Thursday, August 2, 2012

Licik

0 comments
Sham Hashim & Julie Anne, 2012

Tertarik dengan novel ini sebab muka depan yang simple dan tajuk satu patah perkataan sahaja. Lagipun ia tidak seperti novel melayu yang lain. Maaf cakap lah, tapi saya memang "tidak boleh" kalau tengok muka depan novel yang "meriah" dan "berbunga-bunga" serta kalau baca sinopsis ada yang begini : "kenapa you buat I macam ni? Sampai hati you." "Taufiz adalah anak Tan Sri yang sangat kaya tetapi.." (semua ini rekaan saya sahaja tiada kena mengena dengan novel sesiapa :) Selalunya cepat-cepat saya letak semula bila terbaca yang seperti-seperti itu. Rasa lain macam. Kalau dalam Bahasa Jepun - 気持ち悪い(笑). Bukan saya kata ceritanya tak bagus, ada juga yang bagus bila terbaca atau pun yang disyorkan oleh kawan-kawan seperti cerita "Ombak Rindu" tu. Tapi itu lah, saya agak skeptikal dengan yang tipikal cintan-cintun-gaduh-gaduh-I-You novel Melayu.


Novel ini buat saya tertarik sebab cerita tentang penipuan. Kisah ayah dan anak perempuan yang hidup dengan menipu orang-orang kaya dengan pelbagai cara. Nampak "ganas" dan tidak cintan-cintun-mengada-ngada. 

Apabila dibaca, penggunaan bahasanya pun ringkas dan kemas serta jalan cerita juga menarik. Kisah tidak biasa-biasa tetapi mungkin ada berlaku di mana-mana.

 Cuma mungkin agak terlebih "ganas" pada saya. Maksud saya, novel ini tak sesuai untuk saya beri pinjam kepada anak-anak saudara atau pelajar-pelajar saya. Lagipun ada bahagian cerita yang membuatkan saya terfikir "perlu ke perkara ini ditulis dengan terperinci? kalau tidak ada pun, tidak akan mengganggu jalan cerita" dan "penulis buku ini orang Islam ke?". Contohnya, ada episod makan sambil minum wine - "kenapa bila masakan ini lebih sesuai minum wine ini tetapi bukan wine itu"- perlu ke menceritakan pasal wine secara terperinci? apa mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca melayu-islam seperti saya? adakah saya ketinggalan zaman?

Walaubagaimanapun perlu diberi kredit untuk garapan cerita yang tidak biasa-biasa dan tidak cintan-cintun. :)


★★★
Buku ke-15, 2012

Monday, July 30, 2012

Kampung Fried Rice ke-2

3 comments
Sebagai menambah koleksi nasi goreng kampung di hotel-hotel, ingin saya menceritakan mengenai nasi goreng kampung yang saya pesan pada hujung minggu lalu.

Hotel: Royale Bintang Resort & Spa, Seremban
Menu: Kampung Fried Rice  (nama tidak glamour)
Harga: RM22.00



Seperti yang saya tulis di entri yang lepas (Nasi Goreng Puteri Ayu), apa yang terhidang di pinggan adalah lebih kurang sama di kebanyakan hotel. Walaupun begitu sudah tentulah ada perbezaannya.

Bersama nasi goreng, turut dihidangkan 2 batang sate ayam, seketul ayam goreng garing, sebiji telur mata dan beberapa keping keropok. Berbanding Nasi Goreng Puteri Ayu (NGPA), sate ayam lebih besar dan kuahnya adalah lebih sedap dan keropok pula adalah keropok ubi yang lebih sesuai berbanding kerepek rempeyek NGPA.

Walaubagaimanapun nasi goreng agak kering dan tidak panas yang mengurangkan kualiti hidangan ini. Cuma mungkin kredit boleh diberi kepada hotel ini kerana menghantar set lengkap dengan air kosong (tidak diminta) serta garam dan lada sulah, malah hiasan daun-daun hijau segar dalam pasu kecil (tiada di gambar) juga disediakan sekali. Harga juga sudah tentu lebih murah dari NGPA.

★★★
Nasi goreng ke-2, 2012


Sunday, July 29, 2012

Got this

2 comments
This year FOR THIS DAY, I got this from Mr. B.



