Thursday, June 9, 2011

どうして人間は食べなければならないのですか。

6 comments
突然、この質問を投げかけたら、仕切りで顔が見えない明子さんは、
「人間は活動するために、食べなければならない。車と同じでしょ。車がガソリンを必要とするのと同じ。」とだいたいこのようにまじめに反応してくれました。

さすが明子さん!

けど、私は、もう一度同じ質問を投げかけたら、彼女はハハハと笑ってしまいました。

「どうしたの?」と、明子さんの後ろにいる富岡先生が不思議な顔をして聞きました。

「それは、文法を確認するとか、答えを求めているとかじゃなくて、ただ、おなかが空いているけど、ご飯を買いに行きたくないと言いたいのですね。」と私を見ながら言いました。


そうです!それも、さすが明子さんだ!私の言葉の裏が読めるのも、さすが明子さん!

あ~、ご飯を買いに行くのはめんどうだ・・・
どうして人間は食べなければならないのよ・・・
今日、風邪気味だし・・・




「ブログを書く元気があれば、大したことないんじゃない?」と、また明子。

「元気ではないから、書いているのよ。・・・・」


ということで、今日はこんな気分です。
暗い・・・

そして、やっぱりおなかが空いたので、チョコレートを二つ食べちゃいました。
だから、体重が減らないんだ!(知っているくせに)

(くだらない話そのn+1) :)
さぁ、仕事!仕事!

Thursday, June 2, 2011

よく言えば、悪く言えば

11 comments
Hari ini pelajar U2 diajar perkataan untuk menunjukkan "sifat" seseorang.
Saya tiada kelas hari ini, jadi saya tak pasti bagaimana ia diajar, tapi disebabkan topik ini saya rasa menarik, saya rasa nak catat di sini sedikit untuk pembelajaran diri sendiri.

Dalam Bahasa Melayu pun, jika kita hendak menggambarkan sifat seseorang, kita kadang kala menggambarkan ia secara positif atau pun negatif. Contohnya jika A seorang yang "suka bercakap", jika kita pandang itu secara positif, kita akan katakan " A seorang yang peramah." Tetapi jika sifat suka bercakap itu kita pandang secara negatif, kita akan kata " A seorang yang bising/ banyak cakap.".

Bahasa Jepun juga mempunyai perkataan untuk menggambarkan sifat seseorang secara positif mahupun negatif.

Contohnya:

1. 彼女は、あまり話さない人です。まあ、よく言えば、おとなしい人ですが、悪く言えば、暗い人ですね。

2. A:アリさんは、一度もおごってくれないね。本当に、けちですね。
B:いいえ、けちではないよ。彼は、将来のためにお金を貯めているのよ。だから、けちというより、倹約家かな。

Contoh lain untuk menunjukkan sifat ialah;

内向的な(+); pemalu                                             
 引っ込み思案な(-);sifat tertutup, suka menyendiri


陽気な、明るい(+); periang
お調子者(-); sangat periang sampai nampak macam pelawak
           

活発な、にぎやかな(+); aktif
騒々しい、うるさい(-); bising

社交的な(+); ekstrovert (sifat terbuka, suka bergaul)
八方美人(-); terlebih peramah


意志が強い(+);tetap pendirian
頑固な、強情な(-); degil

大胆な、勇敢な(+);berani
向こう見ずな(-);sembrono (secara rambang)


繊細な(+); halus, lembut, mudah terasa
神経質な(-);gelisah, cemas

倹約家(+);penjimat
 けちな(-);kedekut

気前がいい(+);pemurah
浪費家(-); pemboros

慎重な(+); (buat kerja) dengan berhati-hati
優柔不断な(-); suka menangguh (kerja)

(+) = positif
(-)= negatif


Biasanya perkataan di dalam kamus tidak membezakan samada ia bersifat positif atau negatif, jadi kalau kita hendak menceritakan sifat diri kita kepada orang lain, contohnya semasa temuduga mencari kerja, kita perlu berhati-hati memilih perkataan. Pastikan kita menggunakan perkataan yang menggambarkan sifat positif dan bukannya yang bersifat negatif.

Tetapi jika kita hendak menggambarkan diri kita, kita haruslah "merendah diri" sedikit. Jika kita mengatakan "Saya seorang yang peramah", ia seperti memuji diri sendiri pula. Oleh itu, untuk menunjukkan perasaan "rendah diri" , kita gunakan 「~(い/な)ほうです」  pada kata sifat itu.
Jika dialihbahasa ke dalam Bahasa Melayu, mungkin berbunyi begini ; "Saya rasa saya termasuk dalam kumpulan orang yang peramah" (lebih kurang macam ni la..teruk betul alihbahasa ni hehe)

例) 私は、社交的なほうだと思います。

Sekian, pembelajaran dan peringatan untuk diri sendiri pada kali ini. Semoga ia memberi manfaat kepada pembaca setia blog saya juge :D

Sunday, May 29, 2011

Emak, cucu, cicit

2 comments
Bulan lima tahun ini dimulai dengan kelahiran generasi ke 4 dalam keluarga kami - cicit pertama emak lahir pada 1 Mei 2011 - setiap tahun semua orang akan bercuti menyambut birthday baby Nawwar Insyirah binti Mohd Hafidzudin! 

