Buku RM5 yang dibeli di BBW sale baru-baru ini tidaklah menghampakan. Malah boleh dikatakan penulisan agak mantap dan jalan cerita juga agak menarik.
Kisah 2 orang guru pelatih, Dalila dan Saniah, yang dihantar ke sebuah provinsi bernama Sandora yang terletak di sebuah kawasan pedalaman dan jauh dari bandar. Sesampainya mereka di sana, mereka telah ditempatkan di sebuah rumah papan yang usang. Dalila seorang anak kota yang tidak biasa tinggal di desa, digambarkan sebagai seorang yang manja. Sementara Saniah pula lebih lasak dan berani. Keadaan rumah dan juga provinsi tersebut membuatkan Dalila ingin berhenti dan pulang ke kota sebaik sahaja menjejakkan kaki di rumah itu, tetapi Saniah pula sudah menjadi teruja dengan suasana di situ.Bagaimanapun, mereka berdua tidak mengetahui yang selain mereka, ada 2 lagi makhluk lain yang juga "mendiami" kawasan sekitar rumah mereka.
Di sekolah pula, berlaku kejadian histeria di kalangan pelajar; Ada seorang pelajar perempuan yang hilang sejak lari ke arah hutan; Juga, kisah kematian misteri salah seorang guru; Juga tiba-tiba banyak belangkas muncul di provinsi itu.
Siapakah 2 makhluk tersebut?
Apa yang telah terjadi kepada pelajar perempuan yang hilang itu?
Kenapa kematian guru tersebut dianggap misteri?
Kenapa tiba-tiba muncul banyak belangkas?
Apa yang sedang berlaku di provinsi itu?
Ada misteri yang "sampai" kepada pembaca, ada gimik yang boleh dikira berjaya, ada
perubahan jalan cerita yang tidak disangka.
★★★★
Buku ke 25, 2013
yeah! dah berjaya capai 25 buku!!! :D
4 comments:
jelesnyeee ngan sensei sbb sensei rajin baca buku. knape sy malas baca buku -_-
hima dakara sa. jie isogashii kara ;)
ohh dkt bbw ada buku bm ye?ingatkan semua buku eigo >.<
Ada cuma tak sebanyak eigo la dan buku dr pengarang famous mcm tak de tp tahun ni rasanya mcm lebih banyak pilihan dari tahun lepas :)
Post a Comment