Monday, July 11, 2011

Cinta di Dalam Gelas

Andrea Hirata, 2010

Cinta di Dalam Gelas mengisahkan tentang Enong (Maryamah) - Pendulang Timah Wanita Pertama - yang berusaha mempelajari catur untuk menentang bekas suaminya. Pertandingan catur diadakan di warung kopi pada setiap tahun sempena menyambut hari kemerdekaan Indonesia. Walaupun begitu pertandingan catur hanya disertai golongan lelaki sahaja. Oleh itu, penyertaan Enong telah mendapat tentangan besar-besaran dan juga ada banyak konspirasi untuk mengalahkannya.

Ia juga berkisar mengenai warung kopi yang dikunjungi oleh beratus-ratus lelaki Melayu yang tiada pekerjaan sejak perusahaan timah yang dibuka pada zaman jajahan Belanda, telah tutup.

Juga ada watak, Detektif M. Nur - penyiasat persendirian syok sendiri yang membantu Ikal mengintip corak-corak pergerakan buah catur pihak lawan Maryamah. Detektif M. Nur sungguh dedikasi terhadap kerja pengimtipannya dan dia mempunyai seekor merpati yang bernama Jose Rizal yang boleh menghantar utusan.

Kisah lelaki Melayu di warung kopi, kisah catur, kisah martabat seorang wanita teraniaya - disulam dengan watak lawak bodoh-bodoh pandai Detektif M. Nur.

   Kopi adalah minuman yang ajaib, setidaknya bagi lidah orang Melayu, kerana rasanya dapat berubah berdasarkan tempat. Keluhan isteri soal suami yang tidak mahu minum kopi di rumah - padahal bubuk kopinya sama seperti di warung kopi - adalah keluhan turun-temurun.  Alasan kaum lelaki mudah, bahawa kopi yang ada di rumah tidak seenak kopi di warung.
   Peristiwa ini dialami Mustahaq Davidson. (potong). Dia berkisah bahawa isterinya diam-diam membeli kopi di warung langganannya, dibungkusnya dengan plastik dan dibawa pulang, lalu dihidangkannya untuk Mustahaq. Sesudah meminumnya, sehirup sahaja, Mustahaq berkemas-kemas mahu berangkat. Isterinya bertanya mahu ke mana. Mustahaq yang terkenal jujur, menjawab bahawa dia mahu ke warung kopi , kerana kopi di rumah tidak seenak di warung kopi.
 "Melayanglah kuali ke kepala saya," kata Mustahaq apa adanya, disambut ledak ketawa seisi warung kopi.
:)

★★★
Buku ke 15, 2011 (Sedang membaca Sutera Bidadari - Ramlee Awang Murshid)

2 comments:

fadhilah said...

nak baca sutera bidadari. :)

Has said...

貸しましょうか。:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template