Pada pukul 6:45 pagi, 16 April 2012 saya telah bertolak dari rumah untuk ke KLIA seterusnya menaiki kapal terbang pukul 8:40 pagi ke Kuala Trengganu.
"flight pukul 8:40? pagi nye! buat apa pegi pagi-pagi buta (over sikit reaksi) ke trengganu tu?
interview kan start hari selasa!" keluhan saya yang sudah semestinya hanya dilemparkan kepada diri sendiri sahaja selepas dapat tahu jadual kapal terbang tersebut :D
Apa-apapun kami berempat, saya, Dr.Takatsu, Jawariah dan Ratna dari YPM telah selamat sampai ke Primula Beach Hotel di Kuala Trengganu pada kira-kira pukul 10 pagi pada hari tersebut.
Oh ye, ada saya sebut yang sesi temuduga bermula pada 17 hb iaitu keesokan harinya kan?
Jadi apa nak buat dari 10 pagi hari yang sampai itu sehingga pagi 17 haribulan?
Setelah check-in, saya menunggu pukul 11 pagi untuk order room service - nasi goreng kampung. Nasi goreng kampung di hotel di Trengganu ni rasanya lebih mahal dari kebanyakan hotel yang saya biasa bermalam. Harganya RM 30! Saya rasa selalunya di hotel lain yang biasa saya bermalam iaitu di Melaka atau Seremban ianya lebih murah.
Selepas itu tanpa disedari saya telah tertidur (macam Sumo pula, lepas makan terus tidur..untuk ternak lemak). Saya terjaga beberapa minit sebelum pukul 3 dan terus bangun dengan 2 niat:
1) nak pergi spa untuk berurut atau buat rawatan muka
2) nak makan aiskrim
Setibanya saya di spa yang terletak di tingkat 1 hotel, saya telah dilayani dengan sangat baik dan peramah oleh beberapa orang staf spa - sebab mereka tiada pelanggan lain pada masa itu. Disebabkan layanan baik dari mereka saya telah memilih untuk mendapat perkhidmatan "Relaxing Massage" selama 45 minit seterusnya membuat rawatan muka "Purifying Facial Treatment" selama 70 minit. Sungguh seronok bila badan diulit dan muka dirawat - rasa macam mak datin sahaja yang kerjanya menghabiskan masa di spa. hehe.
Selepas itu saya meneruskan niat yang ke-2 iaitu membeli aiskrim, juga biskut, juga kerepek, juga coklat, juga pepsi dan membawa pulang ke bilik.
Kira-kira pukul 7 malam saya mendapat penggilan telefon dari Ratna yang mengajak saya "jalan-jalan cari makan". Saya teruja juga untuk JJCM tapi bila berfikir dua kali - setelah sebungkus kerepek, se-tin pepsi dan sebatang aiskrim - saya terpaksa menolak jemputan tersebut. "Ajaklah Takatsu pergi" itu pesanan saya kepada mereka. Mungkin mereka akan fikir yang saya ini tidak mahu bersosial...
Sesi temuduga pagi pada 17 haribulan (hari ini) bermula pada pukul 8 pagi di mana peperiksaan bertulis diadakan selama 30 minit sebelum temuduga. Tapi sayangnya cuma 5 orang sahaja calon yang datang dari 12 orang yang "berjanji" untuk datang. (Oh, baguslah selepas temuduga 3 orang calon (sebab ada 2 bilik temeduga), kerja sebelah pagi pun telah selesai.)
Sesi sebelah petang pula dihadiri oleh 7 orang pelajar sahaja menjadikan jumlah pelajar yang hadir cuma 12 orang, hanya separuh dari jumlah yang telah "berjanji" untuk datang.
Bagi kami para penemuduga, tidaklah terasa apa-apa tentang jumlah ini. Jika yang datang sedikit itu semuanya layak dan sangat berminat untuk masuk JAD, kami sudah cukup gembira - daripada ramai tetapi tidak layak atau tidak berminat. Alhamdullilah semua calon yang hadir memang mempunyai keputusan SPM yang sangat hebat, dan hasil temuduga hari ini juga sangat baik.
Cuma yang dikesalkan adalah makanan yang telah disediakan oleh pihak hotel dan dibayar oleh YPM, telah tidak termakan. Rasa sayu melihat mee hoon yang tidak luak, masih dalam keadaan membumbung. Rasa kesal melihat kuih-muih yang terhidang tanpa disentuhi. Pihak YPM telah menyediakan minuman ringan untuk pelajar serta ibubapa, tetapi malangnya cuma separuh dari pelajar yang "berjanji" itu datang dan ibubapa pula kebanyakannya menunggu di lobi hotel - tidak datang ke kawasan temuduga di mana minuman telah disediakan.
Kami para penemuduga dan urusetia sudah tidak cukup perut lagi nak menyumbat makanan-makanan tersebut.
"Takatsu sensei makanlah lagi (ditutur dalam bahasa Jepun)"
bila ditegur begitu, Takatsu sensei dengan muka berkerut sambil tangan menyapu perut telah berkata
"dah tak daya lagi" (juga dalam bahasa Jepun) tetapi reaksinya telah dapat difahami oleh semua yang tidak faham Bahasa Jepun. :)
Sebelum beredar, mereka bertanya, "malam ni sensei nak ikut kami keluar? (makan)"...oh, pertanyaan yang ditanya sebaik sahaja saya menghabiskan 6 ketul roti +kari ayam, satu potong kuih ala-ala seri muka (tp warna coklat dan rasa lain) dan sepotong kuih sagu+kelapa itu yang seperti terlupa diletakkan gula - semuanya atas dasar "sayang".
"oh, sekarang kenyang...."
"ala kak has bukan macam kita orang malam-malam lapar cari makan.."
Oh, kalau saya tolak lagi mesti sah-sah mereka akan cop saya sebagai anti-social.
"macam ni la, you all call lah kalau nak keluar"
Dan macam semalam saya telah tambahkan ayat ini:
"you all nak keluar nanti ajaklah Takatsu tu"
(betapa saya seorang yang sangat mengambil berat) hehe.
 |
| kuih sagu+kelapa yang kurang manis dan kuih yang nampak macam seri muka tp bukan |
 |
| roti tidak berjala dengan kari - sangat sedap |
Besok pun mesti ada banyak makanan tak habis....