Showing posts with label ちょっと言ってみたい. Show all posts
Showing posts with label ちょっと言ってみたい. Show all posts

Friday, February 13, 2015

Al fatihah untuk seorang Tokoh Ulamak

0 comments
Malam tadi terima berita sedih

Pada kira-kira 9:40 malam Jumaat, hari Khamis 12/2/2015 Tok Guru Nik Aziz Nik Mat telah pulang ke rahmatullah.


Innalillahiwainnalillahiroji'un

To Him we belong, to Him we shall return


Selesai sudah perjuangan TGNA dalam menegakkan Islam.

Pergi menemui Penciptanya pada malam Jumaat yg mulia.

Semoga rohnya dirahmati oleh Nya dan diberi ganjaran syurga al Firdaus.

Al Fatihah.


******


Air mata ku tidak mahu berhenti mengalir dari semalam......

Monday, January 19, 2015

Aku Tanya Apa Khabar

4 comments
Sebenarnya tengok AJL semalam sebab nak tengok Hattan nyanyi live lagu Gadis Jolobu. Saya dan suami minat juga lagu ni sebab asyik dimainkan di Radio Sinar ( yes we are old school ....retro gitu ;) ) dan kami selalu juga ikut sama-sama nyanyi dengan Hattan masa dalam kereta (dengar radio pun masa dalam kereta aje :D ) walau ada juge lirik yang kami tak faham dan tak pasti sebutan maklumlah loghat Negeri Sembilan. Tapi hontam saje asal sedap dengar dan syok sendiri. :D

Anyway, semalam dua lagu ini yang buat saya tertarik:

Lagu MOJO yang dibawa oleh Caliph Buskers. Memang power suara vocalis dan terperanjat sebab tengok mereka OKU. Ini first time saya tau kumpulan MOJO dan lepas lagu semalam saya google sikit dan baru tau pasal cerita-cerita di sebalik. Lagu MOJO semalam memang power.

Tetapi apa yang lebih tertarik adalah lagu Apa Khabar oleh Joe Flizzow dan Sonaone. Semalam masa persembahan mereka, saya dengar "gitu-gitu" aje. Rasa macam Sonaone agak gementar tapi mujur ada Joe yang veteran. Cuma part "aku tanya apa khabar" tu memang menarik. Teringat-teringat dan terulang-ulang...kat part tu aje la.

Pada mulanya terkejut bila lagu ini diumumkan pemenang. Wow, lagu ni berjaya kalahkan lagu-lagu lain!

Dan apabila mereka buat persembahan pemenang, memang terasa lagu ni bagus. Sonaone pun sudah tidak gementar, jadi persembahan lebih baik dan "lebih terasa"

Dan hari ini baru saya faham kenapa lagu ini dipilih menjadi pemenang. Apabila saya tengok video clip dan hayati lirik.

Lagu ini kisah Too Phat rupanya. Lagu ini untuk Malique rupanya.

Lirik sungguh sayu rupanya.

"dalam perjalanan banyak persimpangan
di mana kita bertukar arah
kau lurus ke kiri, aku tegak ke kanan
di mana kita tersilap langkah"

Macam Joe dan Malique yang telah berpisah semasa mereka masih lagi "besar" di Malaysia dan mungkin juga negara-negara jiran. Ye, kenapa mereka berpisah ye?

Mokcik ni walau old-school tapi minat juga dengan lagu-lagu Too Phat dan minat juga dengan Joe dan Malique ni dulu. Sebab mereka buat lirik yang berkualiti. Respek sebab mereka kaya dengan perbendaharaan kata. Bukan senang nak buat lirik Hip Hop kan? Mesti ada nada ala-ala pantun gitu. Mokcik nak buat pantun empat kerat dalam BM pun merangkak-rangkak. Tulis blog macam ni pun campur-campur BM, BI dan BJ. Ini pun kira ada control juga ni. Kalau tulis ikut apa yang terlintas di fikiran memang lagi la carca merbau BM, BI, BJ ikut suka. :P

Anyway, video clip memang sayu. Ekspesi muka Joe memang nampak sedih, sayu, sunyi.

