Wednesday, January 1, 2014

2013年度の勝手にランキング!

Oit, sudah sampai kepada topik ini sekali lagi.

Topik setahun sekali pada setiap 1 haribulan 1 ini adalah dikhaskan untuk buku-buku yang telah dibaca pada tahun sebelumnya.

Jadi, bagaimana pula tahun 2013?

****************

Jumlah buku yang dibaca: 26 buah

Bahasa Inggeris 13 buah
Bahasa Melayu 7 buah
Bahasa Jepun 6 buah

Oh, nampaknya tiada keseimbangan di situ. Ini bermakna tahun 2014 kena banyakkan sikit lagi buku Bahasa Jepun. Buku bahasa Inggeris lebih banyak sebab beli di sale BBW pada hujung tahun yang mana sebuah buku dalam RM8-10 sahaja. Kalaulah ada sale buku Bahasa Jepun macam tu juga kan...buku Bahasa Melayu pun tahun lepas tak banyak pilihan di BBW sale. Kalaulah mereka boleh turunkan harga buku BM tentu boleh beli lebih banyak.

Sepatutnya karya tempatan boleh dibeli dalam lingkungan RM10 pada pendapat saya. Kalau di Jepun mereka boleh beli karya tempatan dalam lingkungan 400 - 600 yen sahaja. Iaitu kalau imbangkan kos kehidupan dengan Malaysia, kiranya buku-buku di Jepun tu macam kita punya RM 4- 6 sahaja. Murahkan? Sebab itu mereka boleh beli buku tiap hari dan baca dalam train semasa pegi sekolah atau kerja. Buku pun boleh beli di station keretapi aje. Kalaulah Malaysia pun macam tu ....

*****************

Ok, berikut adalah ranking buku-buku yang telah dibaca pada tahun 2013:

1. Tears of the Desert: A Memoir of Survival in Darfur; Halima Bashir with Damien Lewis, 2008

Doktor pertama puak Zaghawa di Sudan, Dr Halima yang berkulit hitam dan beragama Islam, menceritakan tentang pengalamannya menerima layanan berbentuk perkauman sejak kecil, kisah pergolakan bangsa di Sudan dan penyeksaan serta pembunuhan kaum minoriti kulit hitam yang berlaku di Sudan. Memang kisah memoir yang sangat terkesan di hati saya.


2. The Lost Art Of Keeping Secret; Eva Rice, 2005

Cerita ini memaparkan kehidupan gadis muda sekitar tahun 1950an yang pernah melalui zaman perang semasa remaja dan cuba meneruskan kehidupan selepas perang. Pengarang cerita berjaya mencorak watak serta jalan cerita yang membuatkan kita terasa seperti berada pada zaman tersebut dan juga terasa seperti ingin berkenalan dengan Penelope dan Charlotte kerana mereka sememangnya gadis yang riang dan menikmati kehidupan seharian mereka.


3. The Last Resort - A Memoir of Zimbabwe; Douglas Rogers, 2010

Douglas Rogers adalah penulis kulit putih berusia 30-an yang dilahirkan dan dibesarkan di Zimbabwe. Dia adalah seorang jurnalis yang telah berhijrah ke Amerika Syarikat tetapi ibu bapanya yang juga kelahiran Zimbabwe, masih lagi warga negara Zimbabwe dan masih menetap di sana. Bapanya ada peguam bersara yang mengusahakan sebuah pusat peranginan untuk pengembara (backpacker resort). Kisah yang disampaikan adalah kisah pergolakan, peperangan, penindasan, penyiksaan rakyat Zimbabwe dari kalangan kulit putih serta rakyat biasa kulit hitam. Tetapi penulis berjaya menyampaikan cerita dengan cara bersahaja yang membuatkan kita boleh tersenyum sendiri atau tertawa, terutamanya semasa menceritakan kisah kehidupan ibu bapa nya.


4. Just Watch Me; Peter Grimsdale, 2009

Kisah pengintip, hidup dalam penyamaran, agent kerajaan, teroris, rahsia peribadi serta rahsia kerajaan - Kisah seorang suami dan bapa yang berusaha mencari kebenaran..."Children - they make cowards of us"


5. Dari Tanjung Malim ke KLCC; Fdaus Ahmad, 2012

Kumpulan cerita pendek kisah harian penulis yang asalnya dari blog penulis tersebut. Sangat 'ringan" dan sangat lain dengan diri saya tetapi saya boleh terima dan saya boleh gelak - itu yang penting.


