Thursday, October 3, 2013

The Lost Art Of Keeping Secrets

2 comments
Eva Rice, 2005

Oh buku ini sangat best. Saya tak sangka betul.

Semasa di jualan murah akhir tahun lepas, saya sudah penat sangat nak pilih jadi baca sinopsis pun "gitu-gitu" sahaja. Kulit buku pun bukanlah yang berwarna-warni yang menarik mata memandang.

Cuma saya berminat kerana ia kisah berkisar pada tahun 50-an. Mungkin menarik juga baca buku kisah zaman dulu...kisah gadis zaman tu mungkin menarik..rasanya ini lah yang saya fikir pada masa itu..

Penelope Wallace 18 tahun, tinggal bersama ibunya Talitha yang dikatakan antara perempuan yang sangat cantik dan menjadi janda pada usia yang masih muda (35 tahun) setelah suaminya (bapa Penelope) tewas di medan perang semasa Perang Dunia Ke 2. Adiknya Inigo, 16 tahun, adalah peminat fanatik Elvis Presley sebelum Elvis menjadi terkenal di British. Mereka adalah keluarga dari kalangan bangsawan yang tinggal di sebuah rumah agam yang besar, Milton Hall, yang telah dibina sejak tahun 1500an lagi.

Pada zaman kegemilangannya rumah tersebut pernah mempunyai lebih kurang 40 orang pembantu rumah. (Wow!) Tetapi malangnya semasa zaman perang, rumah itu telah diduduki oleh tentera yang menyebabkan ia tidak terjaga dan lebih separuh bahagian telah menjadi "bilik tinggal" atau "kawasan berhantu" kepada Penelope dan adiknya. Setelah ayahnya meninggal, cuma Penelope, Inigo dan ibu mereka, serta 2 orang pembantu rumah sahaja yang tinggal di sini.

Setelah perang dan setelah rumah itu "dikerjakan" tentera, serta kematian ayah mereka, mereka kehilangan punca pendapatan untuk menguruskan rumah tersebut. Kisah mengenai "tidak cukup wang" sentiasa menjadi topik perbualan di cerita ini...tetapi ini adalah "tidak cukup wang" keluarga bangsawan. Jadi dia punya standard tu berbeza la kan dari orang biasa.

Anyway, cerita ini adalah fiksyen tapi berdasarkan kehidupan pada masa itu, jadi bila saya Google, saya jumpa gambar Milton Hall yang sebenar:
wah, bayangkan duduk rumah macam ni? (sumber:wikipedia)
Kisah keluarga bangsawan yang tinggal di rumah besar dan rumah didiami tentera semasa zaman perang, mengingatkan saya pula kepada cerita TV terkenal British, Downton Abbey (cuma Downton Abbey berkisar pada zaman lebih awal iaitu 1912 - )

fesyen 50an (sumber: web) 
fesyen 50an  (sumber: web)
Penelope pada satu hari secara kebetulan berkenalan dengan Charlotte, seorang gadis yang ceria serta pandai bergaya dan berani. Charlotte memperkenalkan Penelope kepada ibu saudaranya Aunt Claire dan anak lelakinya Harry yang baru putus cinta dengan seorang gadis bangsawan dari Amerika.

Cerita ini menarik kerana memaparkan kehidupan gadis muda sekitar tahun 1950an yang pernah melalui zaman perang semasa remaja dan cuba meneruskan kehidupan selepas perang. Penelope dan Charlotte adalah peminat fanatik Johnnie Ray dan mereka sangat teruja setiap kali mendengar lagu penyanyi tersebut. Disebabkan saya tidak mengenali penyanyi ini, saya pun Google juga lah Johnnie Ray ni, dan cuba dengar satu lagu terkenal beliau di You Tube. Nampaknya dia sememangnya penyanyi terkenal pada zaman itu dan menjadi kegilaan gadis remaja.

