Saturday, March 30, 2013

Aku Bercerita

2 comments
Ramlee Awang Murshid, 2013

Sinopsis di belakang:

"Seorang pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writer's block melanda....."

Saya terus capai buku ini atas nama Ramlee Awang Murshid sahaja tanpa membaca sinopsis atau membelek beberapa muka surat pun!

Tetapi, sejujurnya, buku ini menghampakan saya.

Buku ini adalah gabungan beberapa cerita pendek karya pengarang, yang disinambungkan dengan satu watak "aku" iaitu pengarang yang bermasalah writer's block itu.

5 cerita pendek;
1. Bunian
2. Culik
3. Cinta Matiku
4. Sang Kancil
5. Cut

Dalam kelima-lima cerita ini, mungkin Bunian yang paling menarik, diikuti dengan....mmm...susah sebab pada saya tiada kekuatan dalam cerita-cerita yang lain.

Cerita Bunian pun pada mulanya membuatkan saya teringat cerita "The Village", yang diarahkan oleh M. Night Shyamalan pada tahun 2004. Mujur juga penulis berjaya menambah originaliti dan membuat sedikit kejutan di akhiran cerita. Juga cerita begini mempunyai sedikit persamaan dengan karya "Sunan" beliau yang sememangnya hebat. Oleh itu saya memberi markah yang baik juga kepada cerita ini.

Walaupun begitu, plot dan garapan cerita-cerita yang seterusnya agak kurang cemerlang pada pendapat saya.

Cerita Sang Kancil sepatutnya boleh menjadi karya yang lebih baik jika penulis memberi sedikit masa lagi untuk menambahbaikkan cerita tersebut sebelum menyiarkannya. Plot rompakan yang kebodohan tetapi ganas, pada saya agak janggal. Juga plot Ahmad dan Jasmir sebenarnya orang yang sama - jika olahan cerita semasa "menemukan" dua watak ini digabungkan dengan lebih baik. saya rasa cerita akan menjadi lebih mantap. Malangnya tiada kejutan yang berlaku dan terasa sangat hambar.

Seterusnya cerita "Cut" yang sangat bodoh, pada pendapat saya. Jalan cerita sudah bagus sehingga saya sendiri sudah dapat menghayati cerita tersebut sebelum dikejutkan dengan "Cut"! - Ia seperti menghabiskan masa beberapa jam menghayati sebuah cerita untuk mengetahui yang semuanya hanya mimpi semata-matanya. Sungguh bodoh dan membuang masa. Saya tidak faham motif penulis menghabiskan cerita itu begitu. Ia seolah-olah memperbodohkan pembaca. Cerita ini yang diletakkan di bahagian terakhir cerita pendek di novel ini sememangnya membuatkan saya terus menurunkan penilaian terhadap buku ini.

Juga watak "aku" - penulis yang bermasalah writer's block juga pada saya hanya cerita tambahan yang tiada nilai penting.

Dengan beberapa cerita yang tidak digarap dengan baik, cerita "Cut" yang dihabiskan sebegitu serta watak "aku" yang entah apa-apa hanya membuatkan saya terfikir; Ramlee Awang Murshid sememangnya mengalami writer's block pada masa menyiapkan karya ini.

Buku ini akan menjadi lebih baik jika tiada cerita mengenai "aku" dan cerita-cerita pendek digarap dengan lebih kemas. Pada saya jika pengarang meminta orang ketiga (editor mungkin?) memberi pendapat sebelum mengeluarkan buku ini, pasti ia akan menjadi lebih baik. Hanya sedikit sahaja yang perlu dibaiki tetapi malangnya sedikit kecacatan itu yang menghampakan saya pada kali ini.

Pada saya, ini bukan karya RAM yang cemerlang.

★★
Buku ke 7, 2013









Sunday, March 24, 2013

Dari Tanjung Malim ke KLCC

0 comments
Fdaus Ahmad, 2012

Minggu lepas beberapa perkara membuatkan perasaan bergolak dan "tidak ada mood".

Maka sebagai salah satu cara melepaskan ketegangan sebegitu, saya memilih untuk keluar membeli buku.