The "Kikkake" :

Walking habit during this year's Ramadan.

From 1st Ramadan, almost everyday, we walk about 3 km and finish right before Iftar.
Well, the person who WALK from start to finish is only ME.
As for Mr. B, he manage to run 2 or 3 round after walking 1 round with me.

And, as to encourage me (to ensure I commit with this practise),
he bought me this Skechers Women's Shape Ups Liv. 
( I chose the color though :) 
I think this is the sport shoes I'd ever "Love" because it is very light and comfy and fits me nicely.


To Mr. B : 毎度あり!(笑)

Saturday, July 28, 2012

Theodore Boone: The Abduction

0 comments
John Grisham, 2011

John Grisham memang terkenal dengan novel-novelnya yang berkisar kepada peguam, hakim, mahkamah dan pelbagai jenayah yang berkaitan. Memang selalunya novelnya dapat "International Best Seller" dan di rumah saya memang ada semua novelnya - kerana En B memang peminat tegar John Grisham - sehingga pernah dia membeli novel yang sama, walaupun saya kata dia dah pernah baca novel itu! Minggu lepas juga dia nyaris membeli sebuah lagi novel yang dia dah ada dan sudah pun membacanya. Nasib baik saya berjaya memujuk dia walaupun dia was-was. Yang pastinya apabila pulang ke rumah, saya dapat tunjukkan dia novel tersebut yang ada di rak: "ni tengok kan dah kata kita dah ada novel ni?"..."ak, sou ne.."katanya :D

Apa-apapun novel kali ini yang juga dibeli oleh En B, saya yang baca dulu sebab nampak macam menarik. Tetapi novel John Grisham kali ini sangat berbeza sebab "peguam" di dalam novel ini ada seorang pelajar gred 8 yang berumur 13 tahun bernama Theodore Boone!

Theo adalah anak tunggal kepada bapanya seorang peguam hartanah dan ibunya seorang peguam perceraian. Disebabkan dia dilahirkan dalam keluarga sebegini, dia memang menyukai segala hal mengenai undang-undang, peguam, hakim, mahkaman dan juga perbicaraan. Dia juga mempunyai sebuah "ofis kecil "yang dibuat khas untuknya oleh ibubapanya di syarikat perguaman mereka. Ibubapanya mempunyai syarikat perguaman Boone & Boone. Theo pula setiap hari akan singgah ke "ofis"nya selepas pulang dari sekolah.

Comelkan kisah ini? Sangat comel sebab dia sangat petah bercakap dan sangat rasional terhadap sesuatu. Berbanding rakan-rakan sebayanya, dia sangat diplomasi apabila berhadapan dengan sesuatu dan sentiasa membuat tindakan dan memberi nasihat mengikut undang-undang. Comel apabila rakan-rakan sebaya dan juga guru sekolah yang meminta nasihat dia perihal undang-undang. Theo juga ditulis sebagai seorang yang tidak berapa suka ke sekolah - dia sentiasa "berdebat" dengan ibubapanya - kenapa dia tak perlu pergi ke sekolah, sebaliknya dia perlu ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan. Perdebatan yang sudah pasti dia akan kalah. :)

Oleh kerana ini kisah "peguam" yang tidak bertauliah, maka kisah-kisah "jenayah" di novel ini pun tidaklah "berat". Sebab itu juga saya boleh baca dalam masa 2 hari sahaja. Kisah comel dan tidak memeningkan kepala. Saya suka ada peguam "comel" begini. 


★★★★
Buku ke-14, 2012

Tuesday, July 24, 2012

"Biawak" loghat Kedah

2 comments
Suatu petang sewaktu A dan B beriadah di taman.


B: Ak! Biawak! Biawak! (sambil menunjukkan ke arah kolam)

A: mana? eh- biawak ke tu? bukan ular?

B: biawak la...BiaAwak..BiaAwak..
   tau tak orang Kedah panggil BiaAwak tu apa?

A: ? (malas nak layan)

B: BiaAwak tu orang Kedah panggil BiaHang! BiaHang! BiaHang!

A: hahah--- tak lawak langsung!

B: dah kalau tak lawak buat pe ketawa?

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template