Pada pendapat saya, pengarang cerita berjaya mencorak watak serta jalan cerita yang membuatkan kita terasa seperti berada pada zaman tersebut dan terasa seperti ingin "singgah" menikmati zaman 50an itu. Dan juga terasa seperti ingin berkenalan dengan Penelope dan Charlotte kerana mereka sememangnya gadis yang riang dan menikmati kehidupan seharian mereka.

Love it!

★★★★★
Buku ke 21, 2013


Monday, September 23, 2013

なんくるない(どうにかなるさ、大丈夫)

2 comments
Yoshimoto Banana, 2004

Nama Yoshimoto Banana ni dah lama dengar dan rasa seolah-olah pernah baca buku karangan beliau tapi bila tengok senarai buku, rasanya macam tak ada pun yang pernah dibaca. Kenapa ye? Mungkin sebab dia salah seorang pengarang terkenal di Jepun, jadi rasa macam pernah baca tapi sebenarnya tidak...

Buku ini mengandungi 4 buah cerpen dan semua cerpen mempunyai kaitan dengan Okinawa. Tajuk buku ini なんくるない Nankurunai, adalah perkataan loghat Okinawa yang bermaksud, どうにかなるさ Dounikanaru sa, iaitu, "(jangan risau) mungkin semuanya baik-baik sahaja" - oh, peliknya Bahasa Melayu saya! :)

Cerpen pertama bertajuk ちんぬくじゅうしい, ini pun loghat Okinawa yang bermaksud "Nasi Ubi" iaitu tajuk sebuah lagu (atau sajak, saya pun tak pasti) yang mungkin terkenal di Okinawa. Tapi ceritanya tiadalah kena mengena dengan lagu tersebut sangat. Cerita pertama adalah mengenai "Okinawa" kepada seorang kanak-kanak. Dia pernah melawat Okinawa bersama ibu bapanya sebelum mereka berpisah.

Cerita kedua bertajuk 足てびち, iaitu sejenis masakan menggunakan kaki babi yang terkenal di Okinawa. Cerita mengenai sepasang kekasih yang melawat kenalannya di Okinawa dan kenalannya itu memperkenalkan isterinya.

Cerita ketiga bertajuk なんくるない, iaitu tajuk buku ini, yang mengisahkan seorang wanita membawa diri ke Okinawa selepas berpisah dengan suaminya. Kisah bagaimana dia menemui cinta baru di Okinawa.

Sementara cerita keempat bertajuk, リッスン iaitu kisah seorang pemuda berkenalan dengan seorang remaja di pantai Okinawa.

Keseluruhan cerita tidak begitu menarik minat saya kerana perjalanan cerita agak perlahan terutamanya cerita yang pertama yang agak panjang sehingga hampir membuatkan saya berhenti membaca.

Walau bagaimana pun cerita kedua dan seterusnya agak menarik. Cuma secara keseluruhan, bukanlah corak penceritaan yang saya gemari kerana ia lebih banyak mengenai hati dan perasaan- manusia dan manusia. Kenapa saya tak minat cerita begini ye? Bukan ke dulu saya suka cerita begini? Adakah saya sudah berubah menjadi sedikit ganas? Hahaha!

★★★
Buku ke 20, 2013


Tuesday, September 17, 2013

Biskut Susu - Hari Paling Rajin

9 comments
Encik B - orangnya paling mudah dan senang di dunia. Makan minum pakainya tidak cerewet. Mungkin sebab arwah ibunya dulu bekerja - jururawat di sebuah hospital - jadi dia memang survival dari kecil lagi.

Dia boleh makan makanan yang sama berhari-hari. Ingat lagi masa saya tinggalkan dia setahun masa buat masters di Jepun dulu. Dia memang tidak rajin memasak. Tapi dia tak kisah makan yang sama. Seingat saya setiap kali saya tanya apa yang dia makan, kalau bukan dia makan megi aje kat rumah, dia akan kata, "nasi goreng kampung dengan telur dadar". Tiap hari boleh makan nasi goreng kampung dengan telur dadar!!!