Lirik lagu memang "sampai" ke hati.

Patutlah lagu ni menang.

Sekian, ulasan dari mokcik old school tapi peminat Too Phat gitu :D (hahaha!)







Wednesday, November 5, 2014

Perginya seorang sahabat

0 comments
Semalam 4 Nov 2014 (Selasa) kira-kira pukul 4 petang, saya mendapat berita sahabat baik yang bertarung dengan kanser hampir setahun, telah pulang ke rahmatullah.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
"Surely we belong to Allah and to Him shall we return"

Arwah meninggalkan suami dan tiga anak perempuan yang sedang membesar. Paling kecil baru 7 tahun, masih riang bermain-main walaupun pada hari kematian ibunya kerana dia masih tidak mengerti barangkali. 

Arwah adalah sahabat baik saya semasa di sekolah menengah. Dia masuk ke sekolah kami semasa di tingkatan 4. 

Dia seorang yang sangat cool. Dia tidak bercakap banyak dan selalu tidak kisah pada perkara remeh. Semuanya berlainan dengan saya. Saya kememeh dan cepat terasa. Jadi selalu mengadu pada dia apa-apa dan dia akan kata "ala Haspa tak payah fikir la...aku kalau macam tu, aku buat tak tau aje..." lebih kurang macam tu.

Jawatan terakhirnya adalah manager di sebuah bank. Saya rasa pasti dia diberi kepercayaan untuk menguruskan sepasukan pekerja kerana dia seorang yang kuat dan cekal dan cool. Memang ciri-ciri seorang ketua.

Dan sememangnya orang sebegitu yang diuji olehNya. Setelah dia dapat tahu dia menghidap kanser tahap 4 pun, dia masih sama. Sekurang-kurangnya di hadapan kami rakan-rakannya. Dia masih cool, kuat, cekal dan tabah. Kalau saya sepertinya tentu saya tidak akan sekuat dia.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. " Al-baqarah:286


Semalam dia pergi dulu meninggalkan kami....


Wahai Allah,
ampunilah sahabat kami, Hafizah Rahmat, naikkanlah darjatnya di antara orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya di dalamnya. Ameen.


Wednesday, September 24, 2014

Peel tak elok (1)

1 comments
Dari makan tengahari bersama rakan-rakan di kantin, saya lebih suka beli bungkus dalam polisterin dan makan depan komputer di bilik sendiri. Saya anti-social sikit agaknya ;)

Mungkin dah terbiasa masa di JAD macam tu.... Selalu dengan kawan-kawan Jepun kami keluar beli makan dan bawa balik, masing-masing makan mengadap komputer sendiri. Tak ada borak-borak. So saya tak berapa reti nak borak-borak dengan orang sambil makan.

Anyway, ini bukan nak cerita pasal tu.

Ini nak cerita pasal peel buruk saya.

Hari ini saya perasan yang setiap kali habis makan, saya akan mengadap komputer selama beberapa minit dengan membiarkan bekas polisterin terbuka di depan mata. Mungkin dalam 10 minit macam tu baru perasan bekas tu tak dibuang lagi dan mulalah bangun lap itu ini, bungkus itu ini dan bangun pegi buang sampah di dalam bakul sampah di luar bilik.

gambar hiasan :)

Dan semasa nak masuk ke bilik semula.... buka sahaja pintu bilik...... maka semerbaklah bau makanan tengahari saya tadi!!!!

Haiya, dah habis satu bilik bau lauk.

Ini kalau makan tempoyak ke petai ke lagilah kimochi warui semua orang yg masuk bilik saya (mujur tak makan makanan yang begini masa kerja hehe)

Anyway, sudah pasti siapa yang datang bilik saya dalam sejam dua selepas makan mesti akan bau lauk saya makan pada hari itu...

Maka, Peel tak elok ni haruslah diperbaiki

Mulai esok, pi buang sampah cepat2 jangan nak booooto depan komputer lama-lama...

Bilik kecil ku :)





Tuesday, September 23, 2014

Something weird about me

0 comments
Something weird about me is I don't mind having guest/observer in my class.