Semasa berperasaan begini, saya ingin mencari buku yang boleh memberi sedikit motivasi dan juga buku yang tidak rumit dan berat jalan cerita.

Sewaktu berlegar-legar di MPH sambil menyelak muka surat beberapa buah buku dan membaca sinopsisnya, saya terjumpa buku ini. Sebenarnya buku ini adalah buku terakhir yang saya nampak. Kulit buku sangat menarik, lain dari lain dan juga bertajuk "DARI TANJUNG MALIM KE KLCC".

Wah, memang terfikir, apa yang berlaku dari Tanjung Malim ke KLCC ni?

Apabila tertarik di situ, saya membaca bahagian belakang. Di bahagian belakang tertulis begini;

"Dalam masa 7 tahun menempuh perjalanan dari Tanjung Malim ke KLCC, aku dah menghabiskan 227 hari semata mata duduk di dalam bas. Kalaulah ianya perjalanan tanpa henti, maka sudah pasti aku sampai ke bulan. ..."

Mmm..menarik ni...bermonolog saya di situ, dan memandangkan harga pun RM20 (walaupun pada pendapat saya karya tempatan sepatutnya lebih murah supaya dapat menggalakkan orang membaca), ia tidak sampai RM30, maka saya pun mencapai buku tersebut dan terus bawa ke cashier.

Memang tajuk dan sinopsis di belakang sangat membuatkan saya teruja untuk membaca. Antara tiga buah buku yang saya beli pada hari tu dengan tema "motivasi, tidak rumit dan berat"- buku ini termasuk dalam kumpulan "tidak rumit dan berat" (sesungguhnya tiada kena mengena dengan motivasi langsung) malah sangat ringan sebenarnya.

Ia adalah kerana, ia adalah kumpulan cerita pendek kisah harian penulis yang asalnya dari blog penulis tersebut. Sangat 'ringan" dan sangat lain dengan diri saya tetapi saya boleh terima dan saya boleh gelak - itu yang penting.

Antara cerita yang saya suka adalah;

Don't Look Back In Anger - Siri Akhir
Trilogy Don't Look Back In Anger
Ilmu Jampi Serapah Yang Gampang Punya Hebat
Entri Kemaskini Pendek -1
Mencari Gardenia Jumbo Di Seven Eleven
Menjawab Test Di Universiti
Story Bus 626 - Versi Ugly
Bahasa Inggeris Tinggi
Mak Apan Hilang
Cuci Kasut
Mematuhi Undang-undang

Oh, banyak juga cerita yang buat saya gelak.

Memang sangat ringan dan menghiburkan.


★★★★
Buku ke 6, 2013

Nota tambahan: Penulis rupanya seorang blogger yang agak terkenal. Ini adalah blog beliau:

http://fdausamad.blogspot.com/

dan dikatakan semua cerita di buku ini boleh dibaca di blog. :)


Friday, March 15, 2013

Just Watch Me

3 comments
Peter Grimsdale, 2009

"You can't trust the dead..."

yang tertulis di belakang buku ini telah membuatkan saya tertarik untuk mencapai buku ini semasa jualan murah Big Bad Wolf Disember lalu. Ternyata berbaloi betul RM8 saya! Kerana jalan cerita menarik dan penggunaan bahasa yang tidak rumit.

Kisah seorang bekas pengintip yang terpaksa melalui kehidupan dalam penyamaran setelah identitinya terdedah dalam satu kejadian. Pada masa itu dia baru sahaja berkahwin dan isterinya mengandungkan anak kembar.

Kehidupan mereka aman damai dan sama seperti keluarga biasa sehinggalah suatu ketika isterinya tiba-tiba berubah. Tiada pergaduhan atau perbalahan yang terjadi tetapi isterinya tiba-tiba cuba menjauhkan diri darinya. Dan, yang cuba untuk mengambil hati isterinya, telah mendesak agentnya untuk membawa mereka sekeluarga bercuti di luar negara.

