「(略)そして、ハス先生の、自分の意見ははっきり主張しつつ(しかもかわいく♡)相手を尊重できる真の強さにいつも感化されていました。」
Ada rakan sekerja yang pernah tulis begini:
「マレーシアに帰ってくるのを決めたのも”ハスパリナ先生がそこにいるから”という理由です。」
dan ketua saya pernah mengatakan begini:
「JADはハスパリナ先生の味方です。」
********************************************************
Kadang-kadang kita tidak pasti dengan diri sendiri. Bagaimanakah diri kita pada pandangan orang lain? Bagaimana perlu kita bawa diri semasa keadaan tertentu?
Kita boleh ikut perasaan, degil atau pentingkan diri sendiri, semasa dengan orang tertentu iaitu orang yang kita tahu, tidak akan menilai diri kita. Tetapi semasa berada dalam masyarakat, kita tidak boleh begitu. Dalam masyarakat, contohnya semasa di tempat kerja, kita kena lebih "menjaga diri". Di tempat kerja, kita ada ketua, ada juga yang lebih tua, ada juga yang lebih muda, ada yang sebaya, ada yang lebih berpengalaman, ada yang kurang pengalaman, ada yang lebih berpendidikan tinggi dan ada juga yang tidak begitu tinggi. Bagaimana membawa diri dalam kumpulan begini?
Saya tiada jawapan kepada soalan saya sendiri.
Cuma saya sentiasa pastikan saya tidak terlalu ikut perasaan, cuba supaya tidak mendesak, dan yang paling penting, tidak berfikiran negatif dan buruk sangka. Kadang-kala memang ada rasa jeles jika orang lain boleh buat sesuatu lebih baik dari kita, atau, sesuatu kerja diserahkan kepada orang lain tetapi bukan kita. Apa kurangnya saya? Tetapi saya pastikan saya cuba bersikap positif dan beri kerjasama seboleh mungkin dan akan membaiki diri secara senyap-senyap dan ambil peluang untuk menonjolkan diri di peluang yang lain. Saya mungkin tidak bagus dari segi ini, tetapi, dari segi lain saya pastikan saya akan lebih bagus dari orang lain.
Bukan senang mengakui kekurangan tetapi saya selalu pastikan saya boleh terima kekurangan dan tidak segan meminta pertolongan. Bila tidak pasti, saya akan minta nasihat dan pandangan serta pertolongan walaupun daripada orang yang lebih muda. Tetapi dalam masa yang sama saya akan pastikan saya juga punya sesuatu yang orang akan pandang tinggi - walaupun ia bukanlah sesuatu yang "hebat" tetapi sekurang-kurangnya rakan sekerja, ketua, senior atau junior akan "merasai kewujudan saya di situ".
Cuba untuk tidak rendah diri pada kekurangan disamping cuba untuk mencari kelebihan.
Tidak "hebat" tetapi "kewujudan dihargai".
****************Sekelumit celoteh di tengah malam******************
![]() |
| Cucu saudara yang sangat comel - 10 bulan. |
![]() |
| Anak saudara yang montel juga fanatik K-Pop :) |


4 comments:
saya suka post ni. peringatan utk diri saya yg slalu selfish dan tak pandai bersosial. hehe. terima kasih, sensei :)
hehe. sama-sama kasih :P
yappari! hasparina sensei... ohisashiburi desune... banyak thn sudah saya cari sensei,疲れちゃった。。mana sensei pergi? huhuhu
Hehe. Macammana boleh jumpa? :)
Post a Comment