Though they may be Japanese (and I am teaching their language)

And I may make mistakes while using their language.


Yes, my Japanese language skills may not be perfect

In fact, it may be far far away from being perfect.

But I like what I am doing and I am enjoying my work.

And, I don't hesitate asking them (the guest) during their observation, if I get confused.

Although I am teaching Japanese Language, I am not a native speaker. Japanese language is not my mother tongue. So, mistakes are inevitable. ( At least I think they are inevitable :P  )

So, I don't mind having guest/observer in my class. And, I don't mind if someone points out my mistakes (after the class). I take it as a lesson - for me to be a better instructor

p.s: I am not good at English either. But when I feel like using English, I will just go ahead :D

Friday, August 29, 2014

Sok-sek Pulut Kuning terbantut

8 comments
Dah beberapa minggu nak makan pulut kuning tapi tak dapat juge. Tak tau nak cari kat mana ada jual dan sedap.

Sebab pulut kuning yang paling sedap ialah yang mak buat. Rupanya berkilat dan rasanya lemak masin. Kalau ada sambal ikan bilis yang mak buat juga memanglah umph! Tak perlu rendang bagai pun. Even dengan ikan goreng atau ikan masin pun dah cukup sedap kalau makan dengan pulut kuning yang baru masak. (sudah terliur)

Weekend baru ni, cuma balik satu malam, jadi untuk breakfast mak tanya nak makan apa, saya terjawab "nasi lemak" (sebab nasi lemak mak pun sangat sedap) lepas tu baru perasan kenapalah tak sebut "pulut kuning".... tapi saya berjaya menahan diri dari menyebut pulut kuning sebab kalau tersebut nanti mak akan buat juga. Tak sampai hati nak biar mak buat pulut kuning pulak. Mak memang macam tu. Bila anak balik sekali-sekala memanglah macam-macam yang dia nak buat. Dan kalau kita pula yang sebut, memanglah dia mesti nak buat walaupun kadang-kadang kita cuma cerita aje pasal makanan tu.

Ok, jadi tak dapat juga nak makan pulut kuning sedap.

*********

Bekas pelajar saya ada menjual rendang Dendeng. Saya tengok ramai juga pelanggan dia dan ada yang repeat order. Maka saya pun cuba order 1 kilo.

Dua hari lepas order pun sampai. Belum buka plastik pun sudah dapat baunya yang sungguh mengancam. Masa nak balik Ahad lalu, mak ada bekalkan durian pulut. Maka oleh kerana tak boleh tahan dengan bau Dendeng yang menggoda, saya ambil pulut yang mak bagi tu dan makan dengan Dendeng...... Sedapnyeeeee

Cuma itu pulut durian. Bukan pulut kuning.

*******

Maka misi pencarian pulut kuning haruslah diteruskan.

Well, dah tak ada, engkau buatlah sendiri kan?

Masalahnya saya tak pernah buat pulut kuning

Ok, tipu

Adalah sekali, sebab malas nak buat dalam kukus, jadi masak pulut dalam periuk dan masukkan santan. Pulut pun tak de nak rendam-rendam. Masak aje terus.

Maka tiadalah langsung ciri-ciri pulut kuning mak.

Maafkan anakmu ini yang pemalas.

******

Ok, sambung cerita

Yosh! Kali ni nak buat macam pulut kuning mak!

Ada Dendeng yang menunggu dalam peti ais yang menambahkan semangat

Semalam, bangun pagi lepas subuh, terus basuh pulut dan rendam dalam air beserta serbuk kunyit.

"Eh? nak buat apa tu?" tanya sang suami yang terkejut dengan "perubahan" si isteri. Apa hal dia ni pagi-pagi basuh beras bagai. Agaknya itulah yang difikirkan nya.

"Nak buat pulut kuning nak makan dengan Dendeng" bersemangat waja menjawab soalan

Perasan santan segera tak ada, so balik kerja nanti kena singgah kedai beli santan. Sorry mak, memang takkan jadi pulut kuning mak sebab mak pakai santan segar, kelapa kukur sendiri punya tapi anak mu ini pakai yang segera (mak saya tak iktiraf santan segera tu "santan" tau )

*****

Bagaimana rasa pulut kuning Has?

