Berkisar kepada kehidupan pelombong timah di Lembah Kinta pada tahun 1890.Aisha, seorang gadis Melayu yang bekerja sebagai pendulang timah untuk menampung kehidupan keluarganya di kampung. Dia digambarkan sebagai seorang yang bukan sahaja cantik tetapi juga sangat tabah menghadapi segala kepayahan kehidupan di kem lombong. Walaupun kehidupan sangat susah, dia sentiasa menjaga tingkah laku dan kesopanan sehingga dia sangat dihormati oleh pelombong-pelombong lain yang kebanyakan pendatang dari Cina keturunan Hakka. Aisha juga fasih berbahasa Hakka kerana telah menetap di kem itu selama 4 tahun.
![]() |
| Pendulang Timah |
Donald Redfern adalah penyelia yang didatangkan dari London sebagai mewakili tuan punya lombong (lombong tersebut adalah milik bersama Fook Sin dan seorang Inggeris). Dia boleh berbahasa Melayu sebab pernah tinggal di Malaya tetapi tidak boleh berbahasa Hakka. Disebabkan itu dia agak susah bergaul dengan pelombong Cina tetapi mudah berinterekasi dengan Aisha, sehingga dia pun jatuh cinta dengan Aisha.
Hun Yee pula adalah seorang pelombong muda yang berjaya berhenti dari ketagihan candu. Ketabahan dan kekuatan dia menjadikan dia dihormati oleh pelombong lain. Dia berusaha untuk mengubah kehidupannya dan bercita-cita untuk membuka lombongnya sendiri. Dia juga lama kelamaan tanpa disedari telah jatuh cinta pada Aisha.
Aisha pula mempunyai rahsia hidupnya sendiri sehingga dia takut untuk mencintai. Dia cuma ingin memberi kehidupan yang lebih baik kepada keluarganya di kampung.
Apa terjadi kepada Aisha, Fook Sin, Donald Redfern, Hun Yee serta pelombong-pelombong yang bersusah payah mencari rezeki untuk keluarga mereka di Cina?
Kisah epik cinta, keberanian dan rahsia.
Juga kisah sejarah kerana kita dapat mengetahui tentang kehidupan sebagai pelombong dan pendulang timah di Lembah Kinta pada zaman itu.
Bahasa yang indah dan mudah difahami.
★★★★★
Buku ke 2, 2012
*Penulis dikatakan sedang menyiapkan buku keduanya, kisah cinta pendatang Tamil India di ladang kelapa sawit. Saya ingin baca juga buku itu nanti. :)

5 comments:
menarik! tgk tajuk dia pn dh buat saya tertarik sensei.
wah~suspen2!saya suka klau sejarah2 nih..based on true story ka sensei?
insyaAllah klau ada ksmpatan saya balik bln 2 ni try baca,tp rasa mcm tau ending dia..hehe
tp rekishitekini xsure la..huhu
rifqi@ buku cerita begini bagus sebab buat kita tertarik pada sejarah. baca la kalau ada masa :)
arip@ hisashiburi ne! :) kisah cinta bukan kisah benar tp kisah pelombong dan pendulang dan kehidupan mereka tentu berdasarkan sejarah.. lombong lembah kinta, kita pun pernah belajar masa sekolah kan? baca lah! :)
sensei, nak pinjam!
datang ofis beranang nnt bawak ye;)
-alifah-
oh bule bule :)
Post a Comment