Tuesday, April 3, 2012

The Lovely Bones

Alice Sebold, 2002

Kisah Suzie Salmon, remaja berumur 14 tahun yang telah dibunuh dengan kejam oleh jirannya semasa dia dalam perjalanan pulang dari sekolah. Dia telah diperkosa dan badannya telah dipotong-potong sebelum dibuang. Buku ini mengisahkan penceritaan Suzie setelah dia mati - semasa dia berada di syurga dan melihat dari syurga perubahan yang berlaku kepada keluarganya, jiran, rakan-rakan malah pembunuhnya yang masih bebas setelah kematiannya.


Kisah dari pandangan orang yang telah mati - kisah unik pada pandangan saya. Dan juga bagaimana pembunuh itu terlalu dekat tapi juga terlalu jauh. Bagaimana impak sebuah kematian kepada sebuah keluarga dan si mati cuma boleh memerhati dari "syurga". Ada bahagian yang sedih sampai saya rasa sebak.

Buku ini telah dijadikan filem bertajuk sama yang dikeluarkan pada 2009. Saya sebenarnya sudah download movie itu setahun lebih yang lalu tetapi tidak terpanggil untuk menontonnya sebelum ini. Tetapi bila dapat peluang baca buku ini, saya tidak tunggu lagi, baca sampai habis dalam masa beberapa hari sahaja. Dan selepas ini saya pasti akan tonton movie tersebut. Selalunya dalam movie ada bahagian jalan cerita yang tidak sama dengan buku. Jadi termasuk itu sekali, saya teruja untuk menonton movie itu selepas ini.

★★★★★
Buku ke 7, 2012.

3 comments:

lupiey said...

yappa sassuga apprentice ASS...

Has said...

apa itu ASS tu lupiey oi!

lupiey said...

A Samad Said loh
hhahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template