Thursday, July 7, 2011

Lagi Best

5 comments
Mungkin ada orang yang tak suka iklan ni.

"Kata iklan kereta, mana keretanya?"
"Kenapa pula orang jerit-jerit, menari-nari.....tunjuklah kereta!"

Tapi pada saya, iklan ni sungguh berkesan.
Tak perlu tunjuk kereta pun sangat tapi saya suka tengok iklan ni
Tambah bila banyak kali keluar kat TV
Iklan yang ringkas dan  lirik lagu "catchy"
Sampai saya rasa dan terfikir dan tiba-tiba cakap pada husband
"apa kata kita tukar kereta ke Myvi baru ni?"
:D

Sunday, July 3, 2011

Cocktails For Three

4 comments
Madeleine Wickham (Sophie Kinsella), 2000

Saya memang suka karya Sophie Kinsella malah telah membaca hampir kesemua karyanya termasuklah yang saya pernah tulis di blog ini seperti Mini ShopaholicTwenties Girl, dan Remember Me. Watak dalam karya-karya beliau selalunya sangat comel dan lawak serta jalan cerita yang juga sangat menarik.

Walaupun begitu, novel kali ini adalah karya beliau yang menggunakan nama Madeleine Wickham iaitu nama sebenar beliau sebelum menulis menggunakan nama Sophie Kinsella. Saya tertarik untuk membaca novel  ini kerana terfikir mengapa beliau perlu menulis dengan nama lain sedangkan dia memang sudah terkenal sebagai Sophie Kinsella dengan karya-karyanya seperti beberapa siri "Shopaholic", "Can You Keep My Secret" yang memang saya sangat suka dan juga buku-buku yang saya pernah tulis di blog ini.

Rupanya novel oleh Madeleina Wickham ini tidak seperti novel oleh Sophie Kinsella yang lebih ringan, lawak dan bersahaja. Novel oleh Madeleina Wickham lebih berkisar kepada drama kehidupan, terutamanya kehidupan wanita.

Novel Cocktails For Three mengisahkan kehidupan 3 orang sahabat baik:
Roxanne yang glamor, mempunyai keyakinan diri, mempunyai kekasih seorang lelaki berkahwin. Hubungannya dengan lelaki ini tidak diketahui orang rakan-rakan baiknya.
Maggie pula seorang Editor majalah yang sangat berkebolehan dan berkaliber dan sedang mengandung anak pertama. Dia sangat risau samada dia boleh menjadi ibu yang bagus seperti dia sebagai seorang Editor.
Candice pula seorang yang baik hati dan jujur tetapi mempunyai masa lalu yang sentiasa menghantui dia.
Sahabat- sahabat baik ini sering berkumpul bersama di sebuah bar untuk menikmati cocktail.

Walau bagaimanapun hubungan persahabatan mereka diduga setelah pertemuan dengan seorang waitress yang baru bekerja di bar itu pada satu hari. Candice yang sentiasa mempunyai perasaan bersalah cuba untuk menebus kesalahan masa lalu nya....Roxanne yang menyimpan impian untuk mengahwini kekasihnya...Maggie yang bersusah payah melaksanakan tugas sebagai ibu...

Siapakah waitress yang mengubah persahabatan mereka itu. Adakah hubungan persahabatan mereka akan bertambah baik atau sebaliknya.

★★★★
Buku ke 13, 2011


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR JAD 2011-2012.
TIDAK LUPA JUGA KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR JAD YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN DI JEPUN.
皆さんの辞書には「あきらめる」という言葉が存在していないはずです!:)


Saturday, July 2, 2011

素朴な疑問・・・助けて!

9 comments
kenapa bila blogspot address bertukar, blog saya tidak paparkan post selepas dari pertukaran address tu? contohnya blog lupiey (maaf guna lutfi sebagai contoh hehe), saya rasa lepas lutfi tukar blogspot address dia recently (kan?), saya tak dapat update dari blog dia selepas dia tukar address tu. latest entri dia terhenti setakat sebelum tukar address tu. dan perkara sama juga terjadi kepada beberapa blog orang lain.

どうすればいい?

LATEST: masalah di atas seperti sudah dapat diselesaikan... sudah dapat update blog lutfi. lepas ni kena cuba sekali lagi untuk blog izzati pula :)
             大変お騒がせいたしました。m(-_-)m     (14:45, 2/7/2011)

Di bawah adalah gambar selingan :P

































明日は映画でも見に行こうかな・・・
Happy Weekend! :)

Tuesday, June 28, 2011

Rayyan Fantasi

6 comments
Ramlee Awang Murshid, 2011

Ini karya yang entah ke berapa dari penulis yang sama yang saya telah baca. Saya gemar membaca buku tulisan beliau kerana selalunya ceritanya "tidak biasa" dan tidak juga terlalu berat. Karya misteri fiksyen yang tidak membosankan, kadang-kala mempunyai elemen sejarah serta selalunya mempunyai unsur keagamaan. Dan yang paling penting bukan kisah cinta "stereotype" yang membosankan. Tiada juga ayat-ayat mengada-ngada, campuran penggunaan Bahasa Melayu dan Inggeris dalam perbualan.