Hehe

Semalam tiba-tiba banyak kerja di ofis

Dan dapat khabar kawan baik yang sedang struggle dengan kanser, seperti kurang bagus kondisinya

Ditambah dengan kesesakan lalu-lintas ( wau, guna perkataan "kesesakan lalu-lintas" tu )

Maka, sampai rumah sudah tipis-tipis waktu maghrib. Solat dan bergegas (wau, guna perkataan canggih "bergegas") ke hospital.

Malam itu sampai ke rumah sudah dekat pukul 10 malam.

Pulut kuning yang terendam kelihatan kesunyian di situ.

Maafkan saya pulut.

Sudah lewat malam. Santan pun tak ada.

Tanya kawan apa nak buat dengan pulut tu. Boleh ke biar terendam sampai esok. Dia kata tos-kan dan simpan dalam peti. Ok.

Selamat malam pulut kuning terbantut ku.

Harap dapat jumpa lagi petang ini...atau malam ini...atau pagi esok.

Sabar ye :D

*******

Macam ni kena buat ye. Itulah masa mak buat tak nak tengok.... (gambar diambil tanpa kebenaran dari sini: http://www.tiffinbiru.com/2014/04/resipi-pulut-kuning-warisan.html)



******

Kudaranai hanashi deshita :D



Tuesday, July 22, 2014

Rasa macam

0 comments
Rasa macam nak cuti aje dah kan esok...

Tapi tak boleh sebab nak kena jimat cuti

Mood kerja almost zero

Tiap hari fikir petang nanti nak masak apa

Sejak bila saya jadi suka masak ni?

Tapi sendiri masak memang sangat best dari beli di bazar Ramadhan atau makan di kedai.

Sendiri masak, sendiri kata sedap (dan suami pun kata sedap)

Kadang-kadang masa makan beberapa kali kata "sedap kan has masak?"

dan suami pun kata "ya..ya..dah cakap tadi......sedappppp...." hahaha!


Teringat anak saudara pernah cerita pada saya
"mak kata ( anak saudara panggil mak saya tu "mak" juge) cu ni kalau masak memang sedap, cuma cu malas aje masak" (lol)

tengok tu, mak saya pun puji saya masak tau...walau dia tak cakap direct hehe.

anak-anak saudara suka kalau saya buat sambal tumis..... "macamana cu buat rasa macam ni?" sambil menambah-nambah makanan mereka....

sebenarnya ada tambahan "mama buat tak rasa macam ni"...

shhh...jangan cerita pada kakak dan kakak ipar saya :P

Agaknya sebab saya cuma masak bila saya nak masak kot. Tiada keterpaksaan. Jadi orang kata "masak dengan kasih sayang" gitu (lol)

Ok, merapu dah.

Tonikaku, raya kali ini pun bersederhana sahaja. Mungkin yang paling sederhana sebab mak kata tahun ni banyak berlaku kejadian malang kepada negara kita dan juga kepada saudara terdekat.

Tahun ni ada sepupu rapat yang meninggal kemalangan, ada anak saudara sepupu sebelah rumah yang cedera parah sebab kemalangan juga dan masih berubat.

Mak kata, Mak Kecik, adik mak yang dekat kampung pun sakit-sakit selalu.

Jadi mak kata "tak payahlah nak beraya sangat" :D

Wednesday, June 25, 2014

Wahai orang dewasa

0 comments

Memang tak boleh tahan (air mata) bila baca berita mengenai orang-orang yang teraniaya, terutamanya jika melibatkan kanak-kanak.

Kanak-kanak (atau yang berfikiran seperti kanak-kanak) bukannya boleh berfikir sendiri atau mempunyai kudrat yang mencukupi untuk mempertahankan diri sendiri atau mengelak kecelakaan.

Mereka memerlukan bantuan orang dewasa atau yang cukup sifat dan kudrat serta berakal fikiran yang waras.

Wahai, orang dewasa yang cukup sifat dan kudrat serta berakal fikiran yang waras, tolong lah....tolong lah lebih bertanggung-jawab dan berperikemanusian...tolong lah...

