mendapat tahu" sesuatu perkara ataupun menghebahkan perkara itu bukan kepada saluran yang sepatutnya.

Akibatnya masalah timbul di tempat kerja. Tugas tidak dapat dilaksanakan kerana informasi tidak sampai atau lewat sampai dari pihak yang sepatutnya memaklumkan informasi itu. Disebabkan tidak dapat informasi, atau mendapat informasi di saat akhir, maka akan menyusahkan banyak pihak, kerana tugas tidak dapat dilaksanakan atau tugas dibuat "last minute".

Jadi apakah akibat dari kurang ほうれんそう ini?

Kredibiliti kerja kita dan tempat kerja kita akan diragui.



Sunday, January 29, 2012

Ombak Rindu

3 comments
Fauziah Ashari, 2002

Novel ini berkisar kepada......

Oh, rasanya tak perlu cerita lah kan. Bukan sahaja novel, movie pun dah ditayangkan. Siapa yang suka buku, mungkin dah baca buku, dan siapa yang tak suka baca, mungkin juga dah tonton movie. Saya sendiri? Belum tonton movie dan rasanya tak akan tonton kecuali bila satu hari pasang tv dan tv sedang siar cerita ni..mungkin lah tengok tapi untuk semata-mata pergi cari dan tonton tu mungkin tidak lah.

Tapi disebabkan beberapa bulan lepas banyak orang memperkatakan tentang movie ini, dan katanya berasal dari novel, saya pun jadi sangat tertarik untuk membaca novel. Jadi bila jumpa di MPH terus aje saya sambar tanpa baca sinopsis di belakang pun. Dan beberapa hari selepas itu, kebetulan di tv ada ditayangkan trailer movie itu....dan saya tengok...."eh, macam tau aje cerita ni!"...saya pun ambil buku dan baca sinopsis di belakang...."la...dah baca la buku ni..." (haha) Bodoh betul sebab beli tanpa tau yang saya sebenarnya dah baca....

Saya rupanya dah baca buku ini sebelum ini..kira-kira 10 tahun lepas, setelah dipinjamkan oleh rakan sepejabat. Dan saya ingat memang buku ini bagus. Memang dulu pun saya bergenang air mata dan pada kali ini pun saya bergenang lagi. (haha)

Jalan cerita yang bagus dan yang penting tidak mengada-ngada :)
(sedikit skeptikal dengan cerita melayu yang kadang-kadang ada watak mengada-ngada, cakap bahasa melayu campur-campur bahasa inggeris)

★★★★★
Buku ke 4, 2012

Wednesday, January 25, 2012

いろいろイロイロ

0 comments
集中力が続かない…

天井崩れと停電?

中級教科書は?

弁論大会は7月?

給料が減った?grr...

MyviかViva?新車か中古車?中古なら悲しむ?

教師募集要項のための求人情報は矛盾していないの?矛盾だよ…

転勤=引っ越し?

頑固で凝り性?



>>> これでも「悩みのない人生なんておもしろくない!」と言えるの?


あっ、しまった!
まだ歯を磨いていない!(笑)

いつもそばにいてくれる

自給自足をしています

10 comments
と言ったら、とんでもない誤解を招いてしまいます。

本当に大げさですが、

現在、野菜を栽培中です。

それも、またまた誤解を招いてしまう発言ですね。

実際、プチ栽培をしているだけです。

本当にプチです。

お母さんのおかげで。

Pada satu hari semasa mak datang ke rumah;
"Ni mak bawak pokok pandan ni dengan akar sekali, ambik pasu, letak air, tentu boleh hidup. Setakat nak makan sendiri aje tak payah pegi beli. Semuanya nak beli awak bukannya makan banyak sangat."

Dan ini adalah hasilnya: Setelah lebih setengah tahun, pokok pandan ini memang banyak berjasa.

Pandan ku sayang


Beberapa bulan selepas itu semasa di rumah mak:
"Ni mak dah siapkan pokok kucai. Bila nak guna potong sikit-sikit nanti dia tumbuh lagi. Setakat nak buat cekodok udang boleh guna...tak payah pegi beli".

Dan ini lah dia pokok kucai ku. Masih belum digunapakai tetapi masih bertahan....harap dia terus bertahan....

Kucai ku intan payung


Dan ini pula latest edition tanaman ku:

Semalam mak siapkan pokok ini sebelum balik ke KL.

