Sunday, May 22, 2011

神様のカルテ

6 comments
夏川草介、2009年

Kurihara Ichito (栗原 一止) adalah seorang doktor perubatan muda yang sedang bekerja di sebuah hospital di luar bandar. Dia baru sahaja setahun berkahwin dengan Haruna (榛名), seorang jurugambar yang kecil molek tetapi sangat aktif ke berbagai lokasi penggambaran. Walaupun mereka sudah berkahwin, mereka jarang bertemu kerana kesibukan tugas masing-masing. Kurihara sensei sentiasa sibuk sehingga kadang-kala tidak tidur beberapa hari, atau tertidur di tempat kerja sebelum bermula shift berikutnya.

Apa yang menarik tentang cerita ini adalah watak doktor itu sendiri. Dia digambarkan sebagai seorang yang "agak pelik". Dia suka bercakap menggunakan perkataan lama. Contohnya, jika kalau biasanya kita gunakan 「しなければならない」, dia menggunakan 「しなければならぬ」 yang membuatkan dia seperti orang tua walaupun dia masih muda. Bahasa percakapannya dipengaruhi oleh novel lama, kerana dia adalah peminat setia Natsume Souseki (夏目漱石), seorang novelis terkenal Jepun pada suatu masa dahulu.

Dia menggelar doktor-doktor lain di hospital itu dengan berbagai nama. Contohnya, dua orang ketuanya digelar 大狸先生("Luak yang besar". Kerana sensei tu suka ketawa dengan kuat sambil mengusap perut besarnya) dan seorang lagi digelar 古狐先生("Rubah (musang) lama/tua". Berbeza dengan 大狸先生, 古狐先生 pula terlalu kurus sehingga jika berkerja atau bercuti tiga hari berturut-turutpun mukanya tetap nampak pucat.) Dia juga mempunyai seorang rakan sekerja, doktor bedah yang digelarnya 怪獣("Raksaksa") kerana berbadan besar serta hitam. Selain dari itu, dia mempunyai jiran yang agak pelik juga yang digelarnya 学士殿( "Encik Sarjana", 「殿」 adalah bahasa lama untuk "encik" ) dan 男爵("Baron" = taraf terendah dalam kedudukan bangsawan). Mereka juga mempunyai karakter masing-masing.

Kisah kesibukan tugas seorang doktor yang "agak pelik" tetapi sangat mementingkan kebajikan pesakit. Saya tersenyum sendiri dengan cara percakapan dia dan tersentuh dengan kebaikan hatinya. Saya suka dengan wataknya yang menggunakan bahasa lama itu dan saya rasa saya sudah sedikit terpengaruh :) Suka perbualan mereka suami isteri yang menggunakan bahasa lama dan isterinya yang menggunakan bahasa hormat(敬語), rasa seperti melihat movie zaman Edo.

Buku ini juga telah dibuat movie dan watak Kurihara sensei dilakonkan oleh 櫻井 翔 (Sakurai Sho, salah seorang anggota kumpulan "Arashi"). Harap dapat menonton movie juga suatu masa nanti. :)
Satu perkara lagi, penulis buku ini adalah seorang doktor!

★★★★★
Buku ke 10, 2011

(Sebenarnya buku ni dah habis baca sebelum カフーを待ちわびる lagi tapi masa tu agak sibuk untuk tulis blog. Untuk Papah yang menghadiahkan buku ini kepada saya, ucapan "Terima kasih manyak2!" :D)

Trailer movie ini:



*besok mula bekerja setelah seminggu Cuti-Cuti Malaysia :)

Friday, May 20, 2011

カフーを待ちわびて

5 comments
原田マハ、2008年

Akio (明青), berumur 35 tahun, cacat pada tangan kanan, masih bujang dan mempunyai sebuah kedai runcit di sebuah pulau kecil berdekatan Pulau Okinawa, Jepun. Dia tinggal bersama seekor anjing peliharaannya yang diberi nama Kafu (カフー adalah loghat Okinawa untuk perkataan 「果報」(かほう) yang bermaksud 「幸せ」 atau 「いい知らせ」). Pada satu hari dia menerima sepucuk surat dari seorang wanita bernama Sachi(幸). Dalam suratnya Sachi menyatakan yang dia telah terjumpa Ema (「絵馬」 -  papan kecil untuk menulis hajat yang digantung di Jinja (kuil).) yang ditulis oleh Akio dan bertanya jika Akio  benar-benar maksudkan apa yang ditulis di papan itu.

Semasa melancong ke sebuah pulau di utara Jepun beberapa bulan sebelum itu, Akio telah menulis hajatnya dan menggantungkannya di sebuah Jinja yang terkenal di situ. Hajat itu ditulis setelah didesak oleh rakan-rakannya, dan dia sekadar menulis dengan niat main-main sahaja.