Semasa mereka ingin mendaftar masuk di lapangan terbang, baru mereka perasan yang passport Dan tidak ada bersama passport isteri dan anak-anaknya. Tetapi disebabkan masa sudah suntuk untuk berpatah balik, Dan memaksa isteri dan anak-anaknya menaiki kapal terbang dan berjanji akan mencari passportnya dan akan menurut mereka secepat mungkin.

Disebabkan Dan tidak menjumpai passportnya, dia telah menghubungi agentnya untuk memohon membuat passport baru yang mengambil masa beberapa hari.

Walaubagaimanapun beberapa jam selepas itu, dia mendapat berita yang kapal terbang yang dinaiki isteri dan anak-anaknya telah terhempas di lautan.

Apakah sebenarnya yang telah terjadi?

Adakah kehilangan passport Dan adalah kebetulan semata-mata?

Adakah kebetulan kapal terbang yang sepatutnya dinaiki bersama keluarganya itu terhempas?

Kisah pengintip, hidup dalam penyamaran, agent kerajaan, teroris, rahsia peribadi serta rahsia kerajaan - Kisah seorang suami dan bapa yang berusaha mencari kebenaran...

"Children - they make cowards of us"

★★★★
Buku ke 5, 2013





Saturday, March 9, 2013

Would you be ok?

0 comments
Would you be ok if I'm not around anymore?

I talked to a lot of people these few weeks
People who are quite close to me
And
People whom I seldom talk to

I talked a lot
Things that i had kept it in me all this time

Even to those that I did not usually has conversation with

And things they said to me
Were so true that i could not deny it
Although I did not say it out loud
Although I was being me
Keep it inside me
But they are so true it hurts

Would you be ok if I'm not around anymore?

Me being me again
Act as "please let me go
And if you love me you will let me go"

But the thing is
I am just being arrogant

-me with my work-








Thursday, February 14, 2013

Will You Still Love Me Tomorrow?

4 comments
Claudia Carroll, 2011

Annie dan Dan bertemu di sekolah semasa masih berumur 15 tahun dan mereka menjadi rapat seterusnya berkahwin selepas tamat kolej. Annie adalah cinta pertama Dan dan Dan juga adalah cinta pertama Annie. Selepas berkahwin, mereka berpindah ke rumah keluarga Dan di bandar kecil  di Ireland.

Disebabkan rumah tersebut adalah rumah keluarga, jadi ibu mertua Annie akan singgah pada bila-bila masa dan menyuruh Annie melayan kehendaknya. Rumah itu juga menjadi persinggahan kepada jiran-jiran mereka dan rakan-rakan Dan yang bekerja bersama Dan sebagai doktor haiwan. Dan pula seorang yang sangat bertanggung-jawab kepada kerjanya dan memberi tumpuan penuh kepada kerja sehingga mengabaikan Annie.

Kehidupan selepas berkahwin, dengan sentiasa dikelilingi keluarga, jiran dan rakan yang mengambil kesempatan ke atas kebaikan Annie, juga suami yang keluar awal pagi dan pulang lewat malam kerana membantu menyelesaikan masalah haiwan ternakan jiran sekampung, telah memberi kesan  kepada Annie. Annie merasa dirinya tidak dihiraukan dan kehidupan suami isteri mereka juga tidak seperti semasa zaman bercinta dahulu.

Pada satu hari, Annie telah mendapat panggilan telefon dari agennya, untuk menghadiri ujibakat sebuah teater di Dublin. Setelah menghadiri ujibakat itu kali kedua, Annie telah berjaya mendapat watak di teater itu, yang akan diadakan selama 1 tahun di New York, Amerika.

Apakah yang berlaku selanjutnya?
Adakah Annie akan meninggalkan suami dan semua di Ireland dan berhijrah ke Amerika?
Bagaimana hubungan Annie dan Dan?

Penceritaan yang bagus dan penggunaan bahasa yang mudah difahami.
Juga watak-watak yang berkesan sehingga seperti sampai ke hati.
Tak sangka saya boleh mengalir air mata di penghujung cerita.

★★★★
Buku ke 4, 2013

*Buku ini saya beli RM8 sahaja di pesta buku baru-baru ini. Sangat berbaloi! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template