Emak dan cicitnya pada hari pertama kelahiran

Maka dengan itu juga saya sudah bergelar nenek? (uh, nasib baik nenek saudara!)
rasa macam tua betul kalau dipanggil "nenek" kan? (T-T)

Tapi memandangkan mak saya dipanggil "mak" oleh cucu-cucunya sebab masa mak dapat cucu pertama (bapa baby syiera, Hafiz), pada tanggapan kami, mak masih muda untuk dipanggil "nenek", jadi kami meminta Hafiz memanggil mak dengan panggilan "mak" juga seperti kami adik-beradik.

Jadi walaupun cucu terkecil mak sekarang berumur 6 tahun, semua cucu memanggil mak dengan panggilan "mak".
.
Oleh itu......
memandangkan anak-anak saudara saya memanggil saya "cu" (bukan "mak cu" ye) ....

Maka seperti mak saya...............
tahu-tahu aje la kan?
hehe (perasan muda)

*Semasa Hari Ibu tahun ini, mak kata abang saya bawa pulang kek "Selamat Hari Moyang" kepada mak saya :)

**********************************************************************************

Bulan lima tahun ini diakhiri dengan keberangkatan mak ke Mekah untuk mengerjakan umrah (yang ke 4 kali). Mak dan cucu-cucunya selamat berangkat ke Mekah pada tengahari tadi, 29 Mei 2011. Kali ini mak pergi bersama cucu-cucunya yang sedang bercuti sekolah, Sarah, Hanis dan Faris. Ditemani oleh abang ipar saya (yang saya panggil "abah") dan abangnya serta isteri, Kak Ti yang baru saya kenali hari ini.

Mak ku sayang :)
Depan - Kak Ti dan Mak. Belakang - Hanis dan Sarah
Belakang - Sarah, Hanis, Abah(abang ipar saya), Faris, Mak.
Depan sekali - pelakon tambahan, Edri
 (anak abang saya yang nampak macam darjah tiga tapi sebenarnya baru 6 tahun :)
Bersama dua orang pelakon tambahan - Danish dan Edri (dua-dua anak abang saya yang tak duduk diam langsung :)
Semoga mereka semua selamat sampai ke Mekah dan dapat menunaikan ibadah umrah dan selamat pulang semula ke Malaysia.

* sebenarnya saya risau sebab mak ada sakit lutut dan dua hari lepas dia batuk-batuk...tapi sebelum berangkat tadi mak sempat lagi mencuit saya  - "Na, lepas ni jom pergi lagi, kali ni kita bawa Amir pula (anak lelaki sulung abang saya)"- itulah mak saya, belum pun sempat habiskan satu "projek"nya, dia dah mula fikirkan "projek" baru! sangat efisyen!  :)

Sunday, May 22, 2011

神様のカルテ

6 comments
夏川草介、2009年

Kurihara Ichito (栗原 一止) adalah seorang doktor perubatan muda yang sedang bekerja di sebuah hospital di luar bandar. Dia baru sahaja setahun berkahwin dengan Haruna (榛名), seorang jurugambar yang kecil molek tetapi sangat aktif ke berbagai lokasi penggambaran. Walaupun mereka sudah berkahwin, mereka jarang bertemu kerana kesibukan tugas masing-masing. Kurihara sensei sentiasa sibuk sehingga kadang-kala tidak tidur beberapa hari, atau tertidur di tempat kerja sebelum bermula shift berikutnya.

Apa yang menarik tentang cerita ini adalah watak doktor itu sendiri. Dia digambarkan sebagai seorang yang "agak pelik". Dia suka bercakap menggunakan perkataan lama. Contohnya, jika kalau biasanya kita gunakan 「しなければならない」, dia menggunakan 「しなければならぬ」 yang membuatkan dia seperti orang tua walaupun dia masih muda. Bahasa percakapannya dipengaruhi oleh novel lama, kerana dia adalah peminat setia Natsume Souseki (夏目漱石), seorang novelis terkenal Jepun pada suatu masa dahulu.