Nauzubillah min zalik

Semoga orang "dewasa" boleh berfikiran "dewasa" dan mempunyai sifat peri-kemanusian bagi mempertahankan dan menyelamatkan kanak-kanak sekurang-kurangnya sehingga mereka boleh mempertahankan dan menyelamatkan diri mereka sendiri.

Monday, June 2, 2014

Kalaulah lebih interaktif

2 comments

Kenapa komen di blof tidak interaktif ye.

Kan bagus kalau kita tahu bila orang tulis komen dan bila kita balas, orang pun boleh tahu.

Atau fungsi ni sebenarnya ada?

:D





Tuesday, December 31, 2013

Sok Sek hujung tahun akhir

0 comments
baru nak ber sok sek tapi dah pun 31 hb
mujur juge hujung tahun baru nak ber sok sek
kalau tak agaknya tiap hari saya ber sok sek
hehe

beberapa hari ni memang batuk kaw-kaw
sampai sakit kepala, sakit belakang dan asyik nak terk**c***
(apa pasal guna ** ni? hahaha)
jadi pegi jumpa doktor
cakap itu ini dan perkataan doktor yang ini yang memang saya ingat sangat
"try to control you cough by swallowing your saliva or drinking water"

Try to control your cough

oh, selama ini saya ingat kalau kita rasa nak terbatuk lebih baik kita lepaskan
makin kita lepaskan makin lega...

ye memang kalau makin lepaskan makin lega
tetapi dengan itu juga
kita jadi sakit kepala sebab banyak guna tenaga
dan kali ini jadi sakit belakang
juga sebab bagi tekanan pada bahagian belakang setiap kali batuk
dan juga kali ini asyik nak terk**c***
susahnye asyik nak ke bilik air

jadi supaya tidak memberi tekanan kepada bahagian badan yang lain
kita mesti cuba kawal batuk kita

ok, thanks doc
saya akan cuba
oh, saya sedang mencuba

nak bagitau juga yang beberapa hari ini suara hilang
kelas semalam mula-mula tu memang tak de suara
sampai student kata tak apa kalau nak tukar ke hari lain
saya tak mau tukar sebab dah rancang cuti dua minggu lagi
lagipun bukan la sakit teruk sangat
dan lagipun semalam saya buat aktiviti tulis kad tahun baru Jepun "nengajou" dalam kelas
jadi ok la....kot

sekarang pun suara serak-serak basah orang kata
tapi alhamdulillah kelas pagi tadi dapat buat juga sebab at least keluar suara kalau banding semalam

ok, tahun ini...
tahun ini juga bukanlah tahun yang cemerlang gemilang kepada saya
tapi tiada apa yang nak disesalkan
makan pakai cukup
kasih sayang pun cukup
kesihatan alhamdulillah
ujian-ujian kecil itu ada la tapi itu tanda Tuhan masih sayang
Dia nak kita beringat dan bersyukur

memang betul
malam tadi masa nak tidur memang terfikir
aku ni baru Tuhan bagi sakit sikit
baru beberapa malam aje tidur terganggu
bagaimana dengan orang yang bukan setakat beberapa malam tapi tiap hari tiap malam?
bagaimana orang yang kena menahan sakit pada tiap malam?
Subhanallah....

jadi jagalah kesihatan dan insaflah
beringatlah, bersyukurlah dan beribadatlah
suatu masa bila badan sudah semakin uzur
mungkin akan datang sakit yang berterusan
bagaimana kau nak menghadapinya?
Subhanallah....


ok, baru teringat ada sesuatu yang penting yang kena buat dalam tahun ini juga tapi tak buat lagi
haih apa la...

jadi, nak tutup sok sek hujung tahun ku

kesimpulan tahun 2013?

makin gemuk
makin tua
makin malas

itu yang negatif

yang positif?
adalah sikit tapi tak payah la tulis nanti riak pulak kan hehe

tapi

sesuatu untuk difikirkan:

cukupkah dengan apa yang kau ada sekarang?


