Buku ini saya beli pada 2006 dan menjadi salah satu buku kesayangan saya. Saya tak kenal penulis ini tetapi perkataan " A MALAYSIAN DYNASTY" yang ditulis di belakang buku ini yang menarik perhatian saya untuk membelinya.

Ia mengisahkan tiga generasi wanita berketurunan India di Malaysia. Actually wanita (yg pertama) ini berasal dari Sri Lanka. Beliau berhijrah ke Malaysia semasa masih belasan tahun setelah berkahwin (atau lebih tepat, dikahwinkan) dengan seorang lelaki yang kononnya menjadi kaya setelah berhijrah ke Malaysia. Kisah bermula sebelum Malaysia (pada masa itu, Tanah Melayu) ditakluki Jepun. Kisah kehidupan wanita ini sebelum berkahwin, berkahwin dan mempunyai anak, sehingga anak-anaknya mempunyai anak...3 generasi...Banyak kisah sedih, sengsara digambarkan di dalam novel ini terutamanya lakaran semasa Jepun menjajah Tanah Melayu.
Buku ini banyak memberi gambaran tentang suasana di Malaysia pada zaman awal 90-an dan semasa Malaysia dijajah sehingga zaman sekarang. Juga bagaimana kehidupan keluarga keturunan India serta kepercayaan mereka. Bagaimana keluarga wanita terpaksa membayar wang hantaran untuk mengahwin anak perempuan mereka..banyak lagi yang saya dah lupa :) but this is a very interesting novel with so much knowledge..and women encounter love, war, duty and hope.
★★★★★
2 comments:
hai sensei hehehe..
hai sensei
Post a Comment