Dia menggelar doktor-doktor lain di hospital itu dengan berbagai nama. Contohnya, dua orang ketuanya digelar 大狸先生("Luak yang besar". Kerana sensei tu suka ketawa dengan kuat sambil mengusap perut besarnya) dan seorang lagi digelar 古狐先生("Rubah (musang) lama/tua". Berbeza dengan 大狸先生, 古狐先生 pula terlalu kurus sehingga jika berkerja atau bercuti tiga hari berturut-turutpun mukanya tetap nampak pucat.) Dia juga mempunyai seorang rakan sekerja, doktor bedah yang digelarnya 怪獣("Raksaksa") kerana berbadan besar serta hitam. Selain dari itu, dia mempunyai jiran yang agak pelik juga yang digelarnya 学士殿( "Encik Sarjana", 「殿」 adalah bahasa lama untuk "encik" ) dan 男爵("Baron" = taraf terendah dalam kedudukan bangsawan). Mereka juga mempunyai karakter masing-masing.

Kisah kesibukan tugas seorang doktor yang "agak pelik" tetapi sangat mementingkan kebajikan pesakit. Saya tersenyum sendiri dengan cara percakapan dia dan tersentuh dengan kebaikan hatinya. Saya suka dengan wataknya yang menggunakan bahasa lama itu dan saya rasa saya sudah sedikit terpengaruh :) Suka perbualan mereka suami isteri yang menggunakan bahasa lama dan isterinya yang menggunakan bahasa hormat(敬語), rasa seperti melihat movie zaman Edo.

Buku ini juga telah dibuat movie dan watak Kurihara sensei dilakonkan oleh 櫻井 翔 (Sakurai Sho, salah seorang anggota kumpulan "Arashi"). Harap dapat menonton movie juga suatu masa nanti. :)
Satu perkara lagi, penulis buku ini adalah seorang doktor!

★★★★★
Buku ke 10, 2011

(Sebenarnya buku ni dah habis baca sebelum カフーを待ちわびる lagi tapi masa tu agak sibuk untuk tulis blog. Untuk Papah yang menghadiahkan buku ini kepada saya, ucapan "Terima kasih manyak2!" :D)

Trailer movie ini:



*besok mula bekerja setelah seminggu Cuti-Cuti Malaysia :)

Friday, May 20, 2011

カフーを待ちわびて

5 comments
原田マハ、2008年

Akio (明青), berumur 35 tahun, cacat pada tangan kanan, masih bujang dan mempunyai sebuah kedai runcit di sebuah pulau kecil berdekatan Pulau Okinawa, Jepun. Dia tinggal bersama seekor anjing peliharaannya yang diberi nama Kafu (カフー adalah loghat Okinawa untuk perkataan 「果報」(かほう) yang bermaksud 「幸せ」 atau 「いい知らせ」). Pada satu hari dia menerima sepucuk surat dari seorang wanita bernama Sachi(幸). Dalam suratnya Sachi menyatakan yang dia telah terjumpa Ema (「絵馬」 -  papan kecil untuk menulis hajat yang digantung di Jinja (kuil).) yang ditulis oleh Akio dan bertanya jika Akio  benar-benar maksudkan apa yang ditulis di papan itu.

Semasa melancong ke sebuah pulau di utara Jepun beberapa bulan sebelum itu, Akio telah menulis hajatnya dan menggantungkannya di sebuah Jinja yang terkenal di situ. Hajat itu ditulis setelah didesak oleh rakan-rakannya, dan dia sekadar menulis dengan niat main-main sahaja.



Akio menulis;
 嫁に来ないか。幸せにします。
与那喜島 友寄明青

(Nak jadi isteri saya? Saya akan memberikan kebahagiaan.
Dari Tomoyose Akio, Yonakishima.)

絵馬 (papan menulis hajat)
Surat dari Sachi bertanyakan jika Akio benar-benar maksudkan apa yang telah ditulisnya itu kerana jika benar, Sachi sudi datang ke Yonakishima untuk menjadi isteri Akio.

Adakah Sachi benar-benar datang ke tempat Akio? Bagaimana kehidupan Akio selepas mendapat surat tersebut? 

Kisah cinta yang comel tetapi sedih, kisah sedih tentang kehidupan seorang anak yatim yang cacat dan ditinggalkan ibunya sejak kecil, kisah kehidupan penduduk di pulau kecil yang dahagakan pembangunan dan kisah kepercayaan dan adat resam penduduk di sebuah pulau kecil.

追加:
沖縄の方言を一つ習得した!それは、

「カフー、アラシミソーリ」=「幸せでありますように。」
(bunyi loghat Okinawa ni ada sikit-sikit macam bahasa Korea aje :D )

★★★★★
Buku ke 9, 2011


Buku ini juga telah dibuat movie dan jika ada peluang mahu juga menontonnya nanti.
Saya lebih suka baca buku sebelum menonton movie sebab jarang ada movie yang betul-betul mengikut buku asalnya (dalam movie nampak macam tangan kiri yang cacat). Lagipun buku boleh dibaca pada bila-bila masa di mana sahaja :D

Trailer movie boleh ditonton di sini.

*susah betul untuk menulis Bahasa Melayu yang betul. :(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template