Friday, December 27, 2013

sok sek hujung tahun 1 (amaran: kudaranai desu)

3 comments
beberapa hari ni tak sihat
batuk kaw-kaw terutamanya waktu malam
memang perit waktu nak tidur
sampai sakit kepala
ambik ubat batuk, minum vitamin C, ambik pain killer
alhamdulillah boleh tidur
bangun pagi ok
pegi kerja ok
balik kerja mula seram sejuk dan batuk-batuk kaw-kaw lagi

baca blog sana-sini dan baca komen-komen orang
bila baca komen-komen memang terasa macam-macam ragam manusia di dunia
walau sentiasa ada yang cakap baik-baik, ramai juga yang cakap lepas-lepas
walau ramai juga yang sentiasa pandang positif tapi tak kurang juga yang asyik negatif aje

sama macam bila baca post-post orang share di fb
terutamanya yang isu-isu sensitif politik, perkauman, keagamaan...
memang macam-macam jenis komen
geleng-geleng kepala baca beberapa minit
lepas tu baru sedar
bodohnya diri sendiri membaca komen-komen semua tu
sumber-sumber tu pun entah benar atau tidak
sahih atau tidak


ok sok-sek hujung tahun berhenti kejap

kepala ku pening
perut ku lapar

hehe


Tuesday, November 12, 2013

Satu pagi Selasa

2 comments
Pagi ini semasa menunggu isyarat polis trafik di satu simpang 3.

Encik Polis sedang sibuk menunjuk arah sana sini sambil tangan melambai sebagai arahan untuk kereta bergerak. Tiba-tiba saya perasan gerakan tangannya bertukar. Sedang dia sibuk meneruskan tugasnya, tangannya beberapa kali menunjukkan ke arah kepalanya sambil memandang ke arah bersebelahan saya.

Lalu saya memandang ke sebelah dan ternampak dua anak muda berpakaian sukan dan membawa sebotol air mineral yang sedang menunggang motorsikal tanpa memakai helmet. Mereka sedang menunggu isyarat untuk membelok ke kiri.

Anak muda tersebut yang perasan dengan isyarat polis lalu menunjuk dengan tangan seolah-olah mereka hendak bersukan dan salah seorangnya merapatkan ke dua belah tangan seperti meminta maaf kepada Encik Polis sebelum membelok ke kiri.

Encik Polis pula kelihatan seperti menggelengkan kepala tidak berpuashati tetapi tiada apa yang boleh dilakukannya kerana dia berada di tengah jalanraya.

Kejadian ini sangat menarik perhatian saya. Tiba-tiba saya rasa respek kepada Encik Polis yang komited kepada tugasnya dalam kesibukannya menjaga trafik jalanraya.

Juga terfikir tentang anak muda tersebut.....

Bukan ke keselamatan diri lebih penting dari kemaafan Encik Polis?

Thursday, November 7, 2013

暗いです。

0 comments
今日は少し暗いです。

周りではなく、自分です。

理由はわかりません。

いや、わからないわけではありません。

わかっています。

しかし、もちろんここでは言えません。

くよくよしてもしかたがありません。

後悔してもしかたありません。

失敗はだれでもするものでしょう。

(だれでもではないかもしれないけど)

でも、だからといって、ずっと悔やんでもなにもなりません。

失敗しました。

はい。

じゃ、立ち直ればいいでしょう。

忘れましょう。

もっと自分を信じて、胸を張って生きていきましょう。

あなたは、世の中ではちっぽけな存在です。

だから、あなたの失敗は、どうってことないですよ。

他人の思うことに気にする必要がありません。

それは彼らの勝手です。

それを怖がる必要がありません。

あなたも勝手に生きていけばいいでしょう。

うん、

勝手に生きていけばいいです。


(勝手の独り言です。気にしないでくださいね)









Friday, September 13, 2013

Feel good about yourself

0 comments


Perasaan hari ini

Jangan jeles ye :D


Wednesday, September 11, 2013

Miley Cyrus

2 comments
Wow, what a title! hehe (gempak aje)

I had my hair cut the other day.

