Novel ini berkisar kepada......
Oh, rasanya tak perlu cerita lah kan. Bukan sahaja novel, movie pun dah ditayangkan. Siapa yang suka buku, mungkin dah baca buku, dan siapa yang tak suka baca, mungkin juga dah tonton movie. Saya sendiri? Belum tonton movie dan rasanya tak akan tonton kecuali bila satu hari pasang tv dan tv sedang siar cerita ni..mungkin lah tengok tapi untuk semata-mata pergi cari dan tonton tu mungkin tidak lah.Tapi disebabkan beberapa bulan lepas banyak orang memperkatakan tentang movie ini, dan katanya berasal dari novel, saya pun jadi sangat tertarik untuk membaca novel. Jadi bila jumpa di MPH terus aje saya sambar tanpa baca sinopsis di belakang pun. Dan beberapa hari selepas itu, kebetulan di tv ada ditayangkan trailer movie itu....dan saya tengok...."eh, macam tau aje cerita ni!"...saya pun ambil buku dan baca sinopsis di belakang...."la...dah baca la buku ni..." (haha) Bodoh betul sebab beli tanpa tau yang saya sebenarnya dah baca....
Saya rupanya dah baca buku ini sebelum ini..kira-kira 10 tahun lepas, setelah dipinjamkan oleh rakan sepejabat. Dan saya ingat memang buku ini bagus. Memang dulu pun saya bergenang air mata dan pada kali ini pun saya bergenang lagi. (haha)
Jalan cerita yang bagus dan yang penting tidak mengada-ngada :)
(sedikit skeptikal dengan cerita melayu yang kadang-kadang ada watak mengada-ngada, cakap bahasa melayu campur-campur bahasa inggeris)
★★★★★
Buku ke 4, 2012
3 comments:
huhu..
saya pun dah baca novel nih waktu form 5 dulu..
memang "syahdu" la waktu tu..
x sangka dah jadi filem..
bila tengok filem dia, babak "syahdu" kurang, tapi babak "syahwat" yang lebih..
adeeehhhh.. citer melayu..
apa pon x boleyyy..
hahhahaha..pe kata sensei bagi je saya novel ni. :p
saido@ itu lah salah satu sebab saya tak berkenan tgk filem melayu. kadang2 terlebih "action" dari penceritaan :D
alan@ boleh. bg address nanti saya pos :)
Post a Comment