Saya memang suka karya Sophie Kinsella malah telah membaca hampir kesemua karyanya termasuklah yang saya pernah tulis di blog ini seperti Mini Shopaholic, Twenties Girl, dan Remember Me. Watak dalam karya-karya beliau selalunya sangat comel dan lawak serta jalan cerita yang juga sangat menarik.Walaupun begitu, novel kali ini adalah karya beliau yang menggunakan nama Madeleine Wickham iaitu nama sebenar beliau sebelum menulis menggunakan nama Sophie Kinsella. Saya tertarik untuk membaca novel ini kerana terfikir mengapa beliau perlu menulis dengan nama lain sedangkan dia memang sudah terkenal sebagai Sophie Kinsella dengan karya-karyanya seperti beberapa siri "Shopaholic", "Can You Keep My Secret" yang memang saya sangat suka dan juga buku-buku yang saya pernah tulis di blog ini.
Rupanya novel oleh Madeleina Wickham ini tidak seperti novel oleh Sophie Kinsella yang lebih ringan, lawak dan bersahaja. Novel oleh Madeleina Wickham lebih berkisar kepada drama kehidupan, terutamanya kehidupan wanita.
Novel Cocktails For Three mengisahkan kehidupan 3 orang sahabat baik:
Roxanne yang glamor, mempunyai keyakinan diri, mempunyai kekasih seorang lelaki berkahwin. Hubungannya dengan lelaki ini tidak diketahui orang rakan-rakan baiknya.
Maggie pula seorang Editor majalah yang sangat berkebolehan dan berkaliber dan sedang mengandung anak pertama. Dia sangat risau samada dia boleh menjadi ibu yang bagus seperti dia sebagai seorang Editor.
Candice pula seorang yang baik hati dan jujur tetapi mempunyai masa lalu yang sentiasa menghantui dia.
Sahabat- sahabat baik ini sering berkumpul bersama di sebuah bar untuk menikmati cocktail.
Walau bagaimanapun hubungan persahabatan mereka diduga setelah pertemuan dengan seorang waitress yang baru bekerja di bar itu pada satu hari. Candice yang sentiasa mempunyai perasaan bersalah cuba untuk menebus kesalahan masa lalu nya....Roxanne yang menyimpan impian untuk mengahwini kekasihnya...Maggie yang bersusah payah melaksanakan tugas sebagai ibu...
Siapakah waitress yang mengubah persahabatan mereka itu. Adakah hubungan persahabatan mereka akan bertambah baik atau sebaliknya.
★★★★
Buku ke 13, 2011
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR JAD 2011-2012.
TIDAK LUPA JUGA KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR JAD YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN DI JEPUN.
皆さんの辞書には「あきらめる」という言葉が存在していないはずです!:)
4 comments:
i love Sophie too! :)
試験頑張ります。:)
yana@ desu yo ne :D
beefa@ sono choushi! :D
ganbarimasu sensei!
tak sabar nak baca konkai punye novel ^^,
Post a Comment