"mak dah sediakan serai. harap boleh hidup lah. kalau ambil serai elok-elok. jangan ambil sampai kat akar. Sebelah tu mak letak ulam raja. nanti nak makan ulam senang.."

Serai ku wangi dan Ulam Raja hati ku
 (Ulam Raja kecil aje sebelah kanan tu)

Dan sebelum pulang mak ajak pegi nurseri untuk beli tanah baja. Kat situ saya ternampak pokok ini pula.

"mak, pokok ni boleh hidup tak mak?" sambil menunjuk kepada pokok itu.
"Jasmin, pokok ni boleh tanam dalam rumah?" mak bertanya kepada tuan nurseri.
"boleh, asal dapat cahaya matahari sikit, boleh hidup." kata Jasmin, tuan punya kedai.
"ok, nak cubalah! B, nanti B nak buat maggi boleh guna." kata A kepada Encik B.
"hehe ok lah tu." balas si Encik B.

Dengan ini semalam kami membawa pokok ini pulang juga:

cili ku garang :)
ということで、

自給自足というほどではありませんが、

これで、

好きなものを作るとき、不自由ではなくなります。

1) daun pandan untuk letak dalam Bubur jagung
2) serai untuk Sambal tumis
3) kucai untuk Cekodok udang
4) cili untuk Maggi Encik B yang pedas berasap.


昨日持って帰ったものは、ちゃんと育てられるか心配ですが、

愛情を込めて、育てたいと思います。(また大げさですね。まったく・・・)

プチ栽培を頑張っているくだらないことを書くのが好きなわたくしでした。

(笑)

メモ:「自給自足」(じきゅうじそく)とは、自らの需要を自らの生産で満たすこと。『広辞苑』
   "self-sufficiency"『ジーニアス和英辞典』

Tuesday, January 24, 2012

Inspector Singh Investigates: A Most Peculiar Malaysian Murder

0 comments
Shamini Flint, 2008

Chelsea Liew, seorang bekas model terkenal dari Singapura, telah dituduh membunuh bekas suaminya, Alan Lee, seorang mogul syarikat perkayuan yang berasal dari Malaysia. Sebelum Alan Lee dibunuh, mereka berdua telah bertelingkah tentang hak penjagaan 3 orang anak lelaki mereka sehingga kes telah dibawa ke mahkamah. Kes itu menjadi tumpuan semua setelah Alan Lee mengaku telah memeluk Islam dan telah mengislamkan ketiga-tiga anaknya yang menyebabkan kes itu tidak boleh lagi diselesaikan di mahkamah civil sebaliknya perlu dibawa ke mahkamah syariah.

Inspektor Singh, seorang pegawai polis dari Singapura telah diarah pergi ke Malaysia untuk memastikan Chelsea Liew diberi penghakiman yang adil.

Adakah Chelsea telah membunuh bekas suaminya itu? Bagaimana dengan hak penjagaan anak-anaknya?

Tarikan buku ini adalah
1) Karektor "hero" di buku ini tidak stereotaip - seorang polis veteren berbangsa sikh, perut buncit dan selekeh sahaja. Orang Singapura tetapi mempunyai keluarga yang menetap di KL.
2) Mahkamah Civil vs. Mahkamah Syariah - Kes merebut penjagaan anak keluarga bukan Islam. Tiba-tiba memeluk Islam supaya dapat penjagaan anak - menggunakan agama Islam untuk mendapat kemenangan.  Apabila ayah yang telah memeluk Islam itu tiba-tiba meninggal dunia, apa akan terjadi kepada anak-anak?
3) Singapura vs. Malaysia? Hubungan "dekat tetapi jauh"?

Memandangkan penulis adalah bekas peguam yang pernah bekerja di Malaysia, dari penceritaannya kita dapat gambaran tentang mahkamah, peguam, perlaksanaan undang-undang di Malaysia. Dan memandangkan Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama, dari cerita ini dapat juga gambaran tentang apa yang berlaku "di luar sana", di luar dari hidup orang biasa seperti saya. Juga pandangan orang luar tentang negara kita, politik dan pelaksana undang-undang negara kita.

Kisah menarik untuk dibaca.
 (Dihabiskan dalam masa 3 hari semasa cuti Tahun Baru Cina. Dapat tumpu kepada pembacaan sepanjang cuti adalah priceless! :)

★★★★
Buku ke 3, 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template