Ini karya yang entah ke berapa dari penulis yang sama yang saya telah baca. Saya gemar membaca buku tulisan beliau kerana selalunya ceritanya "tidak biasa" dan tidak juga terlalu berat. Karya misteri fiksyen yang tidak membosankan, kadang-kala mempunyai elemen sejarah serta selalunya mempunyai unsur keagamaan. Dan yang paling penting bukan kisah cinta "stereotype" yang membosankan. Tiada juga ayat-ayat mengada-ngada, campuran penggunaan Bahasa Melayu dan Inggeris dalam perbualan.Kali ini ia mengenai 2 beranak, Ibrahim dan bayi lelakinya, Aiddin yang tiba-tiba muncul di halaman rumah seorang tua dan anak perempuannya. Lelaki tua itu yang merasa kasihan kepada 2 beranak ini akhirnya menumpangkan mereka di rumahnya. Mereka akhirnya menetap di situ sehingga Aiddin menjadi dewasa. Ibrahim pula mempunyai satu tabiat iaitu selalu berada di luar rumah pada waktu malam sambil merenung angkasa.
Setelah Aiddin disahkan menghidap barah otak dan hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup, dia berhajat untuk mendaki gunung Kinabalu sebagai salah satu hajat sebelum mati. Semasa dia dan rakan-rakannya mendaki gunung tersebut, dia tiba-tiba hilang dan terus tidak dapat dijumpai sehingga terpaksa diisytiharkan mati. Walaupun begitu, Aiddin muncul semula 5 tahun setelah kejadian tersebut. Setelah itu juga beberapa kejadian pembunuhan berlaku.
Siapakah sebenarnya Ibrahim dan Aiddin? Kemana hilangnya Aiddin selama 5 tahun itu? Apakah kesudahan cerita ini?
Hehe, kena baca la...
:D
★★★★
Buku ke 12, 2011