6. Ring; Koji Suzuki, 2003 (terjemahan)

Ia mengisahkan Asakawa, seorang jurnalis, cuba menyiasat kisah 4 orang remaja yang mati serentak, iaitu walau berada di tempat yang berlainan, mereka telah mati pada hari dan waktu yang sama dan punca kematian juga berkemungkinan sama. Novel seram yang telah difilemkan di Jepun dan juga Amerika.


7. Will You Still Love Me Tomorrow?; Claudia Carroll, 2011

Kisah isteri yang merasa terabai apabila segala kebaikannya diambil kesempatan oleh suami dan keluarganya. Penyampaian cerita yang menarik dan terkesan.


8. Weil China; Emine Syenlikhoghu, 2010 (terjemahan)

Kisah benar pada zaman kebangkitan komunis di China, anak muda beragama Islam terpengaruh dengan fahaman komunis dan atheis sehingga sanggup menganiaya, menyiksa, membunuh secara kejam sesama Islam malah kaum keluarga, ibu bapa serta adik-beradik malah bayi-bayi kecil.


9. CSI: Double Dealer; Max Allan Collins, 2001

Catherine dan Nick menyiasat pembunuhan yang berlangsung lebih 15 tahun lepas apabila mereka menemui mummy di bawah sebuah trailer. Grissom, Sara dan Warrick pula dipanggil untuk menyiasat pembunuhan seorang lelaki di sebuah hotel di Las Vegas. Memang best jika anda peminat CSI Las Vegas (original member) seperti saya :)


10. うずまき; Ito Junji, 2000

Komik kisah seram dan ngeri ini mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah yang bernama Kirie yang menceritakan mengenai kejadian pelik yang melanda bandar tempat tinggalnya, 黒渦町 (Kurouzu Machi). Ia bermula dengan perubahan-perubahan kecil di sekeliling seperti angin puting beliung yang sentiasa bertiup di mana-mana kawasan bandar, aliran air yang berpusar-pusar dan daun-daun yang bertukar bentuk menjadi pusaran.


**********************

Jadi inilah ranking 10 teatas untuk tahun ini. Dari bintang yang telah saya berikan, nampaknya tahun 2013 ini saya agak lebih tegas. Dari 10 buah teratas, cuma 3 buah yang mendapat 5 bintang dari saya. Selain dari itu semuanya diberi 4 bintang.


Berikut pula adalah kedudukan 11- 26


11. Yasmin How You Know?; Leo Burnett Malaysia, 2012
12. CSI: Body of Evidence; Max Allan Collin, 2003
13. Spiral; Koji Suzuki, 2004 (terjemahan)
14. Bersyukur Saat Diuji; Muhd Kamil Ibrahim, 2012
15. Adam dan Hawa; Aisya Sofea, 2006


16. Pesona Sandora; Ruhani Mat Darin, 2010
17. The Kid; Kevin Lewis, 2003 & 2005
18. The Love Letter; Fiona Walker, 2012
19. 金のゆりかご; A.Kitagawa, 2001
20. まほろ駅前-多田便利軒; 三浦しをん、2009年


21. まほろ駅前-番外地; 三浦しをん、2012
22. Suami Aku Ustaz; Hannah Dhaniyah, 2013 (Cetakan ke 13)
23. そして父になる Like Father Like Son; Hirokazu Koreeda & Akira Sano, 2013
24. なんくるない(どうにかなるさ、大丈夫); Yoshimoto Banana, 2004
25. The Almost Moon; Alice Sebold, 2007


26. Aku Bercerita; Ramlee Awang Murshid, 2013


Sekian, tahun 2014 pun marilah kita sama-sama membaca buku :)

3 comments:

Imran Azman said...

ohoiii. rajin nya membaca.. hmmm. bila lah saya nak rajin.. huhu.. btw,, no26 tu ramlee awang murshid? wow... kalah teruk gak dia.. hehe

Has said...

yep buku tu tak best langsung..buku tu seolah-olah dia terpaksa menulis untuk publish sesuatu aje..saya rasa tentu dia sendiri tak suka dengan buku tu..tak de kualiti RAM :)

Unknown said...

Salam perkenalan...wow rajinnya membaca...seronok berkenalan dengan kaki buku ni...

tahun 2014 saya tahun tidak beli buku. Hanya beli kurang 5 biji rasanya. Pesta buku & BBW langsung tak pergi tahun ni...

Kena buat macam Has jugaklah..review setiap tahun buku apa...hehehe...

anyway Has, thank you following my blog..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

w.a.g.a.m.a.m.a.j.i.n.s.e.i Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template