Akio menulis;
 嫁に来ないか。幸せにします。
与那喜島 友寄明青

(Nak jadi isteri saya? Saya akan memberikan kebahagiaan.
Dari Tomoyose Akio, Yonakishima.)

絵馬 (papan menulis hajat)
Surat dari Sachi bertanyakan jika Akio benar-benar maksudkan apa yang telah ditulisnya itu kerana jika benar, Sachi sudi datang ke Yonakishima untuk menjadi isteri Akio.

Adakah Sachi benar-benar datang ke tempat Akio? Bagaimana kehidupan Akio selepas mendapat surat tersebut? 

Kisah cinta yang comel tetapi sedih, kisah sedih tentang kehidupan seorang anak yatim yang cacat dan ditinggalkan ibunya sejak kecil, kisah kehidupan penduduk di pulau kecil yang dahagakan pembangunan dan kisah kepercayaan dan adat resam penduduk di sebuah pulau kecil.

追加:
沖縄の方言を一つ習得した!それは、

「カフー、アラシミソーリ」=「幸せでありますように。」
(bunyi loghat Okinawa ni ada sikit-sikit macam bahasa Korea aje :D )

★★★★★
Buku ke 9, 2011


Buku ini juga telah dibuat movie dan jika ada peluang mahu juga menontonnya nanti.
Saya lebih suka baca buku sebelum menonton movie sebab jarang ada movie yang betul-betul mengikut buku asalnya (dalam movie nampak macam tangan kiri yang cacat). Lagipun buku boleh dibaca pada bila-bila masa di mana sahaja :D

Trailer movie boleh ditonton di sini.

*susah betul untuk menulis Bahasa Melayu yang betul. :(

Monday, May 16, 2011

To Sir With Love

8 comments
Baru lepas menonton filem ini, "To Sir With Love" di TV2. Filem yang ditayangkan pada tahun 1967 ini adalah sebuah filem British mengenai seorang guru (Sidney Poitier) yang baru mula mengajar di sebuah sekolah di bandar kecil yang mana pelajar-pelajar di situ adalah pelajar yang nakal yang tidak dikehendaki oleh sekolah lain.

Pertama kali saya menonton filem ini semasa saya masih kanak-kanak lagi. Saya masih ingat filem ini adalah salah satu filem kegemaran saya dulu. Bila saya dapat tahu yang TV2 akan menayangkannya pada malam ini, saya tidak mahu lepaskan peluang menonton sekali ini walaupun ia disiarkan lewat malam.

Kisah yang sentiasa segar walaupun berlatarbelakangkan suasana 60-an.
Juga lagu yang menyentuh perasaan.







Selamat Hari Guru kepada semua guru :)

**masih dalam pencarian**

Thursday, May 5, 2011

Istimewanya kerja saya

2 comments
Lupakan sekejap perkara muram tentang sibuk, penat dan tekanan.
Semua orang pun ada rasai perkara begitu bila berhadapan dengan kerja masing-masing kan?
Tapi tidak semua orang dapat rasai keistimewaan kerja saya.

Ya, kerja saya sangat istimewa.
Sebab saya dapat bersama anak-anak yang istimewa setiap hari.

Mereka pelajar yang sibuk setiap hari dengan jadual kelas yang padat.
Selain ujian hampir setiap hari, mereka juga terpaksa menyiapkan kertas laporan eksperimen yang tiada penghujungnya.
Tapi mereka tetap taat menghadiri kuliah..... walau kadang-kala tersengguk-sengguk di kelas.
Mereka tekun mendengar celoteh pensyarah.... walau entah betul-betul faham atau tidak.
Mereka tidak segan mengangkat tangan untuk menjawab soalan..... walau tidak pasti jawapannya betul atau salah.
Dan yang paling penting, dalam kesibukan mereka, mereka sentiasa ceria dan masih boleh berjenaka di kelas.

Hari ini kelas 『全力』 membuatkan saya tertawa besar!
Oh, rasa sangat lega bila dapat ketawa besar sekali-sekala :D

Ya, saya selalu "diselamatkan" oleh mereka.
Kepenatan dan kesibukan saya selalu "diselamatkan" oleh mereka.
Jadi saya sangat berterima kasih pada mereka yang memberikan saya "kebahagiaan" pada hari ini.

:)



Wednesday, May 4, 2011

独り占め

3 comments
またオフィスを独り占めにしています!
万歳!

って、あなたは本当は何を言いたいのですか?

こんなメッセージはフェースブックとかに書いたら、きっとだれかにやさしい声をかけられるでしょう。
がんばれ!とか、
ファイト!とか
すぐに来るでしょう。
フェースブックってそういう機能があるんですよね。
(わたくしは実はフェースブックを持っておりません。)

まあ、とりあえず、もう少しやります!
楽しい~!
楽しい~!

(^_^)V

実は…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template