Kali ini ia mengenai 2 beranak, Ibrahim dan bayi lelakinya, Aiddin yang tiba-tiba muncul di halaman rumah seorang tua dan anak perempuannya. Lelaki tua itu yang merasa kasihan kepada 2 beranak ini akhirnya menumpangkan mereka di rumahnya. Mereka akhirnya menetap di situ sehingga Aiddin menjadi dewasa. Ibrahim pula mempunyai satu tabiat iaitu selalu berada di luar rumah pada waktu malam sambil merenung angkasa.

Setelah Aiddin disahkan menghidap barah otak dan hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup, dia berhajat untuk mendaki gunung Kinabalu sebagai salah satu hajat sebelum mati. Semasa dia dan rakan-rakannya mendaki gunung tersebut, dia tiba-tiba hilang dan terus tidak dapat dijumpai sehingga terpaksa diisytiharkan mati. Walaupun begitu, Aiddin muncul semula 5 tahun setelah kejadian tersebut. Setelah itu juga beberapa kejadian pembunuhan berlaku.

Siapakah sebenarnya Ibrahim dan Aiddin? Kemana hilangnya Aiddin selama 5 tahun itu? Apakah kesudahan cerita ini?

Hehe, kena baca la...
:D

★★★★
Buku ke 12, 2011

Tuesday, June 21, 2011

純平、考え直せ

5 comments
Okuda Hideo, 2011

Buku tentang Junpei(純平), berusia 21 tahun, seorang bekas samseng remaja yang baru masuk geng yakuza di Kabuki-Cho. Memandangkan dia baru sahaja menjadi yakuza, antara tugas hariannya adalah menjadi pemandu kereta Aniki(兄貴=panggilan kepada abang senior yang menjadi bos atasnya) dan sentiasa mengikut aniki ke mana sahaja. Di masa lain, dia terpaksa menjadi penjaga telefon, membersihkan pejabat mahupun mencuci tandas pejabat yakuzanya.

Dia sangat menghormati anikinya dan bercita-cita besar menjadi yakuza terkenal di Kabuki-Cho. Dia juga mempunyai ramai peminat di kalangan perempuan kabaret serta pelacur di Kabuki-Cho kerana wajah keanak-anakannya.

Pada satu hari, Junpei diarahkan oleh Oyabun (親分=panggilan untuk bos tertinggi sesuatu geng yakuza) untuk membunuh seorang ahli yakuza dari kumpulan lain. Junpei sangat teruja untuk membuktikan kebolehan dirinya dan merasakan tugas itu sebagai satu penghormatan besar. Sebagai upah, dia diberi duit 100,000 yen (=RM3500, wang yang sangat banyak bagi seorang yakuza baru) untuk dibelanja sesuka hati dan 3 hari cuti sehingga hari yang dia sepatutnya melaksanakan tugasannya itu.

Berbagai perkara berlaku semasa cuti 3 harinya itu. Oleh kerana Junpei terlalu teruja dengan tugasnya, dia telah tercerita perkara itu kepada seorang perempuan yang baru dikenalinya. Perempuan itu pula tanpa kebenaran Junpei, telah menghantar cerita itu ke sebuah forum di internet dengan tujuan untuk meminta tolong orang ramai untuk memujuk Junpei supaya tidak meneruskan niatnya.

Kisah Junpei menghabiskan masa 3 hari cutinya dan kisah forum di internet mengenainya.

Adakah Junpei meneruskan niatnya? Bagaimana reaksi orang ramai terhadap cerita di forum itu?

Satu respon dari orang ramai yang kelakar pada pendapat saya:

<<249  純平さん。わたしは中2の女の子ですが、人を殺すのはよくないと思います。それは誰にでも生きる権利があるからです。殺生が許されるのは、食べるためだけです。だから、殺したら食べてください。 byイルカ中2年A組  >>

<<249  Junpei. Saya pelajar perempuan tingkatan 2. Pada pendapat saya, kita tidak patut membunuh orang kerana semua orang berhak untuk hidup. Pembunuhan benda hidup hanya dibenarkan jika untuk dijadikan makanan. Oleh itu, silalah makan jika anda membunuhnya.     Dari, Ikan lumba-lumba, tingkatan 2A>>

:)

★★★★
Buku ke 11, 2011.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template