Dia punya makanan kegemaran tidak banyak dan kalau ada pun semuanya yang simple aje.

Dan biskut yang paling dia suka adalah Biskut Susu.

Saya dengar cerita Biskut Susu ni dari dulu-dulu masa bercinta lagi.

Dia kata masa kecil mak dia ajar buat Biskut Susu. Sebab Biskut Susu sangat sedap dan cara nak buat pun senang, dia selalu aje buat sendiri. Sendiri buat, sendiri makan - masa kecil dulu.

Semenjak kahwin, ada la sekali dua pernah buatkan Biskut Susu ni bila dia sebut tapi agaknya adalah setiap 5,6 tahun sekali. Jadi saya memang tak ingat resipi. Dia pun ingat-ingat lupa sebab buat masa kecil dulu aje.

Jadi semalam masa dia sebut pasal Biskut Susu lagi saya pun cari resipi di Google.

Resipi memang sangat senang, tepung jagung, susu dan mentega aje. Sangat sangat senang.

Tapi masa cari resipi tu terjumpa la satu blog ini. Baca sahaja tulisan di blog tu saya pun tergelak besar. Encik B tercengang-cengang tengok saya gelak besar. Lalu saya pun bacakan lah untuk dia;

biskut ni, bukan saja menjadi kegemaran budak2, sesuai juga untuk org tua yg tak de gigi. hehehehe.....
(sumber:http://www.kongsiresepi.com/read/6786/0/)
Hahaha! Sebab biskut tu sangat lembut dan bila makan ia akan cair di mulut. Lagipun rasa susu kan, memang kegemaran budak-budak. Oh, besarnya gelak. Sakit hati aje En B tengok saya gelakkan dia. :D

Ok, so semalam saya buatkan dia Biskut Susu tu.

Dan memang sedap pun, tidak terlalu manis dan lembut. Dan yang paling penting untuk orang yang TIDAK RAJIN macam saya ini ialah: biskut ni senang sangat buatnya. Sangat-sangat senang sampai semalam saya buat Cheese Cake lagi sambil tunggu biskut dalam oven. Setiap 10 minit, biskut pun masak dan masukkan batch lain pulak dalam oven. Sambil tu Cheese Cake saya pun siap. Oh, ini Cheese Cake tanpa bakar sebab tu sangat senang dan sekejap aje siap. Hehehe!

So semalam adalah Hari Paling Rajin seumur hidup saya.

En B pun terkejut tengok saya rajin sangat sampai dia kata "macam Hari Raya lah!" hahaha! Hakikatnya bini dia ni tak pernah pun buat kuih raya seumur hidup. :D



Yang penting.......dia suka  *wink wink*


Friday, September 13, 2013

Feel good about yourself

0 comments


Perasaan hari ini

Jangan jeles ye :D


Wednesday, September 11, 2013

Miley Cyrus

2 comments
Wow, what a title! hehe (gempak aje)

I had my hair cut the other day.

Before that I'd asked my husband if I could have a very short hair - like a man style, and he said yes I could.

So when I was at the salon and the adik asked me of the style I wanted - I told her "make it short, like a guy"

And she said " are you sure? really short like I cut it until up your ears?"

And of course I said yes.

But she asked me again the same question! lol!

And I had to tell her "yes please and don't worry I have got my husband's permission" . Why did I have to tell her that? lol

Anyway, now my hair is very short and I am like;

"If my hair is platinum blonde, I think Miley Cyrus would surrender. I think I look way better than Miley Cyrus!"

hehe.

I'm loving my very very short hair, I think I look cute and my husband love it too.....well he loves me the way I am anyway huhu.

So, get out Miley Cyrus!!! :P

( feeling cute and feeling young entry :D )







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template