Keluarga saya dulu sederhana sahaja
arwah ayah pencen askar masa saya darjah 2
so kami balik kampung ke Pekan untuk bermastautin
dan hidup dengan duit pencen ayah
Walau hidup sederhana,
pasal makan kami cukup mewah
masa kecil saya memang pemilih makanan
kalau ikan tu
saya cuma makan ikan bilis, ikan tenggiri dan ikan selar kuning
tiga jenis ini aje..
sayur memanglah tak suka
tapi saya boleh makan nasi dan sambal ikan bilis sahaja
itu dah cukup sedap pada saya
jadi saya ingat mak selalu bekalkan makanan kegemaran saya ini
nasi+ sambal ikan bilis
tapi saya sangat tak lupa
mak mesti masak sambal ikan bilis
menggunakan ikan bilis yang mahal..
yang mesti rangup dan tidak keras
mak tak pernah guna ikan bilis murah yang keras
macam nasi lemak kantin...
dan saya masih ingat...
sampai saya hidup di asrama sekolah di Raub
pergi ke Kuala Lumpur masuk universiti,
pergi ke Jepun....
hidup dengan duit biasiswa...
bukan tidak cukup,
tapi tidaklah juga mewah
jadi
bila cakap pasal duit dan makanan pada mak..
mak mesti cakap,
"kalau nak makan, tak payah jimat-jimat"
"makan aje apa yang rasa nak makan"
"jangan jimat duit pada makanan"
itulah mak saya
walau hidup sederhana
dia pastikan kami dapat makan yang sedap
sehinggalah sekarang juge..
bila saya balik Pekan
mak pasti dah beli udang galah sekilo dua
dan ikan tenggiri..
dan sotong
penuh peti ais untuk kami..
Love you so much mum!
TRAVEL: 2 DAYS 1 NIGHT IN SINGAPORE (SHORT VACATION)
-
ASSALAMUALAIKUM
pas pelancong Singapura
Hujung minggu lalu, aku ke Singapura selama dua hari satu malam. Satu
keputusan yang agak tergesa-gesa tanpa berf...
6 years ago
6 comments:
sansei des...selagi x over2 mahal, makan je :D
jadi anak yang tinggal kat asrama memang best.. setiap kali balik bercuti,, pasti mak akan masak yang paling best untuk kita.. kalau kakak@abang jelous,, mesti akan cakap,, "tak apa lah,, adik ni jarang balik rumah.. so kena masak sedap-sedap".. best sangat time tu.. hu3
ummi pun kata perkara yg sama pd saya,kalau nk guna duit utk mkn, guna je lah..tp jgn sampai terlampau, cth everyday nak makan fast food ke...
:))
ryoshin saya slalu msk ikn patin tempoyak bila saya balik..:))
My parents pn same mcm sensei. If money should be spent on food, then its ok, don't hold back if u want to eat something... Jgn pegi tempt lain sudh...
to all ; sebab mak2 kita macam tu lah, ada nya kita seperti kita sekarang ni kan? :D
Post a Comment