Before that I'd asked my husband if I could have a very short hair - like a man style, and he said yes I could.

So when I was at the salon and the adik asked me of the style I wanted - I told her "make it short, like a guy"

And she said " are you sure? really short like I cut it until up your ears?"

And of course I said yes.

But she asked me again the same question! lol!

And I had to tell her "yes please and don't worry I have got my husband's permission" . Why did I have to tell her that? lol

Anyway, now my hair is very short and I am like;

"If my hair is platinum blonde, I think Miley Cyrus would surrender. I think I look way better than Miley Cyrus!"

hehe.

I'm loving my very very short hair, I think I look cute and my husband love it too.....well he loves me the way I am anyway huhu.

So, get out Miley Cyrus!!! :P

( feeling cute and feeling young entry :D )







Thursday, September 5, 2013

7 Lovely Logics

0 comments
Jumpa ini tadi:

Sumber: www.PureMatrimony.com
menyedarkan saya dengan beberapa perkara.

Ye, ye, ye...semua dari 1 hingga 7...yep, yep, yep...

Terima kasih.

Thursday, August 29, 2013

Setiap Pilihan Kita

4 comments
Setiap pilihan kita
Pasti ada manis dan kelatnya

Dapat membawa senyuman
Juga rintangan yang seiringan

Atau

Dapat mengelak dari rintangan
Tetapi juga kehilangan


Wednesday, August 28, 2013

毎日10分のジャーナル

0 comments
昨日FBで、毎日10分ジャーナルを書く(手書き)習慣をつけている人の話を読んだ。

これは凄い!と思った。

自分はパソコンが発展してから、あまり手書きをしなくなってしまった。

今では、ローマ字は省略が多くて、汚い。

日本語も汚いし、漢字も書けなくなった。読めるけれど、書けない。

パソコンは打つだけで文字が出て来るので、楽!

そう、楽!

でも、楽ってやはりよくないね。人間をダメにする。

脳が衰えていく。

************

別のFBのポストで、80歳以上の女性の話を読んだ。彼女は、その年齢の時に、大学に入って、若者と一緒に授業を受けた。とても明るくて、積極的で、みんなに好かれた。

そして、あるイベントでスピーチを頼まれて、このように話した:

「人間はだれでも年をとる。何もせずにぼーっとする20歳の人は、1年後、21歳になる。同じように、1年間何もしない80歳の人も、1年後に81歳になる。だから、年をとるのはみんな同じ。けれど、みんな同じように成長するとは限らない。1年間いろいろなことをして充実した20歳とぼーっとした20歳とは同じではない。両方、1年後、年をとるが、前者はそれとともに、成長もした。」

おー!なるほど!と思った。

私もこの1年何もしないでぼーっとしたら、ただ年齢が上がるだけで、成長しないということですね。

脳が衰えていく。

*************

ということで、今日10分の手書きジャーナルを始めた!

マレー語で書いたので、10分間、1ページ半ほどだった。

字はもちろん汚い。構成もできていない。考えたこと・思ったことをひたすら書いただけ。

でも、それでいい。ジャーナルってそんなものでしょう?

大切なのは、脳を働かせること。手を動かせること。脳と手の合同活用を活かせること。

明日も書こう。あさっても。これから習慣にしよう。

*************

今、グーグルサーチで偶然にこれを見かけた:

「努力する人は希望を語り、怠ける人は不満を語る」

不満を語ったけど、別に怠けたがるわけではなかったと思うんだけど・・・

でも、希望も語らなかったな・・・(ため息)

とりあえず、年をとったけれど、成長もしたなと思うようにしよう。:)

Friday, August 23, 2013

久しぶりの日本語

0 comments
ある日本人のブログを読んだら、自分も日本語を書きたくなった。

でも、何か面白いことがあるわけではない。

思っていることはあるけれど、それを、ここに書いて、みんなに知られてもいいものかどうか。

心の中のこと、ここに書いてしまえば、他人に知られてしまう。

悩み、悩み、悩み

悩みはブログにぶっちゃけてもいいのかな・・・

なんかそうすると、大人気ないと言われそうだけど・・・

大人って複雑!(笑)

************

じゃ、違うことを書こう。

引越しの話。

10年前に買った家に引っ越そうかという話を最近した。

今の家は大好きだけど、家族が来ると、急に狭く感じる。空いている寝室は2つあるけれど、それでも、リビングまで寝てしまう甥っ子・姪っ子がいる。まあ、夜中までテレビを見たからかもしれませんが、それでも、みんながリビングに集まると、とても窮屈・・・。もう一つリビングがほしい・・・。

その家は、今の家より大きいけれど、少し遠い。だから、今までずっとそこに引っ越さなかったという理由でもあります。

でも、誰かに貸しているわけでもなく、そのままほったらかしているのです。

もしかして、もうお化け屋敷になっている?(怖)

*****************

あっ、今日はランチの誘いやディナーの誘いがあるの。

どうしようかな。ちょっとおしゃれしようかな。(ふふ)

*****************

それから、仕事の話もあった。

知り合いから、ヘッドハンターされたけれど、今までとまったく違う仕事・・・

内容は悪くないけれど、オフィスアワーの仕事をしたことがないので、正直不安。

9時から5時までの仕事、できるのかな。

どうしようかな。自分はどうしたいのかな。

*****************

さ、もう12時半過ぎました。

シャワー浴びて、ランチに行こうか。(実は、まだシャワーを浴びていない(笑))

*****************

久々の日本語での独り言。

また書こう。

あっ、そういえば、「Tears of the Desert: A Memoir of Survival in Darfur」を読み終えたよ!

とてもいい本だ!本当に本当に。

今度レビューを書くね。

Saturday, August 17, 2013

Mari Memeriahkan BLOG

2 comments
Salam,

Semenjak saya membuka akaun FB kira-kira 2 tahun yang lalu (oh sekejap saje sudah 2 tahun!), saya semakin jarang menjenguk akaun Blog dan juga semakin malas menulis sesuatu di blog kecuali merekod buku-buku yang telah dibaca.

FB dirasakan lebih meriah kerana boleh berinteraksi dengan lebih ramai orang dan mendapat respon lebih cepat. FB membuatkan dunia saya lebih meriah!

Walaubagaimanapun semakin lama saya merasa ada sesuatu mengenai FB yang tidak saya sukai.

*****************************************************

Yang pertama adalah bila "ternampak" sesuatu yang di"share" oleh orang lain - sesuatu yang "tidak baik" pada pandangan saya yang kecil ini. Sesuatu yang terlalu agresif yang tidak pasti benar atau tidak. Sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah, caci mencaci, hilang rasa hormat antara satu sama lain. Takut saya membaca komen-komen yang ditulis terhadap isi kandungan entri (yg dishare itu) mahupun terhadap komen-komen orang lain.

Ye lah, itu yang berlaku di dunia e-informasi zaman sekarang.

Kalau saya tidak "tahu" adakah saya akan ketinggalan zaman?

Atau, orang boleh kata, kalau tak mahu tahu, tak perlulah baca kan?

Entahlah, memang betul tak payahlah baca kalau tak suka...tetapi....

***************************************************

Yang kedua adalah FB dirasakan terlalu "luas" pada pendapat saya. Walau akaun ditetapkan "privasi" kita dapat juga melihat berita orang yang tidak dikenali setelah salah seorang rakan FB kita "like" atau menulis komen di entri orang tersebut.

Ini bermakna orang yang kita tidak kenali, iaitu bukan rakan FB kita juga dapat membaca entri yang kita hantar. Jadi di mana "privasi"nya?

**************************************************

Apa yang saya merepek ni? (lol)

Ok, sebenarnya nak tulis, yang saya mahu memeriahkan blog saya semula.

Biarlah menulis blog ni seperti bercakap seorang diri.

Entah ada orang yang berminat baca entah tidak.

Tapi, kalau tulis pun separuh hati memanglah orang tak akan baca kan?

Kalau tulis sesuatu yang syok sendiri, siapa yang nak baca?

Oh, sesuatu yang saya perlu baiki.....

************************************************

* Terima kasih kepada rakan yang sudi follow blog ini :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template