Thursday, January 1, 2015

2014年の勝手にランキングを!

Waaaaaa sudah habis 2014!

Cepatnya masa berlalu!!!!

Nampaknya tahun 2014 bukan lah tahun yang produktif kepada saya.

Pertama kali saya tidak berjaya melepasi matlamat 25 buah buku setahun.

Apa yang saya telah buat pada tahun 2014?

Anyway, berikut adalah summary buku-buku yang telah dibaca pada 2014

****************

Jumlah buku yang dibaca: 20 buah

Bahasa Inggeris 8 buah

Bahasa Melayu 9 buah

Bahasa Jepun 3 buah

Kali ini juga tiada keseimbangan nampaknya. Buku bahasa Jepun terlalu sedikit. Tahun 2015 kena banyakkan buku Bahasa Jepun supaya ada keseimbangan.

*****************

Ok, berikut adalah ranking buku-buku yang telah dibaca pada tahun 2014:

1. Sebelas Patriot; Andrea Hirata, 2011

Buku ini kisah Ikal yang bercita-cita mengembalikan zaman kegemilangan ayahnya, iaitu bekas pemain bola sepak remaja handalan di daerahnya di zaman penjajahan.

Dalam banyak-banyak buku 5 bintang yang saya bagi pada tahun ini, terus saje saya letakkan buku ini di nombor satu tanpa ragu-ragu. Buku nipis dan sempoi tetapi sememangnya terlekat di hati. Saya suka penulisan Andrea Hirata yang sempoi, ada lawak dalam kesayuan.

2. Nemesis; Jo Nesbo, 2002

Antara karya Jo Nesbo yang sangat menarik. Saya sudah baca 4 karya Jo Nesbo di bawah siri Inspektor Harry Hole dari Skuad Jenayah, Oslo, Norway dan ini yang paling menarik.

Kisah Harry menyiasat rompakan dan pembunuhan di bank dan juga kisah dia cuba membuktikan yang dia tidak bersalah atas pembunuhan bekas teman wanitanya.

3. The Devil's Star; Jo Nesbo, 2003

Juga Jo Nesbo dan kisah Inspektor Harry Hole.

Kali ini dia menyiasat tentang pembunuhan bersiri - setiap mangsa dipotong satu jari dan ditinggalkan dengan sebiji permata berwarna merah dan berbentuk seperti bintang.

4. The Red Breast; Jo Nesbo, 2000

Jo Nesbo lagi!!!

Kali ini inspektor Harry Hole cuba menyelesaikan kes pembunuhan yang melibatkan seorang bekas tentera semasa Perang Dunia ke 2, dan juga pembunuhan bekas partner nya Ellen serta kaitan dengan laporan penyeludupan senjata merbahaya ke Oslo.

****

Buku-buku Jo Nesbo; Penyiasatan oleh Inspektor Harry Hole sangat menarik kerana penulis berjaya membuatkan kita tertanya-tanya hingga ke akhir cerita mengenai siapa penjenayah yang sebenar. Selain dari itu, karektor Harry Hole juga sangat menarik kerana dia digambarkan sebagai seorang inspektor yang lemah emosinya kerana selalu kalah dengan alkohol, tidak pandai mengambil dan menjaga hati orang lain tetapi sangat komited serta jujur dalam tugasnya.



Walau ditulis dengan ringkas, travelog ini sampai ke hati kerana ia menceritakan kisah seorang anak perempuan yang terpaksa melupakan zaman main-main seorang kanak-kanak biasa kerana perlu membantu ibu bapa untuk menjaga keluarganya sewaktu ibu bapa keluar bekerja. Dia menjadi "kakak yang besar" semasa masih di sekolah rendah lagi kerana perlu memasak, menjaga adik dan mencari wang perbelanjaan bagi meringankan beban ibu bapanya.

6. Hafalan Solat Delisa; Habiburrahman El Shirazy, 2009

"Delisa cinta umi kerana Allah"

Novel ini menceritakan secebis kisah sebelum, semasa dan setelah tragedi tsunami Aceh 26 December 2004, dengan memfokuskan kepada sebuah keluarga khususnya anak bungsu mereka iaitu Delisa yang berjanji dengan uminya untuk menghafal bacaan solat. Ia kisah sedih yang membuatkan saya mengalirkan air mata beberapa kali.


7. モンスター; 百田尚樹(Hyakuta Naoki), 2012

Kazuko, dilahirkan tidak cantik. Matanya sepet, giginya jongang dan pipinya lebar. Semasa dari kecil lagi dia dipanggil "bull dog" oleh rakan-rakan sekolahnya.Dia bercita-cita untuk menjadi cantik walau dengan cara apa pun jua. Dia bekerja keras dan membuat pelbagai kerja asalkan dapat wang membuat pembedahan plastik.



Kisah Charlie, 28 tahun, yang "hidup" dengan adiknya Sam, walaupun Sam telah meninggal dunia 13 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya.


9. The Sixth Man; David Baldacchi, 2011

Kisah 2 orang penyiasat persendirian yang menyiasat mengenai tuduhan pembunuhan "serial killer" oleh Edgar Roy yang ditangkap polis semasa sedang menggali mayat-mayat yang ditanam di bangsal rumahnya.


10. The Redeemer; Jo Nesbo, 2005

Kisah kali ini agak luarbiasa kerana ia menceritakan bagaimana penembak upahan telah tersilap menembak orang lain dan bagaimana dia cuba untuk menyelesaikan juga tugasnya walaupun dia menghadapi berbagai halangan. Inspektor Hole cuba menyiasat perkara ini dan selepas dia sedar yang penembak upahan telah tersilap, dia cuba mengelak pembunuh dari menemui sasaran sebenarnya di samping cuba menangkap pembunuh tersebut.

Kisah ini juga menarik kerana seperti novel-novel sebelumnya, Jo Nesbo selalu cuba mengaitkan kisah sejarah peperangan di Eropah, yang kali ini mengenai peperangan Vukovar yang melibatkan bangsa Serb dan Croat di wilayah Vukovar pada tahun 1991.


**********************

Inilah ranking 10 teratas untuk tahun 2014. Banyak buku Jo Nesbo yang saya dapat baca pada tahun ini yang saya beli cuma RM8 sebuah di BBW sale. Malah kebanyakan buku-buku kali ini saya beli di jualan murah tersebut. Sangat berbaloi!

Masih ada lagi beberapa buah yang masih belum dibaca yang kira-kira cukup untuk matlamat 25 buah pada tahun 2015 pula! ;)


Anyway, berikut pula adalah kedudukan 11- 20


11. 疾風ロンド ; 東野圭吾、2013

12. 僕のとてもわがままな奥さん; 銀色夏生、2010

13. Then Came You; Jennifer Weiner, 2012

14. Tergolek Hatiku Kerana Kamu; Imanisa Riana, 2014

15. The Nanny Diaries; Emma McLaughlin & Nicola Kraus, 2002



16. Sebongkah Batu Di Kuala Berang; Faisal Tehrani, 2011

17. Hiroshima Duka Sebuah Perang; Salleh De Ran, 2011

18. Biarawati Qaseh Puteri; Moh Dat Molok, 2010

19. Qaseh Puteri: Mengejar Bayangan Kasih Puteri; Moh Dat Molok, 2011

20. Stefa Isle; H.M Tuah Iskandar, 2003


Sekian, ringkasan ranking tahun 2014.

Kesimpulan?----> banyak juga buku yang bagus dan menghiburkan. Ada yang membuatkan saya tak tidur malam dan ada yang membuatkan saya ketawa mahupun menangis. Dan ada juga yang membuatkan saya melangkau beberapa muka surat atau baca sekali lalu sahaja ;)

Walaupun begitu sepatutnya boleh baca lebih banyak.


Bagaimana pula dengan anda?

Dan, bagaimana pula dengan 2015? ;)

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015

SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA.

2 comments:

Imran Azman said...

ハス先生!

良いお年をお迎えください。
ganbatte capai target tahun 2015. hehe

Has said...

Thanks Im!

Happy New Year to you too.

Gambatte jadi shachoo